RSS

Kalau saya lelaki II

15 Dec

Masa kecil-kecil, saya selalu berangan mahu jadi lelaki. Terutama sekali kalau ada insiden-insiden yang saya rasa favour ke arah lelaki. Mula lah fikiran saya mengada-ngada berkata “Bestnyer kalau jadi lelaki”. Antara contoh-contoh insiden yang buat saya teringin benar jadi lelaki ialah:

 

Insiden 1: Setiap kali balik kampung, mak akan bising kalau saya dan kakak bangun lambat sebab dia malu dengan nenek dan makcik pakcik yang akan mengata hal anak dara dia yang tak reti bangun awal. Jadi, bila di kampung, saya dan kakak terpaksa bangun awal dan pura-pura rajin turun ke dapur potong bawang dan segala bagai walaupun masa itu kami masih budak-budak berhingus. Dan lebih menyakitkan hati bila sepupu-sepupu lelaki elok saja tengah tidur atau main polis sentri kat luar.

 

Insiden 2: Bila ayah marah saya kerana pakai seluar pendek dalam rumah walaupun sudah darjah 4. (Baru darjah 4 ok?). Kata ayah “Ila tu perempuan. Pakailah elok sikit.”

 

Insiden 3: Rasanya semua orang dah tahu, permulaan saya bertudung adalah kerana terpaksa. Jadi, saya selalu berangan mahu jadi lelaki. Supaya saya tak payah bertudung dan boleh tayang rambut sesuka hati.

 

Insiden 4: Masa hujan lebat dan saya ketika itu darjah 5, sambil tengah tunggu ayah datang ambil, saya nampak Akmal, budak sekolah saya sedang main hujan dan lumpur dengan girang sekali. Ouh, saya jadi sungguh cemburu sebab saya tak boleh buat begitu. Biasalah, kalau dah nama perempuan. Macam-macam benda mahu fikir. Takut kena demam, takut baju kotor, takut mak marah. Tapi, budak Akmal itu tak fikir pun pasal itu. Yang penting, dia boleh puaskan hati dulu. Hal mak marah atau baju kotor boleh letak tepi. Dan keupayaan dia untuk ambil mudah benda-benda ini buat saya jadi cemburu dan sangat teringin untuk jadi makhluk yang berhalkum seperti dia.

 

Dan banyak lagi lah insiden-insiden nya. Tak tertulis pula di sini. Tapi, bila semakin besar dan belajar agama, saya tahu bukan senang jadi lelaki. Tanggungjawabnya menggunung tinggi. Dan saya rasa memang ada hikmah Tuhan jadikan saya perempuan. Sebab mungkin saya tidak segagah itu untuk pikul tanggungjawab yang terbeban di bahu.

 

Sekurang-kurang nya dosa saya, saya tanggung sendiri. Tapi, golongan lelaki mereka akan ditanya akan tanggungjawab pada ibu bapa, isteri, kakak, adik perempuan dan anak perempuan.

 

Fuh, banyak tuh!

 

Jadi, saya syukur juga sebab tak jadi lelaki.:mrgreen:

 
2 Comments

Posted by on December 15, 2008 in Nostalgia

 

2 responses to “Kalau saya lelaki II

  1. amirahsyuhada

    December 16, 2008 at 12:07 am

    Dari kecil dulu saya ingin menjadi lelaki supaya dibenarkan abah untuk main bola sepak dan juga balik malam bila berjalan..hahaha.

     
  2. sUe

    December 18, 2008 at 3:02 am

    bab boleh balik malam itu memang setuju.saya pun nak jadi lelaki sebab itu.:mrgreen:

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: