RSS

Salut Buat Palestin

07 Jan

2761075410_0a3785e7d7

Oleh: Zukri Aksah

Salut buat Palestin, yang kehidupan mereka adalah perjuangan, kematian mereka adalah perjuangan. Nyawa mereka menjadi senjata ampuh yang mengalahkan sepuluh bom atom hingga tidak melena-tidurkan Yahudi Israel dan sekutu kuatnya Amerika.

Mereka pernah cuba dipadang-jarak-padang-tekukurkan lewat peristiwa Sabra dan Shatila, tetapi mereka bangkit kembali mengutip sisa-sisa darah merah yang masih segar, lalu disuntik ke jiwa-jiwa muda Palestin, supaya terus gagah berdiri mengangkat panji-panji hitam, Laailaahailallah Muhammadun Rasulullah!

Salut buat Palestin, yang tidak pernah mendambakan penyerahan dalam perjuangan, yang tidak pernah kenal kekalahan berada di medan pertempuran.

Salut buat Palestin, yang darah anak mudanya, lelaki dan wanita terus segar dan hangat hingga kini, tidak kira lah darah yang masih dikandung badan atau sudah tercicir tertiris di tengah jalan. Semuanya terus membuak dan menggelegak.

Salut buat Palestin, yang mungkin menghimpunkan paling ramai para syuhada’ di syurga untuk tempoh dua abad terakhir ini. Sungguh ramai orang Islam di dunia ini, tetapi seramai mana yang seberani mereka, seramai mana yang segagah mereka dan seramai mana yang sekuat mereka untuk bukan sahaja terus bertahan, tetapi terus menyerang.

Salut buat Palestin, tidak cukup rasanya untuk hanya mengirim doa dan air mata. Setiap hari dirundung rasa marah dan bersalah, kerana tidak mampu untuk menitiskan walau setitis darah untuk jihad fisabilillah, buat bumi Palestin yang semakin parah diserakah Yahudi Israel laknatullah.

Ini adalah antara intipati artikel yang saya cuplik dengan dikreditkan penulisnya dari akhbar Siasah. Artikel ini menjentik jiwa saya dan saya lampirkan di sini untuk dikongsi bersama.
Klik di sini untuk satu entri penuh rasa dari fynnjamal dan turut diselitkan sekali doa Qunut Nazilah untuk Palestin. Dan di sini untuk sedikit ikhtiar membantu Palestin. Tinggalkan komen saja. Kamu tak akan rugi apa pun. 
 
Leave a comment

Posted by on January 7, 2009 in Dunia

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: