RSS

*Ibarat mengejar tuah, najis keluar.

09 Feb

*Maaf. Entri ini ada unsur-unsur 18 JK. (18 Jijik Keterlaluan). Read at your own risk*

Saya mengaku saya seorang penjijik. Bukan seorang yang menjijikkan ya? Tapi penjijik. Atau penggeli. Saya benci najis. (ada ke org yg suka?erkkk). Apa-apa saja najis ada lah meloyakan bagi saya. Najis manusia,  najis binatang  (kecuali cicak – itupun kalau dah keras, boleh lah nak jentik camtu jek), najis mutawasittah, najis mughollazah, najis dadah dan segala macam najis lagi lah.

Kalau terjumpa dengan benda-benda itu, secara automatik, saya rasa seperti mahu muntah. Sebab saya geli. Jijik.

Tetapi, ada beberapa keadaan di mana saya terpaksa berurusan dengan najis atas sebab tanggungjawab. Seperti masa saya kerja di A and W dulu, saya terpaksa membuang tahi seekor kucing yang telah sewenang-wenangnya melepaskan hajat di tempat permainan kanak-kanak. (sungguh takde sivik punya kucing! huh!) Itu pun kerana diarahkan oleh bos. Jadi saya pun terpaksa lah buat kerana saya kuli,dia bos.

Kemudian, sebagai kakak, saya juga terpaksa membasuh punggung adik saya selepas dia membuang air besar. Jadi, setiap kali selepas dia melakukan proses penyahtinjaan, dia akan memanggil saya “Kak Ilaaaaaa…..!!!” dan saya pun terpaksa lah datang. Dan membasuhkan punggungnya. Lebih menguji kesabaran lagi kalau dia tak sempat dan ‘terlepas’ dalam seluar. Arkh…benda itu tak payah cerita lah. Tapi, mahu tak mahu, saya terpaksa juga bersihkan. Adik saya memang beruntung kerana mempunyai seorang kakak yang bertanggungjawab lagi berhemah tinggi dan berbudi pekerti. (sila baca dengan nada riak dan bongkak lagi takabbur…heh!)😛

Pernah dulu, saya terjumpa najis manusia di tempat mengambil air sembahyang di sebuah surau. Memang sungguh macam cilakak lah pemilik najis itu. Boleh pula dia meninggalkan khazanah di tempat ambil air sembahyang? Sejak itu, saya telah bertaubat nasuha untuk masuk bersolat di surau itu lagi. (surau itu ada lah sebuah surau di salah satu village di UTP.)

Baru-baru ini saya terpaksa lagi berurusan dengan najis. Demi menyiapkan projek tahun akhir saya yang antara objektifnya adalah mengkaji bagaimana mikroorganisme memakan najis manusia untuk merawat air kumbahan.

Jadi, hari itu kami bertiga (saya, zati dan anuar) telah pergi ke tempat kumbahan di hadapan village 2 untuk mengambil air sisa kumbahan sebagai sampel. Melihat sisa-sisa pepejal itu hampir saja membuat isi perut saya terkeluar semula. Tapi, mujur dapat juga ditahan.

Dan akhirnya, kami berjaya mengisi sepuluh tong air sisa kumbahan untuk dibawa balik ke makmal. Kasihan anuar yang terpaksa mengangkat kesemua tong-tong itu memandangkan dia paling gagah perkasa antara kami bertiga. Memang salut sama dia atas sikap gentleman nya.

Membuat kerja-kerja itu buat saya terfikir dua perkara tentang sikap penjijik terlampau saya ini:

1) Saya harap apabila sudah bekerja nanti, saya tidak perlu berurusan dengan sisa kumbahan domestik. Walaupun saya pemegang major Alam Sekitar, tetapi saya tetap seorang yang cerewet dalam memilih bahagian alam sekitar mana yang mahu dijaga. Hu hu.

2) Saya benar-benar-benar-benar berharap, saya tidak akan menjadi penjijik atau penggeli apabila tiba waktunya untuk saya menjaga kedua orang tua saya nanti. Saya tidak mahu menjadi anak derhaka seperti yang selalu digambarkan dalam iklan Petronas setiap kali musim perayaan itu. Walau apa pun terjadi, mereka ada lah tanggungjawab saya. Dan saya berdoa sungguh-sungguh supaya  sempat membalas jasa mereka dan menjaga mereka dengan ikhlas dan penuh kasih sayang. Sepertimana mereka menjaga saya dengan penuh kasih sayang selama ini.

p/s: Teringat buku SH*T karya Shahnon Ahmad. Saya hampir termuntah ketika membacanya. Bukan kerana buku itu najis, tetapi gambaran najis di dalam buku itu sungguh hidup sekali sifat kenajisannya sampai saya jadi loya. Hu hu.

p/s/s: Politik adalah satu najis yang lebih najis dari najis. Dan manusia-manusia di dalam nya lah yang telah menajiskan politik itu.

p/s/s: Saya teringat kata seorang penceramah (maaf. tak ingat siapa), bertaubat nasuha itu adalah apabila seorang manusia melihat dosa-dosa lampaunya seperti najis yang dibuangnya. Sudah tak mahu ditengok atau diingat atau dibelek lagi najis-najis itu. Terus saja flush dan lupuskan. Begitulah dosa-dosa manusia ketika mahu bertaubat nasuha. Buang dan lupuskan.

Sekian tentang najis kali ini. Kita kembali ke bilik berita.

*tajuk entri ini diambil dari Kamus Peribahasa Kontemporari yang ditulis oleh Ainon Mohd dan Abdullah Hasan. Peribahasa itu bermaksud ” terlampau ingin menjadi mulia, akhirnya menjadi hina.”
(saya rasa otak saya dah tak betul. pasal najis pun boleh jadi entri. hu hu)
 
1 Comment

Posted by on February 9, 2009 in Bebelan saya, Pengalaman, Refleksi

 

One response to “*Ibarat mengejar tuah, najis keluar.

  1. ropi

    February 9, 2009 at 5:25 pm

    haha. baca SH*T gk ke.plg suka metafora dia. shahnon memang genius, bagi saja apa-apa barang kat dia, dia boleh hidupkan.

    tapi satu jela. terlalu hidup sangat watak ta** tu. sampai meloyakan. “menolak kepala ta** ke juring2 lubang itu”

    eww.

    dan memang setuju sangat politik itu bukan najis. orang-orang dalamnya yang menajiskan politik. rasulullah saw pun berpolitik. takde istilah politik kotor pun masa tu.

    sekarang di malaysia ni bukan politik. POOlitik je yang ada.

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: