RSS

Ujian bertulis dan diskriminasi

07 Feb

1) Ujian bertulis

Saya baru saja selesai menjalani ujian bertulis. Semua pelajar semester akhir diwajibkan menjalani ujian ini jika mahu diambil bekerja oleh syarikat petroleum nasional itu. Jika tidak mahu dan ada rancangan lain, boleh lah duduk saja di bilik layan movie.

Pada mula nya, saya hampir-hampir saja tidak mahu pergi. Selain malas bangun pagi yang menjadi faktor signifikan, saya juga tidak rasa bersedia untuk menjawab ujian itu.

Tetapi, kerana memikirkan jika ayah dapat tahu, dia akan menetak saya dengan parang (ok, ini imaginasi liar saja) kerana telah membuang peluang yang orang lain di luar sana tidak dapat, dan kerana tidak sekurang-kurangnya mencuba nasib, jadi saya gagah kan juga pergi dalam keadaan seperti zombie akibat terlalu amat lah mengantuknya.

Ujiannya cuma 20 minit. Saya mendapat tajuk “faktor terpenting dalam seorang pemimpin”. Saya teringat kata-kata guru English saya dulu yang menggalakkan pelajarnya memasukkan kata-kata hikmah atau quotes dalam setiap penulisan esei. Tetapi, oleh kerana saya ini miskin membaca dan lemah pula daya ingatan, jadi saya tidak ingat apa-apa quote menarik yang boleh diletak dalam esei.

Sudahnya, saya merekacipta saja quote yang bunyi macam ala-ala sedap. Saya letakkan juga tokoh-tokoh sebenar konon-konon mereka mengatakan apa yang telah saya reka itu. Nasib baik juga lah tokoh-tokoh itu bukan nabi. Jika tidak, tentu saya sudah berdosa besar kerana telah membuat  hadis palsu ciptaan sendiri.

Tetapi, bila difikirkan semula, apa kes Mahatma Gandhi boleh bercakap soal kepimpinan nih? Bukan kah dia lebih sinonim dengan soal perjuangan dan keadilan. Macam tak kena pula. Seperti Paris Hilton bercakap soal hukum relativiti Einstein. Janggal dan pelik!

Kesimpulannya, saya kantoi di situ. Mahu reka cipta quote pun biarlah bersesuaian dengan penuturnya. Jika tidak, obvious sangat benda itu hanya rekaan semata-mata.Haish!

2) Diskriminasi

Seorang sahabat tidak berpuas hati dengan management universiti. Kata nya, kami yang bukan tajaan petronasional ini telah didiskriminasi dengan pelajar2 tajaan petronasional.

Ini kerana, pelajar2 bukan scholar tidak perlu menjawab ability test petang itu. Hanya written test saja. Sedangkan pelajar2 scholar ada ability test pula pada petangnya.

Bagi saya yang berfikiran mudah ini, perkara itu langsung tidak dirasakan suatu diskriminasi. Kerana lagi senang tak perlu buat ability test. Malah saya lebih lega kerana boleh terus balik ke bilik dan bercengkerama dengan tilam dan bantal. (baca:tidur laa..wat apa lagi.)

Kata sahabat saya lagi, terlalu banyak kelebihan diberikan pada pelajar scholar. Sampai dia yang bukan scholar berkecil hati hingga mencadangkan universiti tidak perlu mengambil pelajar bukan scholar. Ambil saja 100% pelajar scholar.

Saya tidak tahu pula tentang diskriminasi pihak pengurusan itu. Sebab, pada pendapat peribadi saya, tidak ada apa-apa diskriminasi pun di sini. Semua orang masih di bawah bumbung yang sama. Belajar di kelas yang sama. Duduk di kerusi dan meja yang bentuknya sama. Makan di kafeteria yang sama. Ada kemudahan akses internet yang sama.

Lain lah kalau diskriminasinya seperti antara kulit hitam dan putih ketika zaman Nelson Mandela atau Martin Luther King Jr dulu, misalnya. Sampai kolam renang pun untuk kulit putih saja. Kerusi di tepi stesen bas pun dicat putih dengan tulisan “For Whites Only”. Hah, kalau perkara begitu terjadi di sini,(kolam renang, gym, kafe atau kemudahan lain terpampang dengan papan tanda “For Scholars Only”) , itu baru lah dikatakan satu diskriminasi yang NYATA!

Kasihan juga saya dengan pihak pengurusan universiti. Apa saja yang dibuat pasti mengundang rasa tidak puas hati. Sebenarnya saya lihat mereka (universiti dan syarikat petroleum nasional) adalah seperti seorang bapa yang punya ramai anak.

Jadi, dalam ramai-ramai anak itu, tentu payah untuk berbahagi kasih sama rata. Tentu ada yang favorites. Lebih-lebih lagi pada anak-anak yang telah mereka laburkan duit dengan banyak (dalam kes ini: pelajar scholars). Jadi, tentu saja harapan dan layanan pada anak-anak ini lebih tinggi sedikit berbanding yang lain. Kerana anak-anak lain itu, bukan di bawah tajaan mereka.

Tapi, hakikatnya, layanan dari segi kemudahan pelajaran itu sama saja. Tidak ada beza pun.

Ah, senang begini saja lah. Dari kita susah payah memikirkan tentang diskriminasi pihak itu atau pihak ini, baik lah tengok dulu diri sendiri dan baiki mana-mana yang kurang.

Lagipun, bumi Tuhan kan luas. Kalau tak dapat kerja dengan syarikat petroleum nasional itu, mungkin ada lah rezeki di tempat lain yang menanti. Jadi, tak perlulah ribut-ribut, ok?😉

 
9 Comments

Posted by on February 7, 2009 in Sekolah

 

9 responses to “Ujian bertulis dan diskriminasi

  1. ropi

    February 8, 2009 at 4:41 pm

    diskriminasi? tak ada istilah diskriminasi. budak2 belaan esu pun didiskriminasi. budak yg non scholar dah ditemuduga berbulan2 lepas, sedangkan budak2 skoler masih menunggu2 panggilan telefon.

    diskriminasi, atau menganaktirikan anak2 sendiri?

    usaha lah. kalau berminat sangat mnyertai syarikat ini, ketahuilah beratus2 malah beribu2 lagi yg berminat. usaha, tanya akak HR yg bagi talk hari tu. mintak nombo kontek dgn dia, jumpak selepas test.

    x apalah. rezeki masing2. mana tahu lebih bnyk lagi syarikat multinasional yang mahukan kita?

     
  2. sUe

    February 9, 2009 at 12:21 am

    ropi: entahlah. yang skoler pet rasa dianaktirikan.yang tak skoler pet pula rasa didiskriminasi…huhu.

    sebenarnya saya rasa benda ini ikut pada usaha sendiri. macam yg kamu katakan itu, kalau nak kerja pet kena pepandai cari peluang sendiri.sebab berpuluh ribu org lagi yg nak kerja dgn syarikat tu.

    apa-apa pun, usaha sendiri dan lepas itu tawakal, serah pada Tuhan. rezeki itu kan di tangan Dia.🙂

     
  3. CAHAYA MATA

    February 10, 2009 at 10:34 am

    cik sue..
    kadang kala “diskriminasi” itu perlu utk menjadi pembakar semangat.. yg penting think +ve selalu.. okeyy…

    SAYA gembira cik sue sngt neutral dan tak mudah terpengaruh.. (^,^) keep it on..!!

    p/s : bila nak gi jogging ni..? hehehehe…

     
  4. Nurhidayah

    February 11, 2009 at 1:34 pm

    “Bagi saya yang berfikiran mudah ini, perkara itu langsung tidak dirasakan suatu diskriminasi. Kerana lagi senang tak perlu buat ability test. Malah saya lebih lega kerana boleh terus balik ke bilik dan bercengkerama dengan tilam dan bantal. (baca:tidur laa..wat apa lagi.)”

    lg best blk tdo dr wat ability test tu.
    hehe..
    thanx god x kene wat adelah!🙂

     
  5. sUe

    February 13, 2009 at 6:11 am

    cahayamata: ya,diskriminasi selalunya memberi satu macam persaingan. dan persaingan selalunya penting untuk maju ke depan.

    jom jogging sabtu nih?heh heh…

    nurhidayah: hehe..sama lah. rasa cam nak wat sujud syukur je bila dapat tahu tak payah buat.😛

     
  6. someseng

    February 13, 2009 at 7:07 am

    all the best kak sue.🙂

     
  7. sUe

    February 13, 2009 at 7:31 am

    ouh,terima kasih pai!
    lama tak dgr cerita, sudah kerja ker?

     
  8. nursakinah abdul rahman

    February 17, 2009 at 12:01 pm

    sumua sama saja..rezeki masing-masing..bila skin carik kje n tgk membe2 kje skang,kuasa Tuhan itu mmg maha Besar..boleh nampak Dia aturkan semuanya ini..huhu..jz berusaha,Dia sentiasa membantu ke arah yg sesuai dengan kita😉

     
  9. sUe

    February 19, 2009 at 1:15 pm

    sakinah: ya betul tuh. Apa-apa pun kena usaha sendiri lah kan…lepas itu tawakal. Kalau ada rezeki itu, ada lah.Tuhan tidak kejam untuk menafikan usaha hamba-Nya.🙂

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: