RSS

Bahasa jiwa bangsa

26 Dec

Saya selalu rasa amazed dengan orang yang bijak guna Bahasa Melayu tanpa ada apa-apa campur aduk dari bahasa pasar atau bahasa penjajah. Especially kalau dalam bidang penulisan. Tapi, saya akan lebih-lebih amazed lagi pada orang yang guna bahasa Melayu baku atau istilah yang  jarang orang guna tapi dia guna dalam percakapan harian.

Saya rasa orang begitu comel. Ya, kamu baca betul. COMEL.🙂

Seorang kawan saya guna perkataan ‘acap’ sebagai ganti kata ‘selalu’. Contoh:

“Acap ke jadi macam ini?”

Dan saya pun akan jawab balik “Memang acap sekali” sambil senyum-senyum. Sebab saya rasa dia comel. Dan saya macam mahu tergelak pun ada.

Lepas itu dia juga guna perkataan “kudapan” untuk mewakili makanan-makanan ringan atau ‘jajan’.

Contoh: “Eh, kalau ada apa-apa kudapan best jugak kan?”

Selalu, kalau dengar istilah-istilah yang jarang orang guna ini, saya akan senyum sebab nak gelak kang takut orang itu kecil hati. Tapi, mesti saya akan cakap balik, “Eh, comel la kau. Jarang orang guna perkataan tu…”. Lepas itu, kawan saya akan malu-malu sebab orang kata dia comel. Ha ha ha.

Lagi satu yang saya tengok, kanak-kanak pun selalu guna bahasa baku. Sebab saya ada adik-adik yang masih sekolah rendah, jadi kadang-kadang bila diorang guna bahasa baku, memang rasa macam nak bantai gelak pun ada.

Macam masa kenduri hari itu, sepupu saya, Haziq yang umur nya 11 tahun minta mahu makan coklat-coklat yang kami letak sebagai hantaran kahwin kakak. Saya benarkan. Dia pun ambil satu coklat. Dia buka wrapping. Masukkan dalam mulut.

Dengan wajah penuh nikmat, dia cakap “Ermmm…rasa yang sungguh mengagumkan!”

Rasa yang sungguh mengagumkan?? Mana lah saya tak bantai gelak guling-guling. Cakap macam dalam iklan tv. Hehe!

Suhaiza juga begitu. Masa kawan saya telefon bertanyakan saya, dia jawab “Suhaila tidak ada. Dia telah pergi ke pasar bersama ibu nya.”

Kawan saya cakap pada saya  lepas itu “Aku ingat adik kau tengah baca karangan. Huhu.”

Dan tadi, Hafizi yang umurnya 11 tahun bertanya pada saya:

“Adakah Kak Ila masih mahu tengok rancangan ini? Sebab saya mahu alih siaran ke siaran lain.”

Sebab soalan dia dalam bahasa Melayu baku, jadi saya pun jawab dengan baku jugak lah. Nanti tak ikut skema pulak kan.

“Tidak Hafizi. Kak Ila tidak mahu tengok rancangan itu dah. Sila lah alih ke siaran lain.”

Saya masuk bilik dan bantai gelak sepuas hati.😀

Pelik kan? Kita boleh tulis dalam bahasa baku tapi kalau bercakap dalam bahasa baku, macam kelakar betul bunyinya.

Boleh baca entri ini dari en Kelambu. Pasal benda bahasa ini juga.🙂

p/s: Merry Christmas untuk yang berbangsa Kristian. Untuk kawan saya, Felicity, di mana kamu yah?

p/s/s: Selamat Pengantin Baru untuk Shikin dan Fareez. Juga untuk Saadi dan pasangannya (maaf.tak ingat nama.huhu) yang juga berkahwin pada 25 dec. Tahniah. Semoga bahagia ke anak cucu cicit piut.😉

 
3 Comments

Posted by on December 26, 2008 in bahasa, famili

 

3 responses to “Bahasa jiwa bangsa

  1. akim

    December 26, 2008 at 12:55 am

    boleh bertutur seharian dalam bahasa baku memang mengagumkan..!!

     
  2. kel@mbu

    December 30, 2008 at 2:40 am

    utk pengetahuan..
    pak samad said satunya2 rakyat malaysia yang cakap bahasa melayu baku..
    ermm.. kalau tringin nak dengar bahasa melayu baku kenalah trun jb. buka radio suria fm, channel singapore. dj2 radio tu mmg ckp baku [riau lingga] dan tak ada langsung loghat indonesia. mmg kagum dj2 tu cakap baku.. dgr diorang ckp, tak adalah bunyi skema sangat pun.. mgkn sbb dh terbiasa kot.. tp, serius layan.. hihi..

     
  3. sUe

    December 31, 2008 at 9:19 am

    akim: ya…sungguh mengagumkan. jom kita cakap bahasa baku lepas ni, nak?😉

    kel@mbu: ouh ye ke? tak tahu pulak saya. thanx for the info. wah, jauhnya nak kena turun jb…takpe lah. dengar adik-adik cakap bahasa Melayu baku di rumah saja lah.🙂

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: