RSS

Oh Jerry Maguire… :P~

25 Jan

She’ll lead you down a path

There’ll be tenderness in the air

She’ll let you come just far enough

So you know she’s really there

She’ll look at you and smile

And her eyes will say

She’s got a secret garden

Where everything you want

Where everything you need

Will always stay a million miles away

Secret Garden – Bruce Springsteen

Ini antara lirik Secret Garden nyanyian Bruce Springsteen. Kenapa kah tiba-tiba saya boleh pula menyukai lagu oldies begini? Jawapannya ialah kerana saya baru saja menonton filem Jerry Maguire lakonan Tom Cruise dan Renee Zelweger. Lagu ini ada lah OST untuk filem itu.

Filem bercorak drama romantik itu sebenarnya telah membuat saya rasa seperti terawang-awang seketika ketika menontonnya. Mungkin kerana saya suka filem-filem begitu yang mempunyai elemen ‘romantik yang tidak boleh diharap’ atau dalam bahasa inggerisnya ialah ‘hopelessly romantic’, jadi filem itu buat saya tersenyum untuk dua tiga hari ini.

Saya pun sudah lupa bila kali terakhir saya menonton filem yang bergenre begini. Dan saya mula teringatkan filem-filem lain seperti She’s All That, Ten Things I Hate About You, dan banyak lagi yang telah membuatkan hati saya seperti tumbuh bunga-bunga mekar dan perut pula seperti ada kupu-kupu berterbangan di dalamnya. Wohhh….renee_zellweger5

Ada satu dialog yang saya kira begitu membunuh.

Jerry Maguire: I love you. You…you complete me. And I just…

Dorothy: Hush…Shut up. Just shut up. You had me at ‘hello’. You had me at ‘hello’.

Dan kemudian mereka pun berpelukan.

Wah…ini ayat memang membunuh sungguh. Menusuk. 

Seperti kata-kata Vanida dalam filem Sepi “Awak cari saya?” dan dibalas pula oleh Afdlin, “Seumur hidup saya, awak…”

Damn! Cair siot!

Ini antara ayat-ayat dalam filem yang saya kategorikan sebagai ‘ayat pembunuh’. Kerana ia menyentap jiwa. Menusuk ke sukma. Yang walau tak ditujukan pada saya, tapi saya pula yang rasa bahagia. Hahaha…😛

Ah, tak salah kan kalau saya meminati filem-filem begitu?

Saya pernah terbaca di salah satu entri en kelambu, seorang rakannya ditegur dengan kata-kata “muka bengis. tapi jiwa menangis”. Jadi, kalau manusia yang bermuka bengis pun suka kan benda-benda mellow dan sentimental, apatah lagi saya yang tidak langsung berwajah bengis malah berwajah lemah lembut, comel dan sopan santun ini kan? (ok suhaila. kamu dah melebih-lebih. tak baik buat orang muntah…😀 )

Notatapakkaki:

1) menonton filem ini buat saya berfantasi mahu menjadi perampas suami orang. dan suami yang ingin dirampas itu namanya Tom Cruise, suami kepada Katie Holmes.😛 (saya tahu itu tak akan jadi kenyataan.kerana itu namanya fantasi semata-mata)

jerry1

2) saya baru perasan satu perkara. saya mampu mengingati secara tidak sengaja hampir setiap entri dari blog-blog yang saya suka. seperti blog en kelambu, tuan tanah, kak tasik, honeybiru, areyoung, en may dan ramai lagi yang telah saya khatamkan penulisan mereka berkali-kali. (baca Quran pun tak khatam banyak kali macam baca blog…chaittt!!).sebab itu saya boleh quote mereka tanpa perlu merujuk semula entri-entri tersebut.

3) alangkah bagus kalau daya ingatan saya itu diaplikasikan dalam menghafal subjek-subjek yang memerlukan hafalan seperti Environmental Laws and Regulations yang saya ambil semester lepas. tentu saya tidak akan mendapat gred ‘C’emerlang jika saya mampu menghafal semua akta-akta di dalam buku warna jingga itu. Hurm…..

4) cuti kali ini, saya rasa sungguh aman sekali. mungkin kerana keadaan kampus yang lengang nampak sungguh mendamaikan.🙂

 
4 Comments

Posted by on January 25, 2009 in Filem, Saja Mengada

 

4 responses to “Oh Jerry Maguire… :P~

  1. ainunlmuaiyanah

    January 25, 2009 at 3:03 am

    wah.. peminat setia en kelambu ya..
    hehe..
    saya suka juga cerita ini..
    rasanya ada beberapa adegan dalam cerita ini jadi trendmark pula mcm show me the money dan u complete me tu

     
  2. kel@mbu

    January 25, 2009 at 4:05 am

    bagusnya filem/drama hollywood ni ialah kesan selepas menonton. kalau dh trjebak lyan dramanya, mesti kra nak folo saja. kalu filem yg bgus pulak mmg buat kta teringat-ingat.

    tp sedih. crita2 kita byk yang mcm pop corn. pnas skjap. kmudian sjuk dan x sedap.

    apapun, theme song roswell, here with me dari dido mmg brhantu bg sya. sbb shiri appleby kot. hehe.

     
  3. mirasue

    January 25, 2009 at 3:38 pm

    i love the part dia ckp..
    u had me at hello tu~
    sweeet!

     
  4. sUe

    January 25, 2009 at 5:18 pm

    ainunlmuaiyanah:

    alamak, utk mengelakkan sebarang spekulasi, kena tambah perkataan ‘antara’ dan ‘blog’ di situ.
    jadi jawapannya, ya, saya ‘antara’ peminat setia ‘blog’ en kelambu.hehe…😛
    dan semua blog-blog lain yang ada di blogroll saya. termasuk blog cik ainunl…heeee:mrgreen:

    bab show me the money itu memang dah jadi trendsetter pun. itu yg sy pernah terbaca di mana entah, dah lupa.huhu.

    kel@mbu:

    ada juga cerita kita yang tak mcm popcorn.seperti suami,isteri dan … dan Sepi, tetap sedap walaupun dah sejuk.hehe.

    roswell? alamak, lama giler arh tak tgk cerita ni. sama lama macam tak tgk X-Files. tp aritu astro ada tygkan balik kan. sempena fiesta tahun baru.

    mirasue:

    ouh, part “you had me at hello” itu lah yang paling cair…hehe
    eh,nama kita sama lah…hye kembar! wink wink (^_~)

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: