RSS

Perihal hari pertama sekolah,strategi perang dan individualisme.

19 Jan

mfln375l

Sebagai seorang manusia yang tidak tahu apa makna ‘organized’, saya telah memulakan hari pertama persekolahan dengan normal sepertimana hari-hari persekolahan saya yang terdahulu.

Kelas pukul 10 pagi. Pukul 9.45 baru nak terkedek-kedek mandi. Itu pun sebab ada orang tolong kejutkan. Lepas itu baru check jadual class venue di mana. “Ouh, building 13…dekat saja.” getus saya di dalam hati.

Jadi, saya pun melengah-lengahkan masa lagi. Sempat iron baju.Tudung. Pakai sunblock. Makan vitamin Omega 3. Lepas itu EPO dua biji. Kemudian  spirulina dua biji. Lepas itu sempat lagi layan video klip sekejap sambil kemas katil. Pakai tudung. Pakai matrix card. Ok. Siap. Mari pergi belajar.

Dan saya pun berlenggang ke blok 13. Jam sudah pukul 10.25. Sampai di kelas, saya lewat setengah jam. Itu perkara biasa. Selain tidak tahu makna ‘organized’ saya juga tidak tahu makna ‘punctual.’

Sampai di kelas, tengok ramai rakan-rakan sekelas yang berkumpul di luar. Ah, pensyarah tak datang lah pulak.

Saya pun pulang semula ke bilik dan tulis blog. Sekian hari pertama persekolahan saya untuk semester Jan 09.

**********

Semester ini merupakan semester terakhir saya di sekolah petroleum ini. Sepatutnya saya sudah habis sejak semester lepas lagi. Tetapi, oleh kerana saya telah withdraw dua subjek, jadi saya telah melanjutkan lagi tempoh pengajian kepada satu semester lagi.

Withdraw ini lebih kurang sama dengan fail cuma tidak serupa. Withdraw seperti ‘mengalah sebelum berjuang’. Fail pula seperti ‘dah berjuang tapi kalah.’ Persamaannya ialah dua-dua ada perkataan ‘kalah’ di dalam nya.

Tapi, bagi saya belajar ini seperti nak pergi berperang. Kena ada strategi sendiri untuk menang. Walaupun kalah tapi mesti juga berjuang hingga ke titisan darah terakhir semata-mata untuk dapatkan skrol. Saya withdraw dua subjek kerana saya hampir pasti jika saya ambil, saya mungkin akan fail. Jadi sebelum kalah, saya pun mengalah terlebih dahulu. Dan berjuang semula semester ini. Itu strategi.

And I hope it’ll work out.

**********

Ok. Saya seorang yang individualistik. Pemegang  falsafah individualisme. Bukan bermakna saya pentingkan diri sendiri. Tapi, saya suka bekerja seorang diri. I work best when I’m alone. Dulu, sebelum masuk ke sini, saya telah buat satu ujian tentang apa entah saya tak ingat. Tapi, siapa-siapa yang dapat markah tinggi melebihi 50/60, itu bermakna dia lebih cemerlang jika bekerja seorang diri. Keupayaannya lebih menyerlah jika bekerja seorang.

Saya dapat 55/60.

Saya buat apa saja semuanya seorang diri. Saya lebih senang belajar seorang bila semua kawan-kawan ada study group di library. Saya akan makan nasi bungkus seorang diri depan laptop dalam bilik bila housemate semua masak di dapur. Saya lebih senang berjalan seorang diri bila orang lain mesti berjalan dengan ‘clique’ masing-masing.                          

Saya tidak ada ‘clique’ tertentu. Saya berkawan dengan semua orang. Tapi, saya lebih suka seorang-seorang. Bunyi macam pathetic. Tapi, itu saya. Kerana saya suka perasaan tidak perlu bergantung pada orang lain. Tak perlu menunggu orang lain untuk ke kelas. Tak perlu ikut orang lain untuk ke mana-mana. Rasa bebas. Rasa berdikari.                                       

Mungkin itu memang sikap saya sejak dulu. Tidak suka benda-benda yang too crowded. Tidak boleh pergi ke kelas atau ke cafe sampai segerombolan 7-8 orang. Kalau seorang lambat, semua orang kena tunggu. Itu masalah nya kalau ada ‘clique’. Dan mungkin kerana saya seorang yang tidak punctual, jadi saya tak suka orang menunggu.

Kerana itu saya avoid apa saja event atau function yang ramai orang. Saya pun tak tahu ini penyakit atau apa. Tapi, sindrom tak suka bermasyarakat itu ada dengan saya sejak dulu. Kalau hari raya, saya lah tukang jaga rumah nenek sebab semua orang pergi beraya dan saya lebih suka duduk rumah, tidur atau tengok tv. Function atau dinner memanglah tak pernah pergi.

Sebab itu saya suka sekolah ini. Setiap pelajarnya ada sifat individualistik sendiri. Kau dengan hal kau. Aku dengan hal aku. Kalau jalan seorang-seorang, belajar seorang-seorang, atau makan seorang-seorang, tak ada siapa nak hairan atau pandang semacam. Sebab pergi mana-mana, memang ramai orang macam saya.

Jenis yang suka bergerak seorang-seorang.

Saya harap nanti saya dapat kerja yang begini juga. Saya lemah kalau kena kerja yang sikit-sikit meeting, sikit-sikit meeting. Saya lebih prefer kerja yang divide individual task dan siapkan before deadline.

Because I work best when I’m alone. 8)                         

dsc008721

p/s: Tak organized, tak punctual dan tak suka meeting. Agak-agak kerja apa yang sesuai dengan saya ya? Hurmmm…🙄

 
4 Comments

Posted by on January 19, 2009 in Sekolah

 

4 responses to “Perihal hari pertama sekolah,strategi perang dan individualisme.

  1. insan biasa

    January 19, 2009 at 3:18 pm

    Suri rumah tangga. Memang takkan ada meeting.

     
  2. zetty

    January 19, 2009 at 6:21 pm

    u r very independent woman!
    good job!
    zaman skrg most of d girls r clinging type..
    tp independent woman tu sucess more!!
    =)

     
  3. ainunlmuaiyanah

    January 21, 2009 at 11:43 pm

    mahu tahu?
    saya juga begitu, saya jarang ada best friend sebab bagi saya best friend bukan maknanya ke mana-mana saya mesti bawa dia. ttp saya bersyukur kawan baik saya tu jenis independent. kami berdua baik amat tetapi tidaklah mengendeng 24 jam..

    entah, saya tidak suka bergantung harap pada orang dan saya tidak suka menunggu orang (macam clik-clik tu)

    tetapi kalau saya makan sorg2 kat kedai makan, org akan pandang pelik pada saya. pernah seorg menegur, “yana, kamu ni tak da kawan ka?”

    saya lagi pelik, kalau makan sorg maknanya tak ada kawan ka?

     
  4. sUe

    January 22, 2009 at 6:40 pm

    insan biasa: ada jugak lah meeting. meeting dgn suami. heee…:mrgreen:

    jadi suri rumah bukan opsyen setakat ini. kerana ia memerlukan organization skill yang tinggi. dan saya pula langsung tak organized orgnya. haih~

    zetty: mekasih zetty…(dan lagu Independent Woman nyanyian Destiny’s Child pun berkumandang…. :P)

    ainunl muaiyanah: pandangan org memang macam-macam. selalunya, bab makan ini macam mana pun org lain akan elak dari makan seorang. bagi diorg mcm teruk sgt lah kot kalau kena makan seorg.

    selalunya buat tak kisah saja. lama-lama diorg pun akan diam sendiri.

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: