RSS

Chicken oh chicken pox.

08 Dec

Chicken pox I

Sebab saya kena penyakit-yang-ada-nama-ayam ini (tapi kenapa ayam tak pernah kena chicken pox?), jadi saya terpaksa batalkan beberapa temujanji yang saya dah buat bila balik SP. Antaranya pergi kenduri kahwin abang Uena dan juga mahu bertemu seorang sahabat lama.

Jadi saya kirimkan SMS pada dia. Untuk batalkan temujanji.

Beberapa minit kemudian, dia balas ” Ouh ye ke? Takpelah… Lain kali makan tu ajak la yer…😉 “

Saya jadi blank. Kenapa jawapan dia macam tak relevan dengan SMS yang saya baru hantar? Mamai kah pakcik ni? Atau tersilap hantar message?

Saya pun periksa semula mesej dalam Sent Items. Ouh…patutlah. Saya yang mamai rupanya…

Saya tulis pada dia “Maaf. Tak boleh jumpa awak esok. Saya kena chicken chop.”

Sebab ubat doktor lah ni. Kan otak dah weng. Adeh~

Chicken pox II

Saya sedang mempertimbangkan dengan serius untuk botakkan kepala. Ya, mahu gondol terus macam Natalie Portman dalam V for Vendetta itu. Bukan sebab suka-suka. Tapi, sebab kulit kepala yang penuh dengan kudis chicken pox buat saya rimas. Rasa mahu botakkan kepala dan bersihkan balik kulit kepala ini.

“Mak, adik nak botakkan kepala la…”

“Botak lah. Bukan orang nampak pun. Lagipun pakai tudung…” Mak jawab selamba.

Mak bagi green light untuk saya botakkan kepala. Wah, terkejut saya. Sebab mak cukup jaga bab-bab ini. Saya pakai tudung selempang atau seluar ketat atau baju singkat sikit pergi beli jagung belakang rumah pun mak sudah bising-bising. Ini lagi mahu botakkan kepala macam lelaki!

Oleh itu,bila mak bagi kebenaran saya kira memang tak kisah lah kalau saya betul-betul mahu buat pun. Lagi pun atas sebab kesihatan. Bukan sebab mahu gatal-gatal menyerupai lelaki. Jadi, sekarang saya tengah fikir.

Ada berani ke saya nak botakkan kepala? Lagi satu, kalau botak berapa lama rambut boleh tumbuh balik? Kalau sebulan itu agak-agak panjang berapa inci? Uh, saya serius ker ni?

Wuuu….

                                                                                          3129175820

Ouh… Selamat Hari Raya Aidiladha pada semua!

 
4 Comments

Posted by on December 8, 2008 in Saja Mengada

 

4 responses to “Chicken oh chicken pox.

  1. akim

    December 9, 2008 at 12:20 am

    botak..?? perubahan drastik tuh….

     
  2. sUe

    December 10, 2008 at 1:44 am

    memang agak drastik.
    sebab itu masih dalam pertimbangan.
    tapi, rasa macam tak sanggup jek.haih~

     
  3. ainunlmuaiyanah

    December 12, 2008 at 10:45 am

    kawan sebilik saya pernah botakkan rambut. sebab ada masalah rambut. saya tak kisah, tapi yang saya kisah bila org kata kami lesbian

    aish! ada ke patut

     
  4. sUe

    December 12, 2008 at 7:56 pm

    ishk…tak patut…tak patut…
    asal perempuan botak jek orang kata peng kid.
    tapi lelaki rambut panjang takde pulak org kata gay kan?
    haih~

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: