RSS

Suami, Isteri dan *dot dot dot*

08 Jan

filemgambar

Baru-baru ini Astro buat tayangan semua filem-filem yang pernah dilakonkan oleh Rosyam Noor. Salah satu nya adalah filem ini. Bagi sesiapa yang tidak tahu, ini adalah filem pertama yang menampilkan En Rosyam sebagai watak utama. Filem ini first ditayangkan masa saya darjah 6. Dan filem ini menempa sejarah sebagai satu-satnya filem Melayu yang saya tonton lebih dari 8 kali (selain filem P.Ramlee) . Filem Sepi pun saya tonton 5 kali saja.🙂

Teringat dulu, ayah beli video tape filem ini. Masa itu mana ada cd atau dvd lagi. Yang ada cuma video tape yang besar dan berat. Kanak-kanak alaf baru mungkin tak tahu rupa video tape nih sebab saya rasa benda tu dah lama pupus sejak kedatangan cd dan dvd.

Ok. Berbalik tentang cerita ini. Ringkasnya, jalan ceritanya biasa saja. Tidak ada apa  yang unik atau apa-apa elemen X-Files dalam cerita ini. Tentang seorang lelaki dan perempuan. Bercinta. Berkahwin. Bercerai. Jumpa balik. Gaduh-gaduh sikit. Bekas suami pujuk. Bekas isteri jual mahal. Kebenaran terbongkar. Bekas suami rupanya tak bersalah. Rujuk dan nikah balik. Happily ever after. THE END.

Tapi, yang menarik dn buat saya tak jemu tengok walau selepas lebih 10 tahun pun masih ketawa terbahak-bahak ialah kerana lakonan Rosyam dan Lydiawati yang sungguh hidup dan dialog yang lucu dan bersahaja. Saya rasa cerita ini macam cerita P.Ramlee. Tengok 10 juta kali pun tak jemu. Masih lagi terkukik-kukik gelak walau kadang-kadang semua dialog itu dah dihafal.

Tapi, ada satu babak yang menarik hati saya.

Satu babak apabila Amir (anak Fatah (Rosyam) dan Salmah (Lydiawati)) sedang buat kerja rumah dan terserempak dengan perkataan  “Dad” dan dia tanya apa maknanya. Sang ibu pun menjawab maksudnya ialah “ayah”. Lalu, Amir pun bertanya “Mana ayah Amir, mak?” (Sebab diorang ni bercerai masa Amir dalam kandungan)

Salmah tersentak. Kemudian dia jawab “Ayah Amir dah mati.”

Amir terus bangun dan menjerit “Mak bohong!!Mak bohong!! Ayah Amir hidup lagi kan?…..(diikuti dengan aksi menggelupur kerana dibelasah ibunya)”

Babak itu buat saya terfikir. Manusia kalau dah benci sangat pada seseorang, mereka lebih senang me’mati’kan terus orang itu dalam kehidupan dia. Dengan harapan, menganggap orang itu dah mati boleh membunuh juga orang itu dalam kotak kenangan.

Pernah tak dengar kawan-kawan yang putus cinta akan cakap “Ah, biarlah. Aku anggap dia dah mati.”

Sebab kalau anggap dia masih hidup, sihat dan walafiat ditambah lagi kalau hakikat sebenarnya ialah dia sebenarnya hidup bahagia dengan orang lain, ouh, mengingatkan itu saja hati akan rasa seperti disiat-siat. Jadi, disebabkan kita tak boleh membunuh dia secara realitinya sebab takut kena hukum gantung, jadi manusia akan ‘membunuh’ orang yang dibenci dengan menganggap dia telah mati, biar pun yang dibunuh itu hanya sekadar fntasi di dalam fikiran saja. 

Pernah juga saya ditanya seorang kawan “Dia apa khabar?”

Dengan selamba saya menjawab “Ouh, dia dah mati.”

Kawan saya terkejut. “Eh, betul ke? Bila? Macam mana?”

“Erm… bulan lepas kot. Accident  motor.”

Kawan saya diam. Mungkin dia pelik tengok saya sangat selamba atau mungkin dia sudah tahu saya tipu saja sebenarnya. Sebab intonasi saya yang sungguh kasual bila bercakap soal kematian seolah-olah perjalanan menempuh maut itu sama seperti perjalanan membeli gula di kedai mamak  saja lagaknya.

Yah, mungkin orang akan cakap itu “self denial”. Mungkin orang akan cakap itu dendam. Tak kisah apa pun definisinya. Tapi, manusia ada banyak cara untuk mengubat hati sendiri. Sebab memadam kenangan tak semudah right click otak, delete, dan empty recycle bin saja. Tak semudah ambil pemadam dan padam kan dari lakaran minda. Tak semudah ambil mana-mana kenangan yang dah tak mahu dan campak ke dalam tong sampah. Payah sebenarnya. Teramat sangat lah payah.

Jadi, mungkin saya faham perasaan cik Salmah kita itu. Cuma nya, menafikan hak seorang anak untuk tahu tentang bapanya, saya rasa itu sedikit kejam.

Me’mati’kan orang hidup sama kah dengan meng’kafir’kan orang Islam? Sama? Tak sama? Sama? Tak sama?

p/s: Sejak menonton filem ini, semua lelaki yang berkaca mata tebal, berbingkai hitam dan lurus bendul sikit itu seksi pada pandangan mata saya. Heeee… *senyum nampak gigi*

 
15 Comments

Posted by on January 8, 2009 in Filem, Peribadi

 

15 responses to “Suami, Isteri dan *dot dot dot*

  1. una

    January 8, 2009 at 1:18 pm

    saye sgt suke post ini!!!
    and i ilike ur writing too cayang~~~

     
  2. kel@mbu

    January 8, 2009 at 11:22 pm

    kca mata berbingkai htam? hmm.. hai..😛

     
  3. amirahsyuhada

    January 9, 2009 at 1:47 pm

    kadangkala, rasa kejam bila mematikan seseorang didalam hati, tapi bila fikir jika tidak bertindak begitu, kita akan lebih kejam pada diri kita, maka ia jadi satu keperluan..

     
  4. zetty

    January 9, 2009 at 10:20 pm

    cite tu mmg mnarik..
    zeti dlu tgk kat wayang lg tau..haha~
    nway, schematic guy sometime look so hot! =p

     
  5. aie akaike

    January 10, 2009 at 12:40 pm

    amboi2 kelambu. pantang ko yek…

     
  6. 13may

    January 11, 2009 at 1:11 am

    saya tak jemu jemu tengok mr bean😀

     
  7. sUe

    January 11, 2009 at 2:27 am

    una: hehe.. tenkiu.🙂

    kel@mbu: haha… hai en kelambu.😉

    amirahsyuhada: benda ini ikut pada individu juga saya rasa. setengah orang mungkin tak mengalami ‘bitter breakup’ dan still boleh berkawan dengan ex dia… setengah orang dengar nama pun dah sakit hati. terpulang lah pada masing-masing.

    zetty: hehe… citer itu memang best kan? tengok byk kali pun tak jemu.

    aie akaike:hahaha… kelambu saje je tu. bergurau senda di pagi hari. hehe.😛

    13 may: yah, mr bean pun sangat best!! lawak lawak dia memang tak boleh blah… hehe…😆

     
  8. John

    March 27, 2009 at 5:22 pm

    Filem ini ditiru bulat bulat dari filem tamil MOUNA GEETHAM

    100% sama

     
  9. sUe

    April 2, 2009 at 4:58 pm

    ouh,.saya tak pernah tahu pun.sebab jarang tgk cerita tamil.lepas ini mungkin saya akan cuba cari pasal cerita itu.

    anyway, thanx for the info.🙂

     
  10. faruq

    July 24, 2010 at 10:58 am

    apa tajuk lagu yang mula mula tu ha??soundtrack citer ni??

     
  11. adzrean

    July 15, 2011 at 2:48 am

    perkataan father🙂 sya peminat filem ni juga🙂

     
  12. Anonymous

    July 16, 2012 at 10:22 pm

    aku baru darjah satu time filem nie kuar.. haha

     
    • sUe

      August 11, 2012 at 3:19 pm

      ouh ye ke?
      best kan filem ni?
      saya tgk ms sekolah rendah, tp tak ingat darjah berapa.

       
  13. salehuddin

    January 23, 2013 at 12:16 am

    nk tanya apa tajuk lagu yang dorang duet skali dgn budak kecik tu,kisah citer ni hampir sama gan idup ku.hm..xnk la citer lebih2 nnt org ingat nk publisitiz,sape yg tahu inform eh.

     
    • sUe

      February 13, 2013 at 2:58 am

      Erm…maaf ya. Tak tahu. Mungkin boleh cuba Google.🙂

       

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: