RSS

Lintang oh Lintang…siapa kamu?

13 Feb

Untuk pengetahuan kamu, sejak akhir-akhir ini, internet di sini sangat-sangat-sangat lembab mengalahkan siput babi yang demam seminggu.

Jadi, sementara internet agak laju sedikit sekarang (pada pukul 5.07 pagi) seperti siput babi yang dah sembuh dari demam (walau secara harfiahnya  masih lagi seekor siput babi yang memang lambat secara hakiki), jadi saya mahu tulis banyak entri sekaligus. (banyak bagi definisi saya adalah lebih dari satu. kalau dua entri sekaligus, itu boleh juga dikira banyak)

Semalam,untuk kali ke lapan puluh ribu enam ratus tiga puluh lima perpuluhan dua kalinya, saya membaca lagi buku Laskar Pelangi karya Andrea Hirata. Entah kenapa saya masih tak jemu-jemu membacanya.

Mungkin kerana saya masih belum membaca 3 bukunya yang lain, Sang Pemimpi, Edensor dan satu lagi Maryamah Karpov-ke-apa-nama-dia-tapi-ada-Maryamah-la-yang-penting, jadi buku Laskar Pelangi itu lah yang saya ulang-ulang baca tanpa jemu tanpa bosan.

Beberapa hari lepas, saya berbual dengan Lintang, seorang pelajar dari Indonesia yang sungguh peramah orangnya. Menurut Lintang-versi-UTP, Lintang di dalam Laskar Pelangi itu sebenarnya tidak wujud. Ia hanyalah watak fiksi rekaan Andrea Hirata semata-mata. Kerana, ramai wartawan yang mengunjungi Pulau Belitung itu mendapat info bahawa memang tidak ada orang yang sebijak Lintang di situ. Dan kebanyakan yang ditanya mengatakan yang paling bijak dan bergeliga otaknya di sekolah Muhammadiah ketika itu ada lah si Ikal, iaitu Andrea Hirata sendiri.

Sebagai seorang yang tidak mendengar secara taklid tanpa bukti kukuh, lantas saya pun meng’gugel’ sendiri tentang Lintang dari Laskar Pelangi. Hasilnya, memang ternyata perkara itu telah lama diketahui oleh warga Indonesia sana. (mungkin di Malaysia juga dah lama tahu, cuma saya saja yang ketinggalan zaman.huhu)

Bu Mus sebenar ketika ditanya tentang Lintang juga mengatakan dia tidak ingat ada pelajar seperti Lintang. Malah kawan-kawan Laskar Pelangi juga tidak tahu menahu tentang Lintang. Dan lebih meragukan ialah ketika Andrea ditanya di mana Lintang semasa sesi memperkenalkan watak sebenar di dalam novel itu, dia menjawab “rahsia”.

(Maaf, disebabkan internet lambat, jadi saya tidak meletakkan link artikel untuk dijadikan rujukan lanjut. Tetapi, kamu juga tidak boleh percaya kata-kata saya secara taklid saja. Sila lah gugel sendiri kalau rajin,ok?)

Banyak pula pendapat tentang si Lintang ini dari forumnis2 di sana. Ada yang mengatakan itu alter ego penulisnya. Ada juga yang berpendapat Lintang sebenar bersembunyi dari publik kerana malu dan mengambil sikap low profile. Ada yang kata, itu fiksi semata-mata.

Jadi, apabila membaca komen2 dan artikel itu, kecewa juga lah saya jadinya. Kerana selama ini saya menyangka Lintang itu adalah watak sebenar. Dan saya memang kagum tahap gaban sama budak genius yang terlampau gigih itu.

Kalau benarlah itu fiksi sahaja, aduh kecewanya. Macam kecewa kanak-kanak orang putih bila dapat tahu Santa Claus itu tidak wujud pun sebenarnya…

Hurm….

(untuk entri ini saya cuba set untuk publish pada 2 hari kemudiannya (13 Februari). Sebab selama ini asyik guna fungsi ‘publish immediately’ saja. Jadi, mahu cuba-cuba set tarikh untuk publish. Mahu tahu juga bagaimana fungsinya.😎 )

 
4 Comments

Posted by on February 13, 2009 in Bebelan saya, Buku

 

4 responses to “Lintang oh Lintang…siapa kamu?

  1. CAHAYA MATA

    February 13, 2009 at 10:38 am

    emm.. novel Laskar Pelangi yer..? nak pinjam…!! hehehe..

    SAYA puas cari novel tu.. tapi belum bertemu.. hukk hukk..
    😦

     
  2. amirahsyuhada

    February 15, 2009 at 1:17 am

    wah, macam best buku ni, teruja mendengarnya, lama dah tak baca buku b.melayu yang best.

     
  3. amirahsyuhada

    February 15, 2009 at 1:56 am

    ahhh..saya dah google tentang lintang, aduhhh..tengok trailernya dan interview dengan orang yang disangka lintang, saya dah sayu, tentang ramainya kanak-kanak seperti lintang, saya mudah tersentuh bab ini.

    Takut pula nak membaca, sebab takut terbawa dengan kisah lintang, tapi, saya sudah mula mencari..hehe.

     
  4. sUe

    February 19, 2009 at 1:23 pm

    cahayamata: kalau nak cari buku itu, boleh cuba memesan di UjanaIlmu.(ada di bahagian website sebelah kanan ini).

    Servisnya sangat bagus. Saya sudah beberapa kali memesan dari situ. Cuma perlu bank in kan duit, pos atau faks kan resit pembayaran, dan walla! mereka akan poskan buku yang ditempah terus ke rumah.

    Kemudian, akan disusuli dgn panggilan telefon utk memastikan kita dpt buku itu. Cubalah ya? (amboi, bukan main saya mengiklankan UjanaIlmu. Kena minta diskaun nih…heheh!)

    amirahsyuhada: cubalah baca buku ini. kamu tak akan menyesal. (eh,iklan lagi…hee:mrgreen: )

    buku ini watak utama nya adalah ikal. Tetapi, Lintang itu lebih menarik hati saya kerana sangat genius. Ditambah dgn kegigihannya mencari ilmu walau dalam serba kekurangan buat saya mengalir air mata..

    Saya memang terinspirasi dengan watak ini. (tak kisah lah dia fiksi atau tidak…huhu)

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: