RSS

Have you ever hate something so much it hurts like hell?

16 Jan

Terlalu. Amat. Benci.

Terlalu. Amat. Benci.

Terlalu. Amat. Sangat. Benci.

Itu yang saya rasa sekarang. Terhadap peperangan di luar sana. Terhadap sikap negara-negara yang mengaku ‘saudara seagama’ tetapi mengambil tindakan berpeluk tubuh bila jiran mereka bermandi darah dan berhujan peluru saban waktu.  Terhadap pemimpin2 yang terlalu taksubkan kuasa hingga pengecut untuk bersuara. Terhadap mereka-mereka semua.

Jadi, jangan salah kan saya apabila saya sudah tidak kuasa untuk bereaksi lagi.

Jangan salahkan saya apabila lebih tegar berbicara tentang perkahwinan membazir artis-artis ketika darah kanak-kanak Palestin memercik di kaca televisi.

Jangan salahkan saya apabila lebih sanggup membeli komik jepun sedangkan di sebelahnya terpampang kanak-kanak terputus tangan dan kaki di dada akhbar.

Jangan salahkan saya apabila saya hanya bercerita tentang perkara-perkara lain seperti sekolah, kehidupan seharian, manusia-manusia tiada pekerti, cinta, hati, perasaan, baju, almari, pokok, meja,  SMS, kawan-kawan, dan lain-lain di dalam blog ini apabila di sebelah sana ada saudara saya yang sedang berjuang bermati-mati.

Jangan salahkan saya. Kerana saya sudah terlalu amat benci. To the point yang sudah tidak kuasa lagi.

Terlalu amat benci pada kekejaman dan pembunuhan yang semakin menggila. Dan lebih-lebih benci pada diri sendiri yang tidak mampu untuk berbuat apa-apa selain hanya mengirim doa dan air mata.

 
2 Comments

Posted by on January 16, 2009 in Bengong, Dunia, jiwa kacau

 

2 responses to “Have you ever hate something so much it hurts like hell?

  1. Nurhidayah

    January 17, 2009 at 1:29 pm

    mmg.
    sangat.
    yang teramat.
    benci.
    huhuh

     
  2. sUe

    January 17, 2009 at 5:55 pm

    dayah:😦

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: