RSS

Perihal unspoken rules, manusia bodoh sombong dan Tahun Baru.

31 Dec

Dalam hidup kau memang banyak “undang-undang tersembunyi” atau “unspoken rules”. Benda ini wujud secara sendiri tanpa siapa-siapa pun bagitahu kau.

Contoh, bila kau kena hina dengan makcik ala-ala Mami Jarum dengan gelang emas sampai lengan dan mekap tebal sepuluh inci semata-mata kerana kau jadi cashier di pasaraya. “Kalau nak jadi cashier baik jangan pergi sekolah!” Dia cakap pada anak dia yang baik hati  mahu tolong kau bungkuskan barang sebab tangan kau cuma ada dua (terima kasih lah adik. I lap You lah!).

Kau terkedu dan tergamam. Hina sangat kah jadi cashier? Kau mahu cakap yang kau sebenarnya pelajar ENGINEERING (ya, sengaja di’bold’kan di situ untuk tunjuk kau memang pergi sekolah!) yang cuma jadi cashier masa cuti semester dan untuk cari pengalaman saja.

Tapi, kau tak berani cakap. Sebab unspoken rules dalam hidup kau ialah, customer is always right. Dan sebagai pekerja kau tak boleh cari pasal dengan pelanggan. Walau pelanggan itu berlagak macam haram.

Contoh lain, bila kakak kau buat mak kau menangis sebab dua-dua sama ego. Kau mahu nasihat kakak kau pasal dosa pahala sakitkan hati mak tapi tak tercakap sebab unspoken rules nombor dua ialah, jangan bother untuk nasihat orang yang lebih tua. Sebab diorang tak kan dengar punya. Tambah-tambah bila kau cuma adik. Walau beza setahun tapi kau tetap ADIK. Itu fakta! Dan kau tahu macam mana rasa tercabar ego bila adik tegur kita. Sebab kau sendiri ada adik. Jadi kau tahu itu.

Contoh lain lagi, bila kau suka orang tapi kau tak berani cakap. Sebab unspoken rules nombor tiga dalam hidup kau ialah kau perempuan. Macam mana pun kau tak boleh nak suka-suka approach orang dan bagitahu  “Saya suka awak lah.Awak suka saya tak?”. Sebab kau rasa macam buruk sangat rupa nya. Dan kau memang tak reti nak buat benda-benda macam itu.

Dan hari itu kau belajar lagi unspoken rules dalam hidup kau.

Bila pakcik kau tanya “Tak rimas ke bertudung je dalam rumah?”, kau mula pusingkan mata (rolling eyes?) 360 darjah. Sebab kau benci gila soalan itu. Sejak kau ambil keputusan bertudung depan sepupu dan bapa saudara pangkat ipar dengan mak kau ketika tingkatan 4, itu saja soalan yang kena lempar ke muka kau sampai kau jadi muak.

Kau diam dan buat-buat tak dengar. Sebab kau malas nak terang pasal hukum dengan orang yang lebih tua dari kau. Kau tahu kau pun bukan alim dan bagus sangat. Jadi, kau diam dan pura-pura baca surat khabar.

Tapi, pakcik kau masih tak puas hati. Mulut dia masih berbunyi. “Aku tengok kau ni macam anak Pak Man kat kampung tu. Tapi, tak apa lah sebab dia masuk Arqam. Dengan semua orang nak bertudng. Tak gatal ke kulit kepala? Mak kau tak ada pulak bertudung. Hairan aku…bla…bla..bla” Entah macam-macam dia membebel lagi.

Kau mula panas telinga. Kau tengah fikir perlu kah kau jawab. Kau tertanya-tanya dia ini memang jahil kah atau sengaja mahu cari pasal. Jadi, kau assume dia ini mungkin jahil bab agama.

“Sebab ada Aril”. Sepupu kau yang umurnya 19 tahun itu terkulat-kulat sebab tiba-tiba nama dia kena sebut. Kau tengok Aril seolah-olah mahu bagitahu dia yang kau tak salahkan dia kerana membesar dengan cepat. Masa kau mula-mula bertudung depan sepupu dulu, umur dia baru 10 tahun. Sekarang, dia telah membesar dengan sihat dan kuat dan kau memang terpaksa bertudung depan dia.

“Kenapa pulak kalau ada Aril?” Ok. Sekarang kau mula rasa pakcik kau memang jahil.

“Aril dengan dia kan sepupu. Boleh kahwin. Jadi bukan muhrim. Sebab itu lah kena tutup aurat.” Makcik kau tolong jawab bagi pihak kau. (Terima kasih lah makcik. Saya malas nak bersoal jawab pasal ini).

“Eh, apa pulak? Sepupu mana boleh kahwin…” Ok. Pakcik kau memang jahil rupanya. Jadi boleh dimaafkan sebab dia tak tahu.

“Dalam budaya Jawa memanglah tak boleh kahwin. Tapi dalam Islam, sepupu boleh kahwin!” Makcik kau jawab kan lagi. Kau rasa macam mahu peluk dia sebab faham situasi kau yang tak selesa mahu jawab soal ini.

Pakcik kau tak puas hati lagi. “Apa pulak? Sepupu mana boleh kahwin. Eh Aril, kau mahu kahwin ke dengan Kak Ila kau??” dia tanya Aril yang makin terkulat-kulat kuasa dua. (What kind of stupid question is that???)

Kau mahu cakap pada dia bahawa tak MAHU kahwin bukan bererti tak BOLEH kahwin. Kalau begitu, kau tak perlu lah bersusah payah bertudung depan lelaki-lelaki yang kau tak mahu kahwin. Tak perlu lah bertudung untuk ke kedai mamak sebab kau tak mahu pun kahwin dengan mamak yang dah ada anak 8 orang itu. Kau juga tak perlu lah bertudung kalau nak isi minyak kereta sebab kau tak ingin pun kahwin dengan mamat Bangla yang jadi atenden pam minyak itu. Kau juga tak payah lah bertudung bila nak ke kuliah sebab tak ada seorang pun budak universiti kau yang kau rasa mahu dijadikan bakal suami.

Tapi, kau tak cakap apa-apa sebab kau malas nak menjawab. Kau bangun dan beredar dari situ. Sebab unspoken rules nombor empat ialah, anak saudara tak boleh biadap dengan bapa saudara. Sebab itu kau tak duduk lama-lama di situ. Sebab silap-silap kau boleh jadi kurang ajar.

“Alaaa…tak payah bertudung lah Ila. Bukan ada orang nak tengok sangat rambut kau.” Pakcik kau cakap lagi sambil ketawa-ketawa macam setan.

Kau geleng kepala. Orang yang bodoh dan sombong memang tak perlu dilayan. Buang masa saja. Itu unspoken rules nombor lima.

Hah.

Kan dah panjang benar entri kau.

Bila marah, kau memang akan tulis panjang-panjang.

Itu unspoken rules nombor enam.

Selamat Tahun Baru semua.

Bila masuk Tahun Baru, semua penulis blog wajib ucap selamat dalam blog masing-masing.

Itu unspoken rules nombor tujuh.

 
3 Comments

Posted by on December 31, 2008 in Bengong, Manusia, Peribadi

 

3 responses to “Perihal unspoken rules, manusia bodoh sombong dan Tahun Baru.

  1. kel@mbu

    December 31, 2008 at 1:24 pm

    bila kau impikan sesuatu kau tak pernah katakan dengan lidah selain cuma pendamkan dlm hati kerana kau tahu Tuhan itu Maha Mendengar
    -unspoken wishes-😉

    slmt thn bru..

     
  2. tasikmerah

    December 31, 2008 at 3:46 pm

    apa kata kita melawan.
    🙂

     
  3. sUe

    January 6, 2009 at 11:29 am

    kel@mbu: thanx. slmt thn baru kembali.🙂

    tasikmerah: ya. itu resolusi tahun baru. mahu berani melawan jika dibuli. *humpf*

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: