RSS

Tak letak tajuk boleh tak?

25 Nov

Maaf. Lama betul tak update. Rindu pula rasanya. Selama ini ingatkan rindu saya cuma pada keluarga, buah hati yang namanya Hafizul Hakimi dan kawan-kawan. Tapi, rupanya ada satu ruang yang wujud untuk rindu pada blog pula.

Sebetulnya saya baru pulang dari Kemaman, Terengganu. Menghadiri kenduri kakak belah pihak lelaki pula. Orang kata ‘sesi menghantar pengantin’. Yang peliknya, kalau selalu orang hantar pengantin sampai berbijik-bijik kereta, tapi kami yang datang cuma sebuah saja. Pakcik makcik lain tiba-tiba ada hal dan tidak ada rezeki untuk turut menghantar. Tak mengapalah.

Jadi, kami sekeluarga ke Terengganu. Bila ya kali terakhir saya ke Darul Iman itu? Dua tahun lepas kot.

Kali ini dapatlah saya merasa semula otak-otak dan sata yang dah lama sangat saya tinggalkan. Kali terakhir saya makan lebih kurang 4 tahun lepas semasa belajar di Kuantan. Sampai saya jadi keliru mana satu otak-otak mana satu sata.

Kenduri belah lelaki Alhamdulillah, semua nya berjalan lancar. Sayang sekali saya lupa bawa kamera. Kalau tidak, boleh lah tangkap dan tepek gambar di sini. 

Kendurinya dibuat di dalam dewan. Disebabkan keluarga belah perempuan yang datang sedikit, jadi cukup-cukup saja meja pengantin itu untuk kami sekeluarga makan. Makan di meja pengantin depan khalayak ramai buat saya kurang selesa. Macam semua orang tengah perhatikan kita. Teringat saya semasa makan ‘high-tea’ di asrama dulu. Meja nya tinggi. Makan di atas itu macam jadi tontonan orang pulak.

Tapi, makin saya tak selesa, makin laju pula mulut saya mengunyah. Itu satu tabiat aneh yang baru saya sedar.

Macam dulu, semasa tengok wayang ramai-ramai dengan kawan-kawan, kalau ada adegan di skrin yang ala-ala “kau-tengok-aku-aku-tengok-kau-jom-kita-cium”, dan kebetulan kawan lelaki pula di sebelah saya, mula lah saya jadi tak selesa semacam. Sudahnya, habis dua bekas besar popcorn untuk saya seorang kunyah. Hurm…

Kemudian, kami sekeluarga ke Cherating. Singgah di situ semalaman. Esoknya ke rumah nenek di Kuala Selangor. Lepas itu baru mak ayah hantar saya semula ke UTP sebelum diorang semua balik terus ke SP.

Setiap kali masuk UTP, adik-adik mesti rasa kagum semacam.

“Wah…cantikla tempat Kak Ila….”

Itu yang seronok ada adik-adik yang beza banyak umur. Diorang akan kagum dengan kita macam kita ini some sort of idola paling sempurna di mata mereka. Apa saja yang saya pakai, atau saya beli, atau saya baca, atau saya buat semuanya cantik-menarik-tertarik-kau-memang-da-bomb di mata mereka.

“Cantiklah baju Kak Ila…”

“Cantiklah tulisan Kak Ila…”

“Cantiklah tudung Kak Ila…”

“Sedaplah Kak Ila masak…”

Dan tempat saya belajar pun diorang puji bukan main. Kanak-kanak memang macam itu kot. Cepat sangat kagum dengan orang yang lebih tua. Cepat sangat anggap kakak atau abang mereka itu sempurna. Cepat sangat mahu jadikan mereka idola padahal kakak atau abang itu tidaklah sebagus mana.

Jadi, kalau mahu dipuji melambung setinggi-tingginya, suruhlah mak kamu bagi adik kecil. Heh.😉

p/s: Saya baru tahu ada seorang lagi saudara se-Islam saya telah dilahirkan. Namanya Mikaeel. Alhamdulillah…🙂

p/s/s: Saya juga baru tahu, dua pelajar UTP baru saja meninggal dunia. Seorang akibat serangan jantung dan seorang lagi kerana kemalangan jalan raya. Al-Fatihah… semoga roh kalian dicucuri rahmat.

 
3 Comments

Posted by on November 25, 2008 in famili, Manusia

 

3 responses to “Tak letak tajuk boleh tak?

  1. akim

    November 25, 2008 at 2:59 am

    Nama penuh mikaeel tuh kalau dgr org kata mikaeel jailani….

    ntah lah orang kata…

     
  2. CAHAYA MATA

    November 25, 2008 at 8:32 am

    wahh..mengantar pengantin ehh.. akak awak nangis2 tak masa nak ditinggalkan di rumah mak mertua tu..? hehehehe…

    SAYA pun dah lama tak ke Terengganu apatah lagi Kelantan.. rindu pula suasana di sana…

    cik sue lompat bintang..
    jom ikut SAYA bercuti ke Pulau Perhentian.. nak…? ehekkk ehekkk… (SAYA tgh mengumpul kroni nihh…) ;-p

     
  3. sUe

    November 26, 2008 at 4:33 am

    akim: ouh, sedap jugak nama itu…nama mikaeel itu yang saya rasa unik. tak ramai orang nama itu.

    cahayamata: ha ha. Kakak saya tak menangis la pulak. Siap boleh gelak-gelak lagi. saya rasa dia la pengantin paling riang gumbira di dunia.huhu.

    wah…memang dah lama nak pergi Pulau Perhentian.
    Menarik,menarik!
    Tawaran akan dipertimbangkan. Heeee…:mrgreen:

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: