RSS

Ada garis tipis antara hipokrasi dan benar-benar ambil peduli.

11 Feb

Saya dapat tahu dia dah kahwin.

Baguslah tu. Saya doakan dia bahagia.

*Diam 3 saat*

Ok. Saya tipu.

Hipokrit sangat lah kalau kata saya doakan dia bahagia. Bila hakikatnya, saya tak peduli sekelumit tahi kuman pun sama ada dia  bahagia atau tak bahagia. Malah, dia hidup atau mati pun sudah tak mahu saya ambil peduli.

Ya, saya manusia keji lagi keras hati dengan ego tinggi gila babi.

Hukumlah saya.

The thing is, saya sudah bukan saya yang dahulu. Dan dia juga bukan dia yang dahulu. Saya dan dia sudah bukan saya dan dia yang dahulu. Kami sudah bukan kami yang dahulu.

Jika dahulu, mungkin dia sentiasa ada dalam doa saya. Jika dahulu, mungkin kepentingan dia adalah yang lebih utama. Tapi, sekarang bukan lagi yang dahulu.

Suatu ketika dahulu,  saya masih boleh solat hajat mendoakan dia di musolla asrama ketika dia mahu ambil SPM.

Suatu ketika dahulu, saya masih boleh doakan supaya dia cepat sembuh bila dia cirit birit berhari-hari lepas telan ubat gamat.

Suatu ketika dahulu, saya masih boleh tadah tangan minta pada Tuhan supaya dia dipermudahkan segala urusan bila motosikal nya hilang kena kebas.

Suatu ketika dahulu, saya masih boleh bersujud minta diberi kekuatan dalam mempertahankan hubungan.

Tapi, itu cerita dahulu.

Sekarang, dia sudah tidak ada dalam doa-doa saya. Dia sudah tidak wujud ketika saya mahu menadah tangan pada Tuhan. Saya sudah tidak mahu minta pada Tuhan apa-apa urusan yang melibatkan dia.

Jadi, tipu sangatlah kalau saya mahu doakan dia bahagia. Tidaklah saya berkuasa. <– (ayat sopan untuk ganti “Tak kuasa haku!”)

Seperti tajuk entri ini:Ada garis tipis antara hipokrasi dan benar-benar ambil peduli.

Dan saya tidak tergolong antara kedua-duanya. Kerana saya tidak mahu hipokrit. Dan saya juga tidak mahu ambil peduli. (ok, mungkin sedikit ‘ter’peduli. itu pun secara tak sengaja terdapat berita itu. bukan saya yang sibuk mencari. berita itu yang datang sendiri)

Sekarang saya mahu tanya:

Bila bekas kekasih berkahwin, dan kamu cakap kamu doakan dia bahagia, adakah kamu benar-benar maksudkan itu?

Kalau benar-benar maksudkan, memang tabik spring 15 kali sama kamu.

(doa pada pertanyaan itu tidak kisah lah sama ada doa minta pada Tuhan atau doa yang orang selalu guna untuk ganti “harap”. Contoh: ‘saya harap awak bahagia’ digantikan dengan ‘saya doakan awak bahagia’. In either case, do you really hope, deep down inside, for him to be happy with other woman? Seriously?)

 
9 Comments

Posted by on February 11, 2009 in Bebelan saya, Peribadi

 

9 responses to “Ada garis tipis antara hipokrasi dan benar-benar ambil peduli.

  1. ropi

    February 11, 2009 at 12:27 pm

    itu garis hipokrit.

    ada lagi satu garis. garis sayang. berkait rapat dengan garis hipokrit.

    bezanya hanya orang yang pernah berkasihan ada garis ini

    disebelah kanan garis itu, sewaktu berkasihan. di sudut lain, berbekas kekasihan.

    dan di tengah-tengah ada garis. tipis jugak. lebih nipis dari garis hipokrasi.

    di sebelah kanan, bukan setakat ambil peduli, mintak nyawa jadik galang ganti pun sanggup lagi. sehidup semati. tiada yang lain lagi.

    bila di garisan, paling menyiksakan. waktu ini ada beberapa fasa:
    1- denial
    2- anger
    3- delusional (sini amat bahaya. kalau tak lepas fasa ni boleh jadi gila atau lebih teruk lagi, bunuh diri)
    4- realization (sini kita sedar kewujudan diri kita sendiri. bukan lagi ‘aku dan dia’ sebagai satu entiti.)
    5- acceptance

    bila dah lepas garisan itu, bukan sahaja tidak peduli, macam tak pernah kenal pun boleh jadi. dendam? kenangan? memori terindah? pedulikan saja.

    i am me, you are you. no more us.

    then you just realize he’s not your type. and thus proves the point that love can numb your senses.

    masa inilah terkadang adi seperti hipokrit. pura-pura doakan kebahagiaan sedangkan langsung tak maksudkannya.

    tak kisahlah. ramai lagi lelaki len dalam dunia ni yang lagi bagus kan sue?

    cinta boleh berbekas. jangan risau, ego boleh menampalnya kembali. kan?

     
  2. Nurhidayah

    February 11, 2009 at 1:37 pm

    kalo dayah,dayah akan doakan kebahagiaan die n benar2 maksudkan nye..insyALLAH.
    mungkin sbb dayah dah xde hati/perasaan pade ex-bf dayah lg,so dayah dgn senang hati doakan kebahagian die..

     
  3. 13may

    February 11, 2009 at 5:06 pm

    ntah laa….better buat tatau saja😀

     
  4. eira

    February 11, 2009 at 7:48 pm

    Kak Sue,
    Percayalah..nanti akan ada jugak hari bahagia untuk kita

     
  5. aTiQah

    February 11, 2009 at 8:11 pm

    Huhu. Bergantung pada situasi kot. Mungkin kalau saya dah jumpa pengganti, lembut sikitlah hati untuk doakan dia.

     
  6. syuk

    February 11, 2009 at 11:43 pm

    kak sue, sori..maybe sbb kite yang ingtkn kak sue pada die,
    kite just bertanya aritu, mane tahu he inform u about his wed..sori sgt2..

    tp xpe, kn kak sue da lupe kn die..biarkan je kenangan dulu tu dibawa angin lalu..jangan dikenang andai membawa derita di hati, tol x?

     
  7. kel@mbu

    February 12, 2009 at 2:32 am

    sbb ia dh jd sbhgian drpd ingatan dan knangan. melupakan mmg mstahil. mcm stu dosa atau salah bsar yg tak mgkin kita lupa smpai bila2…

     
  8. CAHAYA MATA

    February 12, 2009 at 10:11 am

    cik sue..
    SAYA masih mendoakan kebahagiaan KAMU dgn seikhlas hati.. dan sepenuh perasaan..

    mungkin kerana SAYA masih sayang dan rindukan KAMU.. maka, doa SAYA utk KAMU tak pernah berubah dan surut walaupun sedikit..

    cuma bila berdepan dgn KAMU atau kawan2 KAMU apatah lagi isteri KAMU, SAYA sengaja menjadi HIPOKRIT..!! SAYA tak mahu mengaku yg SAYA mendoakan dan mengharapkan kebahagiaan KAMU..

    mungkin kerana SAYA ingin menjaga perasaan isteri KAMU.. atau mungkin kerana SAYA tak mahu dilihat seperti “perempuan tak tahu malu, orang dah tak mahu masih tertunggu-tunggu..”

    selepas 5 tahun SAYA kehilangan KAMU, SAYA masih mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan KAMU berkekalan sampai bila2 walaupun kini kebahagiaan KAMU bkn bersama SAYA..

    cik sue,
    apa yang paling penting adalah hati kita.. kalau hati kita ikhlas mencintai dia, pasti apa pun kesalahan dia mampu kita maafkan dan kita pertimbangkan.. Doakan lah kebahagiaan dia, kita tak rugi apa2.. mudah-mudahan dia di sana juga akan selalu mendoakan kebahagiaan kita di sini… insyAllah…

    (fikir yg positif je sudah… hehehehe…)

     
  9. sUe

    February 13, 2009 at 7:16 am

    ropi: ya, betul. saya sekarang mungkin sudah melepasi kesemua fasa itu. cuma nya, agak penat untuk menampal bekas cinta dengan ego. kan bagus kalau boleh menampalnya dengan ikhlas dan redha. tapi ikhlas dan redha, dua benda itulah yang paling payah mahu datang pada saya (buat masa sekarang). hurm….

    nurhidayah: wah,good for you dayah. sometimes we can be so bitter we don’t give a damn about our ex. tapi dayah tak macam tu. jadi, tabik spring 15 kali sama dayah.toing toing toing……15x. hehehe:mrgreen:

    13may: yah, di luar memang buat tak tahu. tapi di dalam, siapa yang tahu.🙂

    eira: thanx anis.🙂

    aTiQaH: ouh baguslah. tabik spring sama kamu juga.🙂

    syuk:no need to apologize.the truth is, berita yg dtg sendiri itu bukan dr syuk pun. ms syuk tanya itu, kak sue memang langsung tak kisah dan tak berapa dgr pun sbnrnya. ini br kak sue dapat tahu dr mulut org lain. yang telah bercerita dgn lebih detail.

    mmg kak sue nak lupa dan tak mahu kenang pun. tapi kalau dah ada org yg asyik bertanya pasal dia (cth: “tak contact ke dgn dia?”, “dia lgsg tak call ke?”,”tak tahu apa2 ke pasal dia?” dan yg sewaktu dgnnya),payah jugak lah kak sue nak lupa, iyer dok?

    selain pertanyaan itu menyakitkan hati, ia juga menyukarkan proses melupakan itu sendiri.🙂

    kel@mbu: ya, kalau boleh buka otak dan cuci balik semua sampah sarap kenangan itu kan bagus?🙂

    cahayamata: ouh,baguslah begitu. tapi saya rasa keadaan kita berbeza. saya pernah dengar entah di mana bahawa perempuan ini sifatnya adalah berlebih-lebih dalam satu2 perkara.

    jika sayang, dia akan terlampau sayang hingga berlebih-lebih.(itu yg jadi susah nak lupa dan masih setia)
    jika benci, dia akan terlampau benci hingga berlebih-lebih (itu yang jadi susah nak forgive and forget)

    perempuan mmg tidak tahu utk berada di tgh2 antara dua perasaan berlebih2 itu.

    mungkin cik cahaya masih di fasa sayang.
    dan saya pula sudah beralih ke fasa benci.

    lagi satu,mungkin ketika bercinta, saya tidak seikhlas cik cahaya semasa mencintai KAMU. kerana saya sayangkan diri saya lebih dari saya sygkan dia. kiranya,sy selfish la sbnrnya.itulah sbb,bila ada org hancurkan hati sy,sy jadi benci org itu,sbb saya syg hati sy lebih dr segala-galanya.

    tetapi,skrg sy sdg cuba utk mempositifkan diri. dan cuba berada di tgh2 fasa antara syg dan benci itu.mahu jadi neutral.mahu ikhlaskan hati.dan tak mahu lagi membenci.🙂

    p/s: bila cik cahaya cakap masih mendoakan kebahagiaan KAMU itu, saya igt doakan kebahagiaan saya (means KAMU itu refer pada saya). hahaha.minta maaf, saya telah terperasan seketika. hehehehe…🙂

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: