RSS

walau harta kau berjuta, tapi miskin budi pekerti, kau sebenarnya papa kedana.

13 Jan

kau ada satu rahsia.(banyak sebenarnya rahsia kau. tapi ini salah satu nya)

sebenarnya, seumur hidup kau, kau cemburu dengan kakak kau. sebab dia ikut perangai mak kau. kakak dan mak kau ada kualiti yang kau tak ada.

mereka berdua tegas. garang. dan tak akan bagi muka pada orang yang suka pijak kepala orang. atau pada manusia-manusia arrogant yang cuma tahu insult dan sakitkan hati orang lain.

in other words, kau cemburu dengan sikap kakak dan mak kau yang boleh sound orang lain secara direct. mulut laser pada orang yang selayaknya untuk dilaserkan.

kakak kau pernah cakap direct pada pekerja yang lebih senior di tempatnya

“abg syam*, saya boleh buat kerja abg syam ini kalau abg syam memang betul-betul banyak kerja.tapi saya tak akan buat kalau malam ini abg syam boleh pergi main futsal bila saya kena balik lewat sudahkan kerja abg syam.”

ya. kakak cakap begitu padahal dia baru berapa bulan kerja di situ. kes nya kerana dia rasa macam kena buli. pekerja senior akan humban semua kerja mereka pada junior. dan mereka pun bersuka ria lepas itu biarkan junior buat kerja mereka.

sudahnya, kakak kena pulau sampai tak ada seorang pun pekerja senior mahu bagi kerja pada dia.

“lagi senang kerja aku.” kata kakak. sambil senyum puas hati.

kau betul-betul admire kakak kau. dan cemburu juga. sebab dia berani stand up for herself. kau boleh bayangkan kalau kau di tempatnya, kau akan terkial-kial sudahkan kerja orang lain sambil air mata berlinang di pipi.

menangis. itu memang hobi kau. walaupun kau cukup benci hobi yang satu itu. tapi, kau tak boleh nak halang sebab air mata kau memang murah sangat nilai nya.

“hang ni lembut sangatlah!cubalah tegas sikit! jangan bagi orang pijak kepala!!”

kata kakak masa kau mengadu sambil menangis pasal apa entah kau dah lupa. tapi, pasal kes kena buli ini juga lah.

mak kau pun garang juga. dia pantang kalau ada pekerja yang kurang ajar. especially bila dia yang jadi pelanggan. dia juga akan hambur saja mana-mana stranger yang arrogant dan biadap tanpa kira siapa pun orang itu.

kau ingat lagi masa kau kecil-kecil duduk di belakang kereta dengan kakak, masa mak mahu alihkan kereta, ada satu BMW datang terus parking betul-betul belakang kereta mak. dia buat macam jalan itu apak dia yang punya. mak terus pergi dan bagitahu suruh alihkan kereta sebab kereta mak tak boleh keluar.

“eh, kakak tahu tak saya ni siapa??”

kata lelaki pemandu kereta itu dengan angkuh nya. mak kau pun apa lagi. mengamuk sakan macam singa betina. entah apa benda dia hambur tapi ada lah lebih kurang macam dia-tak-peduli-pun-lelaki-itu-siapa-yang-penting-kereta-itu-kena-keluar-dari-situ-kalau-tidak-dia-akan-langgar.

ya. mak kau memang garang. kadang-kadang kau rasa dia macam ada genetik naga campur singa tersesat dalam badan dia.

tapi kau admire juga mak kau. sebab dia tak bagi muka pada orang-orang bongkak di sekeliling dia. bila dia dah cakap baik-baik tapi orang itu yang sengaja cari pasal, memang lah mak akan laser balik.

sebab itu bila kau kena insult, atau kena hina dengan customer masa kau kerja atau kadang-kadang lebih parah lagi, masa kau sendiri jadi customer, pekerja pula yang biadap dengan kau, dan kau terdiam tak cakap apa-apa, tapi lepas itu kau mengadu pada emak sambil menangis, mak akan marah kau balik.

tadi, kau berdepan dengan situasi itu lagi. kes pekerja yang tak tahu nak berbudi bahasa. yang tak ada manners dengan pelanggan.

pekerja itu seorang konduktor bas.

kau masih mampu terdiam bila dia marah kau berlari-lari ke kaunter sebab takut tertinggal bas. (ni duk kalut-kalut ni kenapa?nak naik bas pun kalut!)

kau masih mampu tahan diri bila dia biadap lagi dengan kau dalam bas. (ni yang naikkan lagi kerusi kat depan ni kenapa?besar sangat ke badan tu?). kau cuma diam dan gigit bibir tahan air mata supaya jangan keluar.

kau masih geleng kepala bila dia marah seorang amoi cina. (itu beg letak bawah la. nanti saya baling luar tingkap, lu pergi kutip, mahu?)

tapi, bila dia marah seorang apek cina yang jalan terketar-ketar pakai tongkat sebab lambat masuk bas masa bas berhenti rehat ( jalan hegeh2 ini macam pun ada hati nak naik bas!). kau rasa itu dah melampau.

kau mula rasa sakit hati gila dengan konduktor bas itu. biadap macam sial. padahal dia tak sedar. duit dia beli beras bagi anak bini makan itu datang dari duit kami-kami ini juga. yang nama nya penumpang. in case dia lupa, penumpang itu manusia yang ada perasaan. bukannya binatang!

darah kau dah mendidih. bedebah ini kena diajar sebab dia memang dah kekurangan ajar. kau mula mahu buat macam kakak dan mak kau. laser manusia yang sepatutnya dilaser. smash manusia yang sepatutnya dismash.

” biar diorg tahu langit itu tinggi rendah.”  kata mak.

sepanjang dalam perjalanan, kau mula merangka modus operandi kau. sebaik saja bas sampai ipoh, kau bayangkan dia turun untuk buka tempat beg di bawah. masa itu kau akan turun. ambil beg kau. hampiri dia. dan cakap tepat ke muka dia.

“pakcik ini biadap betul dengan penumpang. patutlah pakcik ditakdirkan jadi konduktor bas saja. sebab pakcik tak layak untuk jadi lebih bagus dari itu!”

kemudian, kau akan melangkah pergi dari situ dengan muka puas hati. kau boleh bayangkan, bedebah itu terjerit-jerit memaki hamun kau. tapi kau buat-buat pekak. dan sempat juga kau angkat jari tengah pada dia. ya, kau tak pernah angkat jari tengah pada siapa pun sebelum ini. sudah tiba masa nya kau beri penghargaan pada pakcik kurang ajar itu untuk jadi orang pertama dapat tanda fuck dari kau.

ok. modus operandi sudah dalam rancangan. sekarang, cuma tinggal nak execute the plan saja.

bas pun sampai ke destinasi. jantung kau berdegup kencang. dub dab dub dab. pertama kali mahu sound orang. kau jadi nervous. tapi, demi menegakkan keadilan, kau mesti lakukannya. seperti kata pakcik Peter Parker “kuasa yang besar datang dengan tanggungjawab yang besar.” ok. kau dah merapu. bila kau nervous, kau akan merapu. sila abaikan.

bas pun berhenti. seorang demi seorang turun. kau mahu jadi orang terakhir yang turun. mahu private moment dengan konduktor bas itu.

this is it!

kau pun pergi pada dia. dan kau cakap di depan muka dia.

“pakcik ini biadap betul dengan penumpang. patutlah pakcik ditakdirkan jadi konduktor bas saja. sebab pakcik tak layak untuk jadi lebih bagus dari itu!”

lepas itu kau pun terkedek-kedek keluar dari situ. kau rasa puas hati. kau harap dia dengar. kau harap dia marah. kau harap dia sakit hati.

walaupun masa kau cakap itu, dia tengah berdengkur di kerusi.

cilakak!

 

**********

 

Notatapakkaki:

1) lepas ini taubat tak naik bas supernice dah. nama saja super-NICE, tapi layanan super-SIAL.

2) yang ada tanda * itu maknanya bukan nama sebenar.

3)  sudah balik ke sekolah petroleum. loker kena kopak walau pun dah dikunci dengan mangga kunci. tapi mujur tak ada yang dicuri. Alhamdulillah. (loker bersepah sangat sampai pencuri pun takut nak curi…mana lah tahu kot-kot ada tikus ke lipas ke…)

4) manusia-manusia yang arrogant, bongkak, angkuh, biadap dan tiada manners adalah menyedihkan. because they don’t have any good qualities in them so that they have to resort in insulting, humiliating, and ridiculing other people to make them feel good and superior. these kind of people are simply PATHETIC!

5) kau tengah bereksperiment cuba jimatkan masa tidak mahu letak huruf besar. tapi bila baca balik, kau pula yang pening.

 
8 Comments

Posted by on January 13, 2009 in Bengong, Manusia, Pengalaman

 

8 responses to “walau harta kau berjuta, tapi miskin budi pekerti, kau sebenarnya papa kedana.

  1. zetty

    January 13, 2009 at 11:16 pm

    OMG, ada jugak org cmtu ek?
    ampeh btol!
    mmg patut kak sue kejut dlu org tu, br bg smash sama dia!
    huhu

     
  2. Nurhidayah

    January 14, 2009 at 10:42 am

    kuang ajar gile konduktor bas tu.
    kalo dayah la,mmg dh sound gile2 tu.huhu!
    tu pn kene ade kekuatan.
    ye la,die org tua..kang kate kite kuang ajar ngan org tua lak kan.huhu

     
  3. sUe

    January 14, 2009 at 11:46 am

    zetty: karang dia smash sama kak sue pulak…huhu. tangan dia aje dah besar telinga gajah…

    benda ni takes courage. org yg dah biasa sound2 org tu mungkin boleh lah kot… macam kak sue ni… alahai…tak berapa nak berani lagi lah…uhukz!😕

    dayah: ahahaha…memang dah agak dayah akan sound. hehe…:mrgreen:

    dia bukan tua sangat pun. around early 40’s kot. saje panggil pakcik biar dia rasa tua sikit. lagipun geli kot nak panggil abang.🙄

     
  4. kel@mbu

    January 14, 2009 at 1:19 pm

    anak keduakan? faktor air. jd ssah nak marah. suka pendam. dah lama-lama pendam, itu yg jd tsunami. hehe.

     
  5. ainunlmuaiyanah

    January 15, 2009 at 4:51 am

    sue : dah pulang ke kampus ya..

    saya sangat rigid bab layanan pelayan kepada saya terutamanya kedai yang saya terpaksa baca service-charge. saya jadi ngada tak ingat dunia dan suka-suka sahaja nak panggil manager kalau pekerja buat silap..

    kadang-kadang kita kena tegakkan hak kita, kdg2 kita kena biarkan hak yang tegakkan untuk kita (maksudnya diam jelah, kalau bising pun tak guna) hehe

     
  6. sUe

    January 17, 2009 at 5:33 pm

    kel@mbu: wah…mana belajar baca peribadi orang nih?nak belajar jugak… hehe:mrgreen:

    tapi memang betul apa yang kamu katakan tu. especially yang bab tsunami tu. memang setuju 100%.😛

    mak dan kakak saya dua-dua anak sulung. sebab itu kot perangai diorang serupa.huhu.

    ainunl: saya juga kadang-kadang mahu jadi begitu. mahu berani sikit dan tak biarkan orang sesuka hati pijak kepala kita.

    there’s nothing more frustating than do not have the courage to stand up for yourself.trust me.

    resolusi tahun baru ini, saya mahu jadi lebih tegas dan berani.🙂

     
  7. inz

    January 18, 2009 at 1:41 pm

    kak sue, mmg ade manusia jenis tak sedar diri mcm tu kt dunia ni. just smash itu out to that particular face. spy dia tahu, manusia ni cuma hamba. bukan tuan. kn?

     
  8. sUe

    January 22, 2009 at 6:09 pm

    inz: entahlah.manusia macam itu selalunya dia ada elemen ‘pembuli’ sikit dalam badan dia. suka rude dgn org lain tak tentu pasal. dan dia akan rs puas bila org lain sakit hati.

    mungkin dia kena bertemu buku dengan ruas saja jawabnya. baru dia tahu.

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: