RSS

Sekali Tuhan dah campakkan sayang…

11 Dec

“Sekali Tuhan dah campakkan sayang, sampai bila-bila pun kita tak mampu nak menolak”

Itu yang mak cakap. Tatkala kami berbahas pasal rumah tangga dua artis ini. Ok. Bukan berbahas tapi bergossip pada mula nya yang kemudian bertukar jadi satu perdebatan antara saya dan mak. Puncanya, mak cakap dia faham perasaan si suami. Dia tahu si suami sayang kedua-duanya. Dia sayang si isteri dan juga sayang si Mimi. Jadi, dia susah nak memilih mana satu sebab hati dia memang dah terbelah bahagi.

Saya pula tak setuju dengan mak. Saya cakap si suami patut jujur. Dia patut mengaku pada isteri yang hati dia dah terbahagi dan cuba usaha selamatkan rumah tangga. Pendek kata, saya cakap suami patut terus terang “Abang dah mula risau dengan hati sendiri. Sekarang ni boleh tak kita pergi bercuti atau buat apa-apa untuk selamatkan rumah tangga?”

Sekurang-kurangnya isteri boleh bersedia. Dia tahu ada yang tak kena. Daripada dia asyik disogok dengan jawapan “Abang dengan dia tak ada apa-apa…sumpah…” dan isteri elok-elok rasa masih dalam zon selamat tiba-tiba timbul cerita kena tangkap khalwat. Kena tipu satu hal. Kena curang satu hal. Saya berpegang pada prinsip, buruk mana pun kebenarannya isteri ada hak untuk tahu.  Sebab saya rasa tak ada yang lebih menghancurkan seorang perempuan dari ditipu hidup-hidup oleh lelaki yang sudah dia kalungkan segala percaya.

Mak cakap dia faham. Tapi mak masih sokong si suami sebab kata mak, suami dibenarkan menipu untuk selamatkan rumah tangga. (Mak memang pelik. Dia lagi faham si suami dari si isteri) Dan mak cakap, lelaki kalau dah jatuh cinta, memang susah lah nak lupa. Dan hati lelaki memang boleh bahagi-bahagi lebih dari satu. Jadi dua, tiga atau empat. Lepas itu, mak lemparkan ayat itu pada saya.

“Sekali Tuhan dah campakkan sayang, sampai bila-bila pun kita tak mampu nak menolak”

*Terdiam*

Saya pernah dengar ayat itu. Saya tahu sangat ayat itu. Ayat seorang suami yang kahwin lain di luar pengetahuan sang isteri. Bila isteri tanya kenapa, dia beri alasan itu. Dan ditambah lagi dengat ayat “Ini dah jodoh. Jangan salahkan abang. Kalau nak salah juga, salahkan Tuhan.”

Saya rasa apa pun jawapan, kalau ada perkataan Tuhan di dalamnya yang digunakan sebagai alasan, saya kira itu alasan orang pengecut. Orang yang tak berani bertanggungjawab. Orang yang semua benda tolak pada Tuhan. Alasan orang tak ada integriti.

“Tuhan tak buka kan hati lagi nak bertudung”

“Tuhan tak bagi hidayah lagi nak berhenti minum”

“Tuhan dah takdirkan aku jatuh cinta dengan dia walau dia suami orang”

“Tuhan yang tentukan aku kahwin lagi satu”

Memanglah. Semua benda kalau nak diikutkan adalah atas izin Tuhan. Hatta sehelai daun pun tak akan luruh tanpa izin dari-Nya. Itu semua orang tahu. Semua orang faham akan kuasa dan besarnya Tuhan. Tapi, kalau semua mahu serah pada takdir Tuhan, apa guna hati dan akal yang Tuhan anugerahkan? Akal, nafsu, hati semua itulah yang digunakan untuk kita buat pilihan. Life is about making choice. Kalau kita pilih begini, mungkin Tuhan izinkan. Kalau kita pilih begitu pun, mungkin Tuhan izinkan juga.

Dan lagi, tolonglah jangan guna alasan Tuhan untuk tutup kelemahan. Benci betul saya dengar.  Sekurang-kurangnya mengaku sebab apa kau buat macam itu. Bagi reason yang tunjuk  kau ada tanggungjawab dengan tindakan kau.

“Aku tak bertudung sebab rambut aku cantik. Buat apa aku bela panjang kalau tak tunjuk kat orang?”

“Aku kena minum untuk buat aku rasa tenang. Sehari tak minum aku jadi tak senang duduk. ”

“Aku cinta dia sebab dia romantik. Lelaki bujang yang aku jumpa tak ada yang romantik macam dia”

“Aku nak kahwin lagi satu sebab perempuan itu lagi cantik dari isteri aku. Isteri aku dah tak pandai melawa macam dulu.”

Alasan-alasan itu mungkin buruk dah hodoh di pendengaran orang lain. Tapi, sekurang-kurangnya itu menunjukkan kau ada sebab kau sendiri. Kau tahu apa yang kau buat. Dan lebih penting, kau ada tanggungjawab dengan tindakan kau. Instead dari tolak semua pada Tuhan.

Kemudian, mak cakap lagi;

“Perasaan sayang yang tak mampu kita tolak. Patut Ila lebih tahu pasal itu kan?”

*Terdiam lagi*

Ya. Saya sangat tahu. Terlebih tahu. Sebab saya memang pernah rasa.

Rasa sayang yang terlalu amat dalam sepenuh hati hingga segala akal dan logika saya tolak ke tepi.

Rasa cinta yang melangit tinggi  sampai saya jadi keliru  mana satu jadi prioriti.

Rasa kasih tak terhingga sampai jadi buta menilai mana kaca mana permata.

Dan sungguh, berpuluh ribu kali saya tertanya-tanya ” Apa sebenarnya yang ada pada dia sampai buat aku jadi begini?” Sebab dia memang tak ada kelebihan apa pun. Biasa-biasa macam orang lain juga. Tapi, dia yang biasa itu lah yang punya kuasa menarik saya sampai betul-betul jatuh cinta pada dia.

Saya kira memang itu lah kuasa Tuhan agaknya. Mungkin itu yang dikatakan “Kalau Tuhan dah campakkan sayang…” sebab tengok dari sudut mana pun, saya tak tahu sebab utama saya sukakan dia.

Jadi, kata-kata mak itu memang betul. Saya memang pernah rasa satu perasaan sayang yang tak mampu ditolak. Tapi, tak mungkin saya gunakan Tuhan sebagai alasan. Atau salahkan Tuhan sebab beri rasa sayang pada dia. Walau penyudah cinta itu  adalah satu pengakhiran yang sungguh celaka. Jadi, saya jawab pada mak:

“Memang Ila pernah rasa itu. Tapi, itu bukan salah Tuhan. Ila yang bodoh sebab pilih dia.” Noktah.

Bukanlah susah sangat nak mengaku kelemahan dan kebodohan diri. Daripada terus in denial tidak mahu mengaku kelemahan sendiri. Sebaliknya tolak semua pada Tuhan, tak terasa kah angkuh sangat kau ini sebagai manusia?

Advertisements
 
7 Comments

Posted by on December 11, 2008 in Manusia, Peribadi, Refleksi

 

7 responses to “Sekali Tuhan dah campakkan sayang…

  1. akim

    December 11, 2008 at 1:49 am

    yang berkumis itu gatal….hehe

     
  2. amirahsyuhada

    December 12, 2008 at 3:58 am

    Cinta kepada manusia sering buat manusia buta, ya kerana kebutaan itulah yang menyebabkan segala yang rasional menjadi tidak rasional dan yang tidak rasional menjadi rasional.

     
  3. ainunlmuaiyanah

    December 12, 2008 at 10:35 am

    dahulu masa kat sek, ustaz cakap, hati lelaki ini ada 4 bahagian. walau macam mana pun dia sayang kat seseorang perempuan itu, dia hanya boleh syg 25% je tetapi lelaki yang setia dengan seorg perempuan itu telah mengisi kekosongan 75% lagi dengan tanggungjawab dan kesetiaan.

    hati kita orang perempuan ini macam pasir, disimbah air ombak dan berubah tetapi masih disitu juga. wlaupun terhakis dan dibawa lari oleh ombak masih juga akan setia disitu. susah kan..

    tak mengapa, kesakitan adalah mengajar kita untuk terus berdiri bukan terus jatuh~

     
  4. JameL

    December 12, 2008 at 7:12 pm

    long post…
    satu jek nk komen…
    kuat gosip gak upenye…
    kah kah kah..

     
  5. sUe

    December 12, 2008 at 7:59 pm

    akim: ya betul…hehe

    amirahsyuhada:itulah kot namanya “buta kerana cinta”..huhu.

    ainunlmuaiyanah: “kesakitan adalah mengajar kita untuk terus berdiri bukan terus jatuh”

    suka kata-kata ini. terima kasih. 🙂

    Jamel: uhh..mesti… kenapa? nak join ker? hee… 😛

     
  6. fifi

    May 17, 2009 at 11:02 pm

    Usah sangka apa yang belum kita miliki janji pada kebahagiaan kita. Ada kalanya setelah kita miliki itulah punca masalah kita. Jangan sangka semua yang cerah kekal cerah sampai bila-bila, ada kalanya menjadi hitam dan menyusahkan…

     
    • sUe

      May 18, 2009 at 7:45 pm

      🙂

      ya betul tu.
      thanx for your deep insight.

       

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: