RSS

Senior otai dan homesick.

23 Jan

Ketika kami keluar makan. Menaiki kelisa hitam Mel yang comel (rhyme kan?).

“Eh, Kak Sue nape baik sangat pakai matrix card?”

“Eh,kenapa?”

“Kita kan dah senior. Tak otai lah pakai matrix card.”

“A’ah kan. Kita senior. Kena otai.”

Lantas kad matrix dikeluarkan. Dicampak ke luar tingkap. Hancur digelek tayar kereta.

Haha! Baru otai!😈

Ini fiksi semata-mata. Imaginasi liar di kala minda tengah serabut. Sebab kehilangan matrix card yang elok tergantung di leher. Entah tercicir di mana.

Hurm, jadi skema pun susah.

**********

“Raya cina ni kalau boleh jangan balik. ‘Anak-anak’ kamu nanti tak ada orang jaga.” kata Dr Shark.

‘Anak-anak’ itu maksudnya adalah mikroorganisma2 yang perlu saya jaga supaya dapat membesar dan membiak dengan sihat dan kuat. Perlu diberi makan nutrien yang mencukupi. Dikawal kandungan pH nya. Kandungan keperluan oksigen nya.

Pendek kata, menjaga mereka ini jauh lebih mengada-ngada dari menjaga anak-anak manusia betul. Segalanya untuk projek tahun akhir saya.

Sekali lagi ada janji yang terpaksa dimungkiri. Ada kata-kata yang terpaksa dikhinati. Terasa sungguh munafiknya diri ini.

“Mak, adik tak jadi balik lagi lah. Last minute baru lecturer ckp jgn balik.” Ujar saya perlahan lewat panggilan telefon kepadanya semalam. Kecewakan mak adalah benda yang paling saya benci.

“Hurm…tak apa lah. Nak buat macam mana.” Jawab mak, kecewa. Saya tahu dia kecewa. Sebab dia adalah antara spesis ibu yang cukup seronok kalau anak-anaknya balik. Dia akan masak kan makanan kegemaran kami. Dia akan bercerita itu dan ini. Dan bila kami mahu pulang semula ke kampus, dia akan bertanya “Bila pula balik sini lagi?”

Ayah pula lebih cool. Sebab itu saya tidak berapa sedih untuk sampaikan berita tak jadi balik pada dia. Dia releks.

“Alaaa…lagipun hari tu dah lama cuti kan? Lagipun tinggal berapa bulan je lagi. Kena lah berkorban sikit…” kata ayah.

Tapi, sebenarnya saya mahu balik.😦

Ah mak ayah, maafkan adik. Tunggulah, pasti ada angin yang akan menyapa. Membawa rindu saya untuk kalian berdua.

*homesick mode*

 
10 Comments

Posted by on January 23, 2009 in famili, jiwa kacau, Sekolah, Teman

 

10 responses to “Senior otai dan homesick.

  1. Nurhidayah

    January 23, 2009 at 12:22 am

    wahh..mcm menarik jer tajuk fyp kak su!
    hehe..
    nway,dayah blk.(nk bg jeles).ehe..
    xpe2 kak su,jage anak2 kt utp k~
    hehe..

     
  2. zetty

    January 23, 2009 at 12:49 am

    kak sue:
    pesanan ini dibawa khas oleh adik2 yang tidak mengada2 untuk dijaga seperti ‘anak2’ kak sue

    selamat menjadi micro-sitter yang baik!!!
    Gong Xi Fa Cai
    hik3

    p/s: berkorban xpe, nnt ktorg lak..huhu

     
  3. Jamel

    January 23, 2009 at 9:44 am

    pergh..otai gile..nk lagi otai ??
    gi opis pakgad..
    ckp…
    pakcik, saye dh senior, pakcik simpan je kad nih bg junior…
    ape barang kad matrik pakcik..

     
  4. CAHAYA MATA

    January 23, 2009 at 10:07 am

    aduhh..kecian nya..
    selamat menjaga “anak2 mikroorganisma” sepanjang cuti panjang ini yer.. hehehehe… (sajer nk usik hati cik sue..jgn mare.. hihihii..)

    pelajaran adalah pengorbanan.. dan berusaha untuk pelajaran adalah pelaburan…

    chaiyokk.. chaiyokkk… !! (^,^)

     
  5. 13may

    January 23, 2009 at 11:24 am

    hoh? aku kena tipu…!!
    ingatkan betul betul campak kad matrik kasi keta gelek…😛

     
  6. tasikmerah

    January 23, 2009 at 5:26 pm

    dah gantung kt leher pun hilang? leher bocor kot. hehehehe…

    .

     
  7. ainunlmuaiyanah

    January 24, 2009 at 11:07 am

    sue, kita pun tak balik juga..
    kira senasib la..
    nak buat lagu mana, kena buat fyp kan.

     
  8. sUe

    January 25, 2009 at 1:34 am

    dayah: fyp kak sue biasa2 jek.bunyi saja macam menarik. btw, dayah telah berjaya menjeleskan kak sue.huhu…

    zetty:Gong Xi Fa Chai untuk zetty jugak. jangan makan limau byk sangat. nanti sakit perut.😛

    jamel: hahaha..itu otai tahap dewa. sekali pakgad itu halau keluar UTP. matrix card ke mana, otai ke mana… hehe…

    cahayamata: itulah. tak apalah, terpaksa berkorban demi anak-anak. kalau ‘anak-anak’ ni tak kenang jasa ‘ibu’ mereka ini, memang siaplah! hehe…:mrgreen: eh, kamu cuti juga kan? tak pergi mana-mana?

    13may: hahaha…saja jek tu. imaginasi liar sikit. tak kan lah sampai hati buat begitu. kesian matrix card saya…😛

    tasikmerah: iyer lah kot… kak tasik ada apa-apa petua nak tampal leher yang bocor? hehe…:mrgreen:

    ainunl: ouh, kamu pun tak balik? sama lah kita… nasib baik raya cina. kalau raya aidilfitri tak blh balik, mahu menangis kepiluan nih… huhu

     
  9. ropi

    January 26, 2009 at 9:09 am

    xlah seotai mana.

    cuba racik racikkan kad metrik depan pagad

     
  10. sUe

    January 29, 2009 at 2:39 am

    ropi: boleh nak buat camtu. tapi dalam mimpi je lah.😛
    btw, semua yg di atas itu pun fantasi semata-mata saja.

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: