RSS

Kecewa rakyat marhaen vs ayam goreng ulam kacang botol dengan kicap.Nyam,nyam!!

06 Feb

Marah betul apek perut gendut itu. Marah bukan main.

“Ah, tutup saja itu tivi. Jangan percaya. Itu semua propaganda Ar-Tee-Em saja.” dengusnya.

Wah, ini memang marah betul ni. Sampai rancangan wanita yang membincangkan topik kenapa wanita sekarang suka berkahwin lelaki lebih muda pun dituduh sebagai satu propaganda. Satu konspirasi. Ada muslihat tersembunyi. Ada udang di sebalik mi.

Sedangkan trang-tang-tang rancangan itu milik satu syarikat swasta. Tidak ada kena-mengena dengan Ar-Tee-Em.

Apek  perut gendut itu bingkas bangun mahu membayar makanan yang dibungkusnya. Sempat lagi dia merungut pada makcik jaga gerai yang sungguh peramah dan suka tersenyum itu. (saya kata makcik itu. bukan apek perut gendut)

“Ahhh…undi PASS pun tarak guna. Dapat dekat Bee-End jugak!! Ini macam gua masuk komunis lagi senang!” marahnya sambil berlalu pergi dari situ. Dengan perut gendutnya.

Memang marah betul dia. Marah bukan main-main. Kecewa sungguh-sungguh. Harapan menggunung kini hancur berkecai. Negerinya sudah bertukar hak milik.

Saya diam saja. Melihat dia pergi. Dengan perut gendutnya. Saya sudah tidak peduli apa-apa. Payah untuk saya peduli apa-apa bila di depan sudah terhidang ayam goreng, ulam kacang botol dan sambal belacan. Memang masyuk tak ingat dunia.

Ouh, jangan lupa. Kicap mesti ada ya?

Nyam nyam!!

Nota kaki 1: kadang-kadang bagus juga sikap tak peduli dan tak mahu ambil tahu ini. tak perlu serabut kepala. tak perlu memaki hamun segala. sebab hakikatnya, diri ini sudah terlalu penat untuk ambil tahu. sudah terlalu lelah untuk rasa kecewa dengan dunia polit(a)ik Malaysia. apa nak jadi pun, gasaklah! duduk bilik, goyang kaki, tengok movie lagi bagus.lalalala~

Nota kaki 2: kata ayah “biarlah. itu semua atas izin Tuhan. Dia rasa nak bagi, Dia bagi. sekarang dah Dia nak ambil, Dia pun ambil lah balik. semua tu kan pinjaman dari Dia saja.”

Nota kaki 3: bukankah bagus kalau semua urusan, selepas berusaha,  akhirnya kita serah pada Tuhan. Konsep redha pada takdir, berapa orang yang betul-betul faham  agaknya ya?

 
5 Comments

Posted by on February 6, 2009 in Manusia, negara

 

5 responses to “Kecewa rakyat marhaen vs ayam goreng ulam kacang botol dengan kicap.Nyam,nyam!!

  1. nursakinah abdul rahman

    February 6, 2009 at 2:44 pm

    rasanya menu kak su makan tu lagi sedap drp bahasa org itu..huhu..lama x makan macam tu..

     
  2. ainunlmuaiyanah

    February 7, 2009 at 4:06 am

    sebenarnya ramai yang prihatin. sue menulis entry ini tanda sue prihatin..

    tetapi ramai yang lelah.. tengok mainan kotor politik

    saya tidak suka politik, dulu saya fikir politik kotor
    tetapi sebenarnya orang yang mengotorkan politik

     
  3. amirahsyuhada

    February 7, 2009 at 11:21 pm

    ya saya setuju, sampai satu tahap, saya dah lali dan mangli, saya jadi tak peduli, kadangkala fikir apa ada pada siapa memerintah, saya fikir selagi tiada perang selagi saya masih boleh bekerja, saya tak ambil pusing apa yang terjadi.

    Ya, terlalu muak, membuatkan saya dah menutup hidup saya dari apa2 yang berkaitan politik.

     
  4. zetty

    February 8, 2009 at 10:52 am

    tp kan kak sue..
    zetty bersyukur sgt yg even politik m’sia cmni, tp still x seteruk negara2 laen..
    n kite nye sistem demokrasi xla teruk mcm kat overseas
    derang siap dgn rusuhan etc..
    lg mengerikan tu
    huhu~
    hope negara kita terus aman damai n makmur biarlah diperintah sape2 pon
    xmo mundur+xde pembangunan langsung lak..
    biarlah semuanya balance je..huhu

     
  5. sUe

    February 9, 2009 at 12:08 am

    sakinah: ni mesti sibuk sangat sampai tak sempat nak makan…jgn lupa makan. skinah tu dah lah kurus…hehe.😛

    ainunlmuaiyanah:Entahlah. Zaman sekarang manusia2 yang berpolitik, semuanya terlalu tamakkan kuasa dan bertuhankan wang ringgit semata-mata.Tak tahu apa yang mereka buat dengan duit dan harta itu. Nak bawak masuk kubur kot.😦

    amirahsyuhada: ya. saya pun sudah rasa macam itu. selagi tak menganggu gugat hidup saya dan keluarga, saya sudah tak mahu peduli. bunyi macam pentingkan diri sendiri, tapi biarlah. dah penat. huhu!

    zetty: ya, negara kita masih lagi boleh dikatakan baik berbanding negara lain. tp pada pendapat kak sue, pembangunan materi perlu seimbang dengan pembangunan sahsiah dan moral juga. dan pembangunan sahsiah itu perlu dimulakan dengan pemimpin. kalau pemimpin pun moralnya sifar, macam mana rakyat nak hormat, kan?

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: