RSS

Tuhan, bantu aku bersyukur.

11 Jan

Saya rasa kalau sifat-sifat terpuji itu ada dijual di kedai-kedai, saya pasti mahu beli dua sifat ini:

satu: mudah memaafkan orang lain.

dua: selalu bersyukur dengan apa yang ada.

Ya, saya akan beli dua sifat itu walau berapa juta pun harganya. Walau mungkin saya terpaksa bayar secara ansuran dan berhutang secara kad kredit. Because those are the things that I most lack of. Memaafkan dan bersyukur.

Saya tak mahu sentuh pasal sifat nombor satu. Mari kita bicara tentang syukur.

Saya baru discover, walau manusia tahu tidak ada yang sempurna dalam dunia ini, tapi aneh nya, kita tetap mahu yang sempurna. Perfectionist. Akan sentiasa ada perkara yang buat kita merungut dan mengeluh padahal nikmat dan anugerah yang lain yang tak terkira banyaknya kita miliki  itu tak pernah pula kita syukuri.

Seorang yang cantik jelita menawan seksi akan merungut tentang gigi yang sedikit ke depan atau hidung yang tak cukup mancung.

Seorang yang kaya raya mewah harta berjuta akan mengeluh sebab istananya tak cukup indah dan masih mahu diubah-ubah.

Seorang yang punya pangkat tinggi akan merungut mahu kan pangkat dan kuasa yang lebih lebih tinggi lagi.

Seorang yang punya kekasih atau pasangan yang cukup baik akan tetap mengeluh tentang kekurangan pasangannya walau hakikatnya kelebihan orang itu berpuluh kali lebih hebat dari yang kurangnya.

Akan sentiasa ada benda yang tidak cukup. Akan sentiasa ada benda yang mahu dikeluhkesahkan. Akan sentiasa ada benda yang terus dimahukan. Akan. Sentiasa. Ada.

Sedangkan manusia lupa. Siapa pun kita. Apa pun taraf dan status kita. Seindah dan secantik mana pun kita. Sekaya dan semewah mana pun harta yang ada. Hakikatnya kita cuma HAMBA saja. Semua yang ada itu hanya dipinjamkan saja. Tapi, ada kita sedar?

*hurmmm…..tarik nafas panjang*

Saya juga antara manusia yang tidak sedar diri itu. Contoh paling mudah adalah ketika saya mendapat result exam semester lepas. Ok. Ini bukan cerita mahu riak atau mahu apa, tapi untuk peringatan buat diri sendiri dan kita-kita semua betapa jauhnya manusia ini dari syukur.

Begini:

Semester lepas, ada dua subjek yang lepas saya jawab kertas final exam nya, saya menangis😥 . Kerana saya hampir pasti akan dapat F. Kertas itu seolah-olah ada ilmu sihir yang mengosongkan terus minda saya dari terus menjawab. Saya blank. Berkali-kali ke tandas untuk basuh muka tapi apa yang saya baca masih tak muncul-muncul ke minda. Saya jadi blank. Dan kertas jawapan itu pun kosong, sekosong minda saya ketika itu. Cuma ada lah beberapa soalan yang saya cuba-cuba jawab. Tapi, mostly banyak yang tak berjawab. Sebab makin dijawab, makin merapu pula jadi nya. Saya cuma mampu pasrah dan berserah.😦

Itu cerita pasal dua subjek. Subjek 1 dan subjek 2.

Kemudian, ada pula dua subjek yang saya ambil dengan senyuman sampai ke telinga sepanjang masa. Dan saya jawab seolah-olah saya lah pensyarah yang set soalan-soalan itu. Keluar saja dari dewan, saya terlalu yakin, A pasti dalam genggaman. Kira ini kes over-confident lah nama nya.

Itu cerita pasal dua lagi subjek. Subjek 3 dan 4.

Keputusannya?

Subjek 1 dan 2 saya dapat gred A!! Four  fuc*ing flat!!😯

Mana tak terkejut badak sumbu saya jadi nya…hampir koma juga lah dibuatnya.

Macam-macam kemungkinan bermain di fikiran saya. (dan kebanyakannya mengarut).

Pensyarah itu tengah high kah masa tanda kertas saya?

Pensyarah tengah dalam euforia yang keterlaluan kah sampai semua student dia nak bagi markah bagus?

Mungkin kah graf turun sampai 40% pun sudah boleh score A?

Ada kah skema pemarkahan diubah? Kertas kosong dapat markah penuh, kertas penuh dapat markah kosong?

Dan macam-macam lagi lah. Tapi saya tahu itu tak mungkin. Dan jawapan yang mungkin, yang logik, yang munasabah cuma satu.

Tuhan. Tolong. Saya.

Itu saja. Tuhan sayang saya dan telah membantu saya mendapat A pada kertas yang saya pasti sangat sangat akan gagal.

Ok. Itu cerita subjek 1 dan 2. Saya bersyukur.

Kemudian ke subjek 3 dan 4 yang saya terlebih yakin dapat 4 rata itu.

Result nya? Saya dapat B. Big Bold B. Bersamaan dengan 3.00. Terus saya lupa pasal kegembiraan tadi. Hilang habis segala euforia dapat A tadi. Dan saya mula lah merungut dan mengeluh kenapa subjek ini dapat B?  “Kenapa? Kenapa? Kalau dapat at least A-, sekurang-kurang nya up sikit lah pointer aku.” Padahal pointer yang saya dapat itu pun dah cukup memberansangkan. Dah boleh dapat sijil dari en. Dekan. Tapi, entah kenapa, masih tergedik-gedik nak fuss pasal dua subjek yang tak meet my expectations itu. Sibuk nak menyusahkan hati sendiri fikir pasal benda yang saya tak dapat. Padahal benda yang saya dapat, yang lebih menggembirakan tadi, terus hilang. Terus lupa.

Bila diingat-ingat balik, betapa tidak bersyukurnya saya. 😦

Analoginya begini:

Kamu tidak ada rumah. Saban hari berpanas berhujan. Kamu berdoa pada Tuhan diberi sebuah rumah untuk berteduh dari terik mentari dan titik-titik hujan. Tiba-tiba “Pling!”. Tuhan beri kamu istana mewah. Kamu gembira. Terkinja-kinja kamu melompat suka. Sebaik saja melangkah masuk, kamu dapati pintu pagar nya senget sedikit. Dan………..syukur kamu terus melayang entah ke mana. Sekarang, kamu asyik mengeluh dan merungut kenapa pintu pagar senget yang menyebabkan istana kamu jadi cacat. Jadi tidak sempurna. Sedangkan kamu lupa. Sebelum itu, kamu langsung tidak ada rumah pun sebenarnya!

Got the picture?

Manusia…manusia… *geleng kepala pada diri sendiri*

Bila difikirkan balik, malu betul mengaku sebagai hamba Tuhan tapi selalu bongkak dan angkuh seolah-olah bertaraf tuan.😐

Dua hari lepas, keputusan semester terkini dah keluar. Saya tatap setiap gred yang saya dapat. Tengok. Tenung. Tatap.

*senyum*

*tarik nafas*

Alhamdulillah…………………………

Belajar bersyukur Suhaila…. belajar bersyukur….

Alhamdulillah Tuhan….Alhamdulillah………

 
4 Comments

Posted by on January 11, 2009 in Peribadi, Refleksi, Sekolah

 

4 responses to “Tuhan, bantu aku bersyukur.

  1. 13may

    January 11, 2009 at 12:19 pm

    tahniah🙂

     
  2. zetty

    January 12, 2009 at 4:11 pm

    tahniah kak sue!
    bila ek kita le jumpa lg?

    kita kan manusia..mmg xpnah bersyukur dgn apa yg kita ada, dpt..
    tp klu suma tu ilang dlm seklip mata, xke kita mengeluh?

    ada susah, xde pon susah..huhu

     
  3. akim

    January 13, 2009 at 5:12 pm

    tahniah weyh…

    geliga sungguh kepala ko…

     
  4. sUe

    January 13, 2009 at 6:49 pm

    13 may, akim,:

    terima kasih. tapi itu sebenarnya result semester lepas. bukan semester yg baru2 ni. semester yg ini biasa-biasa saja.🙂
    eh, lagi satu, yg 4 flat itu utk 2 subjek saja. bukan nya GPA apatah lagi CGPA. jauh panggang dari api kot. huhu

    zetty:

    itulah pasal. hrp2 entri itu tak disalah anggap sbg riak. entri itu utk tunjuk betapa payahnya manusia nak bersyukur.

    psst…kita boleh jumpa tak lama jek lagi. insyaAllah kita sekelas lagi nanti… 8)

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: