RSS

Twilight…

02 Dec

2078_5681447928

“Nasib baik lah kau hensem gila babi khinzir, wahai Robert Pattinson. Kalau tidak aku dah berdengkur lama dah kat dalam panggung wayang tadi…”

Itu fikiran saya sebaik saja melangkah keluar selepas menonton Twilight. Ceritanya sangat slow dan mellow. Mengantuk saya dibuatnya. Mujur lah hero nya sangat hensem sampai mampu menyihir mata saya untuk terus bertahan kerana tak mahu terlepas mengecapi keindahan ciptaan Tuhan. Heh!

1062_8237901037

Tapi, ada lah juga sikit ilmu yang saya dapat dari cerita itu. Terutama ilmu tentang vampire. Jadi, saya telah buat analisa apa kebaikan-kebaikannya kalau kita bercinta dengan vampire:

1. Dia boleh terbang. Jadi, kalau nak pergi oversea, kamu boleh jimat harga tiket kapal terbang.

2. Dia kuat dan gagah perkasa. Jadi, kamu akan rasa dilindungi setiap masa.

3. Dia boleh lari dengan kelajuan sepantas cahaya. Jadi, kalau ada apa-apa (contoh: tertinggal calculator masa final exam), kamu boleh minta tolong dia ambilkan. Atau, kalau kamu teringin nak makan laksa Johor tapi kamu sekarang di Perak, kamu boleh suruh dia belikan. Ouh, dan lagi, kalau dating, dia mesti datang on-time!

4. Dia juga boleh baca fikiran kamu. Jadi, kamu boleh jimat air liur kalau nak membebel pada dia. Cuma perlu marah-marah dalam hati dan dia sudah tahu. Senang!

5. Kulitnya sejuk macam ais batu. Jadi, itu dapat menyelamatkan kamu dari dosa berpegang tangan sesama bukan muhrim. Apa kes nak pegang ais batu sepanjang shopping kan? Boleh beku tangan…huhu.

1142_10980697013

6. Ouh, kamu juga tak perlu susah payah nak masak apa-apa makanan kegemaran dia. Sebab dia cuma makan manusia dan haiwan. Jadi, cuma perlu biar dia memburu sendiri. So, tak akan ada kes kamu akan ditinggalkan kerana tak tahu masak. Bagus kan?

8. Mata nya akan bertukar-tukar warna mengikut keadaan. Jadi, kamu dah boleh agak bila dia mahu marah atau lapar (haa..ini bahaya…).

9. Dia pandai panjat pokok. Jadi, sekali sekala bolehla dating atas pokok-pokok tinggi sambil menikmati keindahan alam.

2223_2983666712

10. Dia tidak pernah tidur. Jadi, kamu boleh call dia bila-bila masa dan di mana-mana. Sudah tak akan ada kes seperti “call-sampai-10-kali-tapi-tak-angkat-sampai-kamu-jadi-bimbang-rupa-rupanya-dia-tertidur.”

Ini antara kebaikan-kebaikan yang sempat saya gali. Ouh, dan keburukannya hanya satu:

Kamu perlu bersedia untuk mati pada bila-bila masa in case dia nak berhenti jadi vegetarian (vampire yang cuma makan binatang) dan mahu rasa darah kamu pula.

Kesimpulannya, ini adalah antara cerita-cerita yang bagi saya biasa-biasa saja dan hanya diselamatkan oleh hero yang kacak tak ingat dunia dan heroin yang cun melecun.

Itu saja. Sekian, terima kasih.

 
3 Comments

Posted by on December 2, 2008 in Filem

 

3 responses to “Twilight…

  1. amirahsyuhada

    December 3, 2008 at 10:56 pm

    Nasib saya tak pergi tonton, ada juga hati nak tengok, kotlah best mcm interview with mr vampire ke. Jom kita gi tengok wayang, dah tengok Bolt dah?

     
  2. ainunlmuaiyanah

    December 4, 2008 at 2:45 pm

    ap kes semua cite tak besh. en kelambu kat AF tak best cik sue kata twilight tak besh. ish. ni kena tgklah los n foun. nak komen dia best ke tak

     
  3. sUe

    December 8, 2008 at 4:01 am

    amirah: belum22…teringin nak tengok Bolt jugak…macam comel jek kartun die..hihu.

    ainunl:memang tak best. cerita dia tak byk aksi tapi more on cerita cinta dan mellow jer lebih. ouh, sile2 lah tgk los and faun. macam best jek.

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: