RSS

Dengar banyak kali, lagu David Cook itu sedap jugak.(tajuk ini tak relevan dgn entri)

20 Jan

Pukul 6.30. Kami sedang makan-makan di RnR. Restoran itu bentuk dia macam RnR tepi lebuhraya. Mel kata itu memang RnR sebab jalan besar sebelah itu memang highway. Ok. Saya tak tahu pulak.

Sambil makan-makan, saya baca suratkhabar. Ada Metro hari ini. Salah satu sebab saya suka restoran ini ialah sebab sediakan surat khabar. Boleh baca free. Heh!😎

“Eh, cuba baca ni. Boleh pulak campak anak sendiri dalam tong sampah.”

“Entahnya. Tahapehape”

Dan kami pun memulakan sesi sedekah-pahala-free  (baca: mengumpat) pada suami kejam itu.

“Eh, budak-budak main buaian lah. Teringin nak main jugak…” As bersuara, mahu mengembalikan zaman kanak-kanak nya semula.

“Ok. Jom. Budak-budak tengah main tu kita angkat, baling masuk tong sampah.” kata saya sambil buat gaya ala-ala angkat dan campak budak.

“Hahahaha” kami gelak ramai-ramai. Suka. Biasa lah. Idea-idea gila memang kami suka layan. Heh!

Pakcik yang duduk meja depan kami pandang saya tajam. Kemudian tengok budak-budak itu. Kemudian pandang saya balik.

Saya agak pakcik itu ayah budak-budak itu lah.

Adeh!

p/s: Maaf pakcik. Kami tidak sekejam itu. Hakikatnya kami adalah manusia lemah lembut yang penuh kasih sayang. Percayalah!😛

p/s/s: Saya baru baca peraturan baru Mr. Rektor. Semua pensyarah diarahkan kunci bilik kelas pada mana-mana pelajar yang datang lambat.😯

 Ayark! Matilah camni! *sambil selak kamus cari makna ‘punctual’*

 
3 Comments

Posted by on January 20, 2009 in Teman

 

3 responses to “Dengar banyak kali, lagu David Cook itu sedap jugak.(tajuk ini tak relevan dgn entri)

  1. kel@mbu

    January 21, 2009 at 11:12 pm

    msa blajar dlu adalah skali dua lcturer knci pntu utk student yg lambat. tp lpas tu blk mcm asal smla. lcturer dh x kisah pun. tp ikut lcturer jga.. hehe

     
  2. una

    January 22, 2009 at 1:25 am

    err… mane david cook??
    maneeee!!
    grr~

     
  3. sUe

    January 22, 2009 at 6:52 pm

    kel@mbu: harap-harap lecturer saya jenis yang hangat-hangat tahi ayam lah… kalau tidak memang tak ke kelas langsung lah jawabnya kalau asyik kena kunci kat luar saja…huhu😐

    una: errr…david cook takde kat sini. dia kat hollywood sana. heeee:mrgreen:

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: