RSS

Tentang dia, bidadari yang patah sayap cinta nya I.

25 Jan

angel05

“Macam bidadari.” bisik hati saya tatkala menyeluruhi wajahnya yang manis sedang mencicip segelas jus epal lewat pertemuan kami tempoh hari.

Suasana di Old Town White Coffee itu begitu padat dan sesak dengan manusia. Jam di pergelangan menunjukkan pukul 10.30 malam. “Sudah lewat begini pun masih ramai orang kan?” katanya.

Saya mengangguk cuma. Menghirup sedikit Hazelnut White Coffee yang sudah sedikit cair kerana dibiarkan lama tanpa terusik. Cuaca di luar, langit gelap. Tidak berbintang. Hujan turun rintik-rintik. Menyejukkan lagi suasana.

“Awak macam mana?” tanya nya. Sudah lama benar kami tidak bertemu. Masing-masing sibuk dengan hal sendiri.

“Okey. Awak?” tanya saya kembali.

“Okey jugak…” jawabnya, sambil tersenyum. Jelita.

Sahabat saya itu memang tidak berubah. Masih manis macam dulu juga. Masih jelita dan mempesona. Sampai saya sendiri tak jemu-jemu memandangnya. Saya kira, dengan wajah sebegitu, dia mampu memancarkan feromon yang dapat membius setiap lawan sejenisnya untuk tunduk kepadanya.

Ketika kami sedang berbual-bual kosong pun, pasti ada saja mata yang mencuri-curi memandangnya. Terkenang kembali ketika kami sama-sama di kampus dahulu. Ke mana-mana saja, lelaki akan memanggil dan bersiulkan nama nya. Hadiah, kad ucapan, kiriman salam, panggilan telefon, kiriman mesej datang menghujani tanpa henti-henti. Mujur, dia bukan jenis yang gila kan perhatian. Dia hanya berdiam dan lelaki-lelaki itu langsung tidak diendahkan. Malah, ada hadiah-hadiah yang dipulangkan secara baik.

Selain jelita mempesona, dia juga mempunyai sebongkah hati yang maha tulus. Terlalu baik dan berbudi pekerti. Pernah ketika kami sama-sama menjalankan latihan industri dahulu, saya dan dia dicemuh kerana tidak pandai menggunakan bahasa negeri sendiri.

Ketika sedang berjalan, kami diikut dari belakang  oleh gadis-gadis kilang dan diejek dengan kata-kata yang sungguh menyakitkan hati.

“Eeeee…cakap keyyy ellll….tak kuaseee…”

“Ouh…cakap kedah teruk sangat keeeeeerrrrrr? Tak sedar kerrrrrr diri tu dari maneeeeerrrrrrrr??”

Ejek mereka dengan loghat ‘key ell’ yang sengaja di buat-buat. Dan lantas ketawa mereka berderai. Sedangkan, kami baru saja seminggu berada di situ. Dan gadis-gadis itu, mengenali kami pun tidak. Tahu fasal kami pun tidak. Tapi sudah berani memprovokasi. Hanya kerana kami kurang fasih berbahasa loghat sendiri.

(Tentang perkara loghat ini, susah mahu diterangkan. Nantilah, kalau ada masa, dan ada orang mahu tahu, saya akan jelaskan. Tapi, biarlah beradab sopan dengan pertanyaan yang sewajarnya. Bukan diperli dan dicemuh sesuka hati )

Satu hari, kami sedang menunggu bas untuk pulang ke rumah. Dan salah seorang dari gadis-gadis yang mengejek kami itu turut ada di situ. Saya agak dia lah ketua nya. Ketua kumpulan gadis-gadis itu yang saya gelarkan ‘Kumpulan Samseng Gagak Hitam.” (heh, ini sebab pengaruh Shin Chan. :P)

Gadis itu, yang mengejek kami saban hari itu mula resah gelisah. Dia seorang. Sedang kami berdua. Geng nya tidak ada. Mungkin dalam fikirannya, “habislah aku kena dengan budak dua orang ni…”

Tetapi, alangkah terkejutnya saya, sahabat saya itu, yang cantik jelita mempesona itu, telah pergi kepada gadis itu. Bukan saja menegur dengan penuh budi bahasa (eh, tengah tunggu bas ke? rumah kat mana?) , malah menawarkan gadis itu untuk sama-sama berkongsi payung supaya dapat berlindung dari terik mentari. Apa neraka kah?

Di dalam bas, saya yang tidak puas hati bertanya pada dia (ya, saya tak punya sebongkah hati yang semulia dia. hati saya hitam lagi kotor.) “Eh awk, kenapa awk baik sangat dengan dia? Don’t you know she’s the one yang selalu ejek kita dengan kawan-kawan dia tu?”

Dia mengangkat muka nya. Mata yang jernih itu memandang saya dan menjawab “Biarlah. Orang yang buat jahat pada kita, kita patut buat baik pada dia. So that dia akan malu sendiri. And she’ll think twice untuk ejek kita balik.”  Jawabnya sambil tersenyum bersahaja.

Dan sungguh. Kumpulan Samseng Gagak Hitam langsung tidak bersuara lagi selepas itu. Kami sudah tidak diganggu dan boleh membuat latihan praktikal dengan aman damai semula.

Itulah sahabat saya. Kecantikannya terserlah bukan saja secara lahiriah, tetapi batiniah nya juga sungguh cantik molek. Sampai kadang-kadang saya tertanya sendiri, bagaimana lah ibunya mendidik dia sehingga menghampiri sempurna seperti ini? (saya kata ‘menghampiri sempurna’ kerana tiada manusia yang sempurna.) Tetapi, bagi saya, sahabat saya itu sudah cukup sempurna sifat dan sikapnya. Bagi saya, dia adalah definisi “cantik”  yang sebenarnya.

Dan baru-baru ini kami bertemu. Ketika cuti semester yang lalu. Saya dan dia, cuti kami tidak sama. Dia IPTA dan saya IPTS. Jadi, kami hanya mencuri-curi masa untuk bertemu dan bertukar cerita.

Dari satu cerita, ke satu cerita yang kami bualkan. Bertanya tentang kawan-kawan kami yang dulu. Yang sudah hilang jejak mereka. Tentang khabar pensyarah-pensyarah yang masih ada atau yang sudah bertukar ke tempat lain. Tentang keadaan masing-masing. Tentang kenangan dulu. Tentang kenaifan kami semasa mengejar ilmu. Dan tentang cinta.

Ya, tentang cinta.

 

 
2 Comments

Posted by on January 25, 2009 in Peribadi, Teman

 

2 responses to “Tentang dia, bidadari yang patah sayap cinta nya I.

  1. Luqman Misri

    November 2, 2011 at 7:11 am

    macam mana dengan tentang cinta? entri ni macam tergantung lah.

     
    • sUe

      November 2, 2011 at 10:14 am

      yer.memang sengaja dibiarkan tergantung.
      sebab menulis ikut mood. huhu!
      kalau rasa nak sambung nanti, baru saya sambung ok?🙂

       

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: