RSS

“It’s never too late to fall in love”

29 Jan

Kawan saya. Sedang berbunga-bunga hati nya. Kerana jejaka yang lama dipuja  akhirnya memberi petanda. Bahawa dia tidak bertepuk sebelah tangan sebenarnya.

“Kau tak tahu macam mana payahnya aku cuba jauhkan diri dari dia. Masa aku dpt tahu dia dah couple dengan kakak tempat kerja aku tu…Aku macam dah bina tembok besar dah antara aku dan dia. Aku dah tak letak harapan apa-apa dah…” kata nya.

“Hurm…lepas tu?” tanya saya semula.

“Lepas itu alih-alih ada orang ckp dia rindukan aku. Rupa-rupanya diorg dah clash…” balasnya, dengan senyum meleret ke telinga.

Saya diam. Mengangguk sedikit. Pandangan saya lemparkan ke luar tingkap kereta. Memerhati keindahan taman dan tasik yang ada di sekolah ini.

Di sebelah, sahabat saya itu masih bercerita. Meluahkan rasa. Mengungkapkan gembira. Memberitahu betapa harapannya kini kembali berbunga.

Saya diam dan mendengar. Mengangguk sekali sekala. Senyum juga sekali sekala. “Oklah tu…” sekali sekala. Dan “Baguslah tu…” juga sekali sekala.

(Sejak akhir-akhir ini, saya menjadi tempat luahan rasa kawan-kawan yang punya permasalahan dalam cinta. Tidak. Saya tidak merungut. Saya gembira mereka mahu bercerita pada saya. Dan saya juga seboleh-bolehnya mahu membantu meminjamkan telinga dan kata-kata. Jadi kaunselor orang ini seronok juga. Mungkin saya boleh apply untuk jadi pembantu Cik Seri Santan Kelapa…heh.😛 )

“Eh, sekali sekala kita jogging nak tak?” tiba-tiba saya bertanya. Lepas kawan saya itu habis bercerita.

Dia diam. Terus memandu dengan khusyuk. Senyum masih melekat di wajahnya.

“Eh, kau dengar tak ni? Jom pegi jogging sekali sekala nak tak?” Saya, mengulang tanya, sambil menguatkan sedikit tahap desibel suara.

“Huh? Eh sorry222. Aku tak stabil sikit lah. Sejak akhir-akhir ni aku rasa macam asyik nak terawang-awang jer…hehehe…” jawab dia malu-malu.

“Lorr…hahahah..berangan rupanya…” saya tergelak.

Kesimpulannya, saya mahu sarankan pada pihak JPJ, selain orang mabuk, orang yang ambil dadah, dan orang yang tak ada lesen, orang yang sedang jatuh cinta juga tidak dibenarkan untuk memandu kereta.

Sebab kalau sedang terawang-awang, tiba-tiba jadi apa-apa, tak sampai pula kaki nak tekan brek kereta. Tak ke naya? Heh!

Untuk kawan saya itu, moga bahagia itu milik kamu.🙂

 
5 Comments

Posted by on January 29, 2009 in Teman

 

5 responses to ““It’s never too late to fall in love”

  1. CAHAYA MATA

    January 30, 2009 at 11:13 am

    rindu itu cuma satu dari tanda CINTA.. betul ke mamat tu suka dan cinta..? takut-takut sahabat awak tu cuma jadi tempat “melepas lelah” kerana mamat tu baru patah hati kan.. hati-hati yer..

    { nak ikut awak jogging..!! hehehehe… }

     
  2. amirahsyuhada

    January 30, 2009 at 12:21 pm

    moga bahagia tu jua akan jadi milik kamu, sue.🙂

     
  3. ainunlmuaiyanah

    January 30, 2009 at 6:39 pm

    jadi cik sue bila lagi nak berteman baru?

     
  4. kel@mbu

    January 31, 2009 at 1:39 am

    bila2 masa pun manusia boleh jatuh cinta tiba2.. smudah ungkapan plink!

     
  5. sUe

    January 31, 2009 at 12:45 pm

    cahayamata:

    entahlah, saya pun kurang pasti apa motif mamat itu. sebetulnya dia dan kawan saya itu tidaklah declare atau apa. cuma kawan saya itu gembira sgt sbb lelaki itu mcm bagi hint2 sikit. mungkin kwn sy itu suka sbb sekurang-kurangnya dia ada harapan.huhu.

    [jom,jom,kita pegi jogging sama2…tenangkan fikiran… hehe]

    amirahsyuhada:

    terima kasih. moga bahagia jadi milik kita semua. Amin…😛

    ainunlmuaiyanah:

    aiseh…cik ainun,susah sikit nak jawab tuh. saya tgh tunggu orlando bloom sebenarnya. agak-agak bila boleh dapat ya? hehehe:mrgreen:

    kel@mbu:

    hehe…bila kamu kata begitu, sy teringat anime jepun. bila jumpa awek cun, mata jadi bersinar-sinar dan ada sound effect ‘plink-plink’!🙂

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: