RSS

Adik, kamu jangan jadi Shin Chan ok?

19 Jan

Masa cuti, saya mengajar adik-adik kerja-kerja sekolah mereka. Hafizi dengan Matematik. Suhaiza dengan Sains. Dan Hafizul pula belajar Iqra’.

Betul ke kat sekolah teacher dah ajar sampai Iqra’ 5?

Betulla…..

Habis tu kenapa ni Iqra’ 4 pun tak lancar lagi?

Saya lancar bila depan teacher Liza saja…

Kenapa dengan teacher Liza jer? Depan Kak Ila tak boleh lancar?

Tak boleh. Depan teacher Liza jer….

Ok. Kalau macam itu anggap Kak Ila macam teacher Liza jugak ..

Tapi… muka teacher Liza bersih. Tak ada benda-benda ni. (sambil jari menunjuk pada jerawat-jerawat yang bertaburan di muka kakaknya.)

Cheisss!!!

Susah jugak kalau cikgu lawa-lawa nih. Patutlah elok ajer dia lancar. Pengaruh Shin Chan ke apa nih… ~haish

shin3

“Saya Quran dah juzuk 5” kata Haikal, kawan sekelas adik saya dengan girang. Baru 7 tahun dah baca Quran, kamu bila pula Hafizul oihh?

 
4 Comments

Posted by on January 19, 2009 in famili

 

4 responses to “Adik, kamu jangan jadi Shin Chan ok?

  1. zetty

    January 19, 2009 at 11:54 pm

    itu la kan, budak2 pon terpengaruh
    mencabar kite btol kan..hehe

     
  2. ..

    January 20, 2009 at 5:19 pm

    tidak salah menjadi shin chan🙂

     
  3. sUe

    January 22, 2009 at 6:49 pm

    zetty: hehe… budak-budak memang cepat terpengaruh. sebab itu nak didik diorg tu kena berhati-hati. sebab diorg cepat ikut apa benda yg kita buat.

    .. : memang tidak salah sebab shin chan itu comel jugak. keletah dan kelakar. tapi akan jadi salah kalau dia ikut perangai shin chan yang suka pada perempuan lebih dewasa which obviously is way out of his league.🙂

    psstt, nasib baik adik saya tak suka buat raksasa punggung dan tunjuk ‘gajah’ macam shin chan. phew~

     
  4. azarith sofea

    December 28, 2010 at 2:50 pm

    kekadang budak2 nie terlalu jujur..he..he

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: