RSS

Wah…sangat suka!(^_^)

26 Nov

aku-dia-volkswagen

Saya memang hantu komik. Masa saya kecil-kecil, ayah saya yang juga minat komik selalu beli komik Gila-Gila. Jadi, saya pun melayan komik itu. Saya suka baca Gila-Gila sebab ia bukan sekadar komik kosong, tapi unsur humor dia berisi dengan sindiran terhadap suasana politik semasa.

Kemudian, sepupu saya sarankan Ujang. Jadi, masa menengah rendah, saya melayan pula komik Ujang dan Lanun. Di situ lah saya jatuh cinta pandang pertama dengan karya Kartunis Ubi melalui kartun Budak Hostel dan Aku, Dia dan Volkswagen. (Ouh, dan saya juga sangat meminati kartun Kartini hasil karya Kartunis Tembakau. Tapi, sekarang macam dah jarang jumpa kan? )

Lukisan kartunis Ubi bagi saya cantik dan kemas. Stroke nya halus, teliti dan bersih. Jalan cerita nya juga menarik. Sejak itu saya tak ketinggalan mengikuti semua karya Ubi. Cuma, karya IN saja yang saya kurang berkenan. Sebab letak lah dari sudut mana pun, perasaan cinta sesama jantina tetap ada lah sesuatu yang amat sukar dicerna otak saya.

Lepas itu, saya berkenalan pula dengan manga dari Jepun iaitu Penyiasat Remaja. Dan juga komik-komik aliran semasa yang lebih hip seperti Gempak dan Utopia. Jadi, setiap bulan, ini lah antara komik-komik yang wajib berada dalam simpanan saya.

Tadi, semasa belayar di dunia tanpa sempadan, saya terjumpa dengan blog Kartunis Ubi. Terus teringatkan segala nostalgia saya semasa sekolah menengah dulu. Berbaring santai di atas katil asrama sambil membaca siri A,D & V dengan penuh khusyuk. Huh, nostalgia sungguh!

Ouh, dan yang lebih-lebih best lagi, dia bagi percuma…diulangi PERCUMA komik terbaru dia Aku, Dia dan Test. Cuma isi nama dalam mailing list, dan walla…komik itu akan di email dalam bentuk PDF.

Dan sebagai manusia normal, saya memang tak boleh tahan dengan apa-apa saja benda yang namanya percuma. Heh!:mrgreen:

                                                                 cover

 
8 Comments

Posted by on November 26, 2008 in Nostalgia

 

8 responses to “Wah…sangat suka!(^_^)

  1. una

    November 26, 2008 at 3:54 pm

    wahh..
    ade ekk
    kak su, send2..
    i luv dat comic too!

     
  2. ainunlmuaiyanah

    November 27, 2008 at 12:31 am

    eh.. kita fanatik penyiasat remaja tau..
    sangat~
    tapi koleksi dah entah kemana
    adiklah tak tahu jaga

    sedih~

     
  3. nursakinah abdul rahman

    November 27, 2008 at 12:41 am

    hehe..skinah minat blues untuk aku..by ayie..sbb sajak2 die sempoi..lukisan die unik..hehe(jiwangkah?ngeh3)

     
  4. amirahsyuhada

    November 27, 2008 at 1:31 am

    entah kenapa, saya memang amat gemar komik ‘In’ hasil karya ubi tu.

     
  5. CAHAYA MATA

    November 27, 2008 at 11:16 am

    entrie awak ni mengingatkan SAYA pada kisah zaman meningkat remaja SAYA… hikk hikkk… (nak update blog la lepas nihh…)

    karya UBI memang unik yer.. heroinnya chomel.. tang mata tu paling sweet… (-,-)

     
  6. kel@mbu

    November 28, 2008 at 1:57 am

    penyiasat remaja sya msih trsimpan kemas di rak.. siap balut lagi.. kertas kuning menambahkan unsur eksotik komik dn bgitu fill bila menghidunya.. perghh..

     
  7. sUe

    November 28, 2008 at 2:50 am

    una:ouh,k.sue tak donlod lagi.connection lembap.tunggu kat umah baru donlod.streamyx laju sket.hihu.

    ainunlmuaiyanah:ouh,sama lah kita.saya pun sgt2 minat penyiasat remaja.tak pernah miss satu siri pun.tapi koleksi dah hilang sebab adik-adik jugak.sedih…(T-T)

    (psstt:sekarang semua komik saya sorok dari diorg..ha ha ha <–gelak kejam seorg kakak)

    sakinah:blues untuk aku pun best gak…hero dia hensem… hehehe

    amirahsyuhada:ooo…kawan2 saya pun ramai yg minat IN.🙂

    cahayamata:he he… lukisan dia cute-cute. tomei-tomei jek orang2 dier…he he… (^_^)

    kel@mbu:wah..rajinnya balut buku komik…isk, kagum2…

    (psst: kamu ada lagi koleksi Penyiasat Remaja?Nak pinjam bleh? nak fotostat…hehe!:mrgreen: )

     
  8. satelitku

    December 14, 2008 at 5:17 am

    best.

    sudah.
    tak ada lagi kata-kata lebih manis,
    dapat gambar.🙂

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: