RSS

Pengalaman hari pertama.

06 Jan

Adik saya sudah menginjak ke angka 7 tahun. Dan kerana dia mempunyai ibu bapa yang berkerjaya dan seorang kakak yang tengah bercuti dan langsung tak buat apa-apa, jadi kakaknya lah yang ditugaskan menemankan si adik pada hari pertama dia menjejakkan kaki ke sekolah. Ya, hari pertama yang penuh debaran.

Malam sebelumnya, Hafizul tidak boleh tidur. Risau barangkali. Ditambah dengan saya yang asyik mengusik dia.

“Tak takut ke pergi sekolah?”

“Eeee…cikgu garang tau…”

Pagi itu, saya menghantar dia ke sekolah. Sekolah Rendah Al-Islah. Sebuah sekolah agama swasta di bawah kelolaan JIM. Ok. Ini kali pertama saya ke sana. Sebelum itu, saya pernah pergi tapi hanya menemankan ibu dan saya pula cuma duduk diam-diam dalam kereta. Tapi, kali ini saya lah ibu dan saya lah bapa kepada budak kecil itu.

Sampai saja di sana, saya sudah rasa totally out of place. Mana kan tidak. Semua budak-budak datang dengan ibu bapa. Tapi, Hafizul datang dengan kakak nya yang masih muda remaja. Dan semua ibu bapa di situ pakaiannya seperti manusia yang dapat cahaya.

Sang ibu dengan tudung labuh, berjubah, stokin kaki dan ada yang berpurdah. Sang bapa pula paling tak senonoh pun kopiah mesti ada di atas kepala. Janggut pasti disimpan dan ada yang berserban.

Kalau nak dibanding dengan saya yang berkemeja singkat, jeans lusuh, tudung tanpa anak tudung, selipar jepun buruk dan muka sememeh tak mandi, memang lah berbeza macam langit dan bumi. Macam orang pakai bikini ke majlis kenduri doa selamat. Tak kena langsung.

Semua orang mula memandang-mandang saya seperti saya tak berbaju. Mungkin pelik. Mungkin hairan. Entah. Tak peduli pun sebenarnya.

Tapi, bila tengok anak pakcik kantin yang tak sekolah lagi itu pun sudah mengenakan purdah, ok….gua mula rasa cuak. Mahu cepat-cepat berambus dari situ.

“Hafizul, Kak Ila balik dulu yer?” kata saya pada budak kecik itu dari balik cermin tingkap yang pecah.

“Baik…” dia menjawab perlahan dengan mata berkaca-kaca penuh hiba.

Ahh…sudah…taktik mata berkaca itu lah yang saya lemah. Sudah nya terpaksa lah saya menunggu sampai budak-budak habis rehat sebab risau juga dia menangis pilu dalam kelas. Kesian pulak saya.

Jadinya, saya pun menunggu di luar kelas. Ibu-ibu di situ pun ramai yang tunggu anak-anak diorang. Dan untuk membunuh masa, kami pun bersembang tentang anak masing-masing…errr…maksud saya anak mereka dan adik saya.

Ouh, sebab bosan, saya pun ambillah gambar.

hye semua!

Hari ini saya darjah satu!

p10300301

Muka menahan hiba.

p10300311

Pink dan perempuan memang sinonim! 100% pakai beg pink…gilak arh!

p10300371

Adik ni comellah. Akak nak booking jadi adik ipar 20 tahun lagi boleh?
 
3 Comments

Posted by on January 6, 2009 in famili, Pengalaman

 

3 responses to “Pengalaman hari pertama.

  1. ainunlmuaiyanah

    January 6, 2009 at 4:59 pm

    masa sekolah saya pergi sorang-sorang. naik basikal.. seronok sgt sebab macam jadi orang dewasa pula..

    bila sampai abah dah tunggu di sekolah dan daftarkan saya…

    saya pun balik dengan kawan-kawan..
    sekolah merupakan pengalaman terindah..

     
  2. tuan tanah

    January 7, 2009 at 6:38 am

    Masa saya mula2 ke sekolah pun parents tak hantar. Sebab ada kakak darjah lima yang satu sekolah. OK je, I survived.🙂

    Selamat bersekolah untuk Hafizul! Kalau dia pernah ke tadika, tak ada masalah nak masuk darjah satu. Excited lagi ada.

     
  3. sUe

    January 11, 2009 at 2:17 am

    ainunlmuaiyanah:

    naik basikal? saya masa darjah satu tak tahu lagi naik basikal…😳
    yup! zaman sekolah yang paling indah. penuh warna-warni.🙂

    tuan tanah:

    ye, dia memang sangat excited sekarang. kasut abang dan kakak dia pun dia yang tolong basuh dan kapurkan. huhu.

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: