RSS

Memaniskan pahitnya madu.

27 Dec

Helmi sepupu saya. Umurnya 5 tahun. Zahid juga sepupu saya. Umurnya 6 tahun.

Pada satu ketika, Helmi kata pada saya:

” Abang Zahid abang kita. Kita ada dua mak. Satu ibu, satu umi. Tapi, ayah kita sama. Ayah kita ayah abang Zahid jugak.”

Petah betul budak itu. Dengan suara halus nya. Comel betul. Abang tirinya, Zahid tersenyum malu-malu saja menampakkan gusi sebab dua gigi depan nya sudah patah.

Melihat ‘ibu’ yang sedang melipat baju dan ‘umi’ yang sibuk di dapur buat saya berfikir sejenak. Mungkin madu itu tak semuanya pahit jika dihiasi dengan tolak ansur dan saling bertoleransi.Tapi, kagum dan hormat saya tentulah pada sang ‘ibu’. Tabah dan sabar dia hingga mengalah dalam semua hal buat saya terpegun.

Bercinta dengan sang ‘ayah’ sejak di bangku sekolah seawal usia belasan tahun. Sang ‘ibu’ yang merupakan pelajar paling pintar dan tercantik di sekolah dan menjadi rebutan semua jejaka akhirnya memilih sang ‘ayah’, seorang budak kampung yang hanya memiliki sebuah basikal tua sebagai harta. Bercinta bertahun-tahun. Akhirnya mereka berkahwin.

Selepas lebih 12 tahun menyulam bahagia, ribut datang menduga. Sang ‘ayah’ yang kini sudah berharta membawa pulang ‘umi’ sebagai isteri kedua. Tabah dan berserah. Mungkin itu saja lah senjata yang ‘ibu’ ada. Kerana dia sendiri tidak bekerja, segala kewangan bergantung pada suami. Jadi, dia tiada pilihan selain redha dengan segala takdir yang menimpa diri.

Mujur, sang ‘ayah’ juga adil dalam membahagi kasih. Tapi, hati wanita ‘ibu’ telah terbelah menjadi keping-keping yang pecah. Dia menjadi wanita cekal yang  kini cuma menumpukan pada pelajaran anak-anak saja. Tetapi,yang buat saya kagum amat dengannya ialah ketabahannya menerima ‘umi’ sebagai sebahagian dari hidupnya. Anak-anak ‘umi’ dijaga seperti anak-anak nya. Begitu juga ‘umi’ yang turut mengasihi anak-anak ‘ibu’. Dan anak-anak mereka seperti adik-beradik yang seibu dan sebapa.

Kagum saya!

“Makcik dah sampai satu tahap yang tak mampu menangis lagi Ila. Kadang-kadang kita tak boleh layan kan sangat rasa marah dan dendam ini sebab silap-silap kita boleh sakit jiwa. Redha itu yang sebaik-baiknya.Anggap saja ini dugaan Tuhan. Dan kita kena terima saja lah.”

Kata sang ‘ibu’ dengan air mata yang tergenang di pelupuknya.

‘Ibu’, kalaulah, saya kata KALAULAH, perkara yang sama terjadi pada saya, saya harap sudilah ‘ibu’ pinjamkan kuat pada saya supaya saya dapat menjadi seperti ‘ibu’.

Supaya dapat saya menerima dan merasa manisnya madu.

 
3 Comments

Posted by on December 27, 2008 in Manusia, Peribadi, Refleksi

 

3 responses to “Memaniskan pahitnya madu.

  1. Anonymous

    December 27, 2008 at 12:53 pm

    bagusnye mereka..huhu..
    kalo bnd ni terjadi kt dayah,dayah mmg xde kekuatan nk trime org lain..
    jahat kan dayah?huhu~
    tp mmg kagum la ngan’ibu’ n ‘umi’.
    expecially ‘ibu’..

     
  2. amirahsyuhada

    December 29, 2008 at 1:28 am

    lelaki ditakdirkan hanya sekadar dapat memberikan 25% cinta kepada sang wanita, bakinya hanya kesetiaan.

     
  3. sUe

    December 31, 2008 at 9:15 am

    dayah: bermadu – perkara halal yang dibenci wanita. 🙂

    amirahsyuhada: ya betul. perasan tak satu perkara? bila bercinta, perempuan yang payah nak setia. tapi bila berkahwin, lelaki pula yang susah nak setia. mungkin sebab dah dapat kot.😛

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: