RSS

Mimpi ngeri itu pun berlaku.

18 Dec

Benda paling kau takut sekali setiap kali balik cuti ialah terserempak dengan bekas kekasih. Ini yang busuknya bila kau dan bekas kekasih satu tempat. Seboleh-bolehnya kau tak mahu langsung terjumpa dengan dia walau dalam apa keadaan sekali pun. Kau lebih sanggup duduk rumah sepanjang cuti tiap-tiap hari basuh baju, sidai baju, lipat baju, atau jahit baju macam anak dara zaman dulu-dulu.

Kau tak mahu keluar langsung sebab tak mahu bertembung dengan bekas kekasih. Kau tahu kau akan jadi sakit hati semacam kalau terjumpa dia. Lebih celaka lagi kalau masa itu di sebelah dia ada perempuan lawa macam Angelina Jolie. Dan lebih lebih neraka pula kalau masa itu kat sebelah kau cuma ada adik kau yang masih berhingus tengah hisap  choki2.

Tapi, kadang-kadang kau terpaksa keluar juga atas sebab-sebab yang tak boleh dielakkan. Contoh:bila mak kau dah bising-bising suruh beli kelapa atau suruh kau pergi kutip duit rumah sewa. Mahu tak mahu kau kena keluar juga untuk elak dari berdarah telinga.

Tiba-tiba, mimpi ngeri kau jadi kenyataan. Kereta kau dan kereta dia betul-betul berdepan. Kau tunggu lampu isyarat untuk ke arah utara dan dia pula tunggu lampu isyarat untuk ke arah selatan. Kau mula jadi gelabah dan tak tentu arah. Kau mula menyumpah-nyumpah lampu isyarat yang kau rasa lebih lembab dari biasa.

Kau dapat rasa dia tengah tengok kau tak berkedip langsung. Untuk seketika, kau beranikan diri tengok dia balik. Tiba-tiba kau rasa mata kau dan mata dia berbicara secara telepati.

“Awak sihat?” Mata dia tanya.

“Apa awak peduli?” Mata kau jawab sambil tengok ke arah lain. Buat-buat sombong. Ya, mata pun boleh jadi angkuh kadang-kadang.

Lepas itu mata kau tak mahu berbicara dah sama mata dia. Walau mata dia masih tunggu peluang untuk berkata-kata. Tak jemu-jemu mata dia tengok kau sampai kau jadi rimas. Kau mula belek-belek handphone dan bermesej dengan teman lelaki imajinari. Kau dapat rasa dia senyum sinis tengok kau gelabah macam kera kena belacan.

Kau jadi lega bila lampu isyarat tukar hijau. Kau masuk gear dan pandu kereta laju. Sebelum itu sempat juga kau kerling tengok dia. Mata dia masih tengok kau.

Dan mata dia cakap “Jangan pura-pura. Saya tahu awak masih sayangkan saya.”

Kau terus mencarut gila babi dalam hati.

 
5 Comments

Posted by on December 18, 2008 in Bengong, jiwa kacau, Peribadi

 

5 responses to “Mimpi ngeri itu pun berlaku.

  1. iMa

    December 18, 2008 at 3:28 am

    Salam,

    Hi sis;
    Suka baca entri2 kamu…

    Sempoi ;D

     
  2. kel@mbu

    December 18, 2008 at 5:02 am

    keh2..
    llaki mmg slalu buat2 kool bila jmpe ex gf..

     
  3. sUe

    December 20, 2008 at 12:14 am

    iMa: terima kasih.jemput-jemputlah singgah lagi yah?🙂

    kel@mbu:owh ye ke? cakap dari pengalaman kah incik kel@mbu?😉

     
  4. ainunlmuaiyanah

    December 20, 2008 at 1:08 am

    sue : apa kata kamu buat-buat tak kenal je.. macam tak pernah apa-apa berlaku sebelum ni..

    tapi, mata kita tak boleh menipu kan?

     
  5. sUe

    December 24, 2008 at 4:04 am

    memang buat-buat tak kenal.
    tapi sebab dia tengok kita tak berkedip.
    itu yang nervous semacam tu.
    huhu.😛

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: