RSS

Bahagia itu sebenarnya diukur dengan apa?

15 Nov

Hari itu saya tanya mak:

“Mak, kalau adik kawan dengan lelaki penjual air tebu di pasar malam, mak setuju tak?”

Itu soalan ‘saja mengada’ nama nya. Soalan retorika. Soalan yang sengaja dicipta untuk menguji apa pandangan mak kalau saya berkawan dengan lelaki yang kewangan nya mungkin kurang kukuh dari saya. Yang kerja nya biasa-biasa. Cuma ingin tahu besar mana simbol $ di mata mak. Penting sangat kah harta dan darjat dalam perhubungan?

Bukan lah bermakna saya tersangkut dengan mana-mana mamat di pasar malam itu. Atau dengan mana-mana lelaki di mana-mana pun. Tidak ada. Cuma ingin tahu mak saya ini ambil kira tak benda-benda macam itu. Atau dia tidak kisah dengan pilihan saya asalkan saya bahagia. (ewah! ayat tak boleh blah…)

“Tak payah lah dik. Susah nanti kalau kewangan suami lagi rendah dari kita.” jawab mak.

Ouh…ok. Sekarang saya tahu.

Saya tak faham sebenarnya kenapa golongan ibu-ibu ini susah sangat nak terima kalau anak mereka berkahwin dengan yang kononnya ‘tak sekufu’. Kalau anak lelaki, mesti kahwin dengan yang lebih muda. Kalau anak perempuan, pasangannya mesti ada kerja tetap (kalau kerja ‘professional’ lagi bagus), ada pelajaran, dan ada harta. Ouh, dan mesti lebih tua.

Kalau kamu ada degree atau master, jangan harap nak berkawan dengan yang SPM Pangkat 3. Unless kalau yang SPM Pangkat 3 itu anak Datuk yang boleh bagi kamu Ferrari sebijik.

Kalau kamu comey lote, jangan harap nak berkawan dengan yang rupa-tak-berapa-nak-comey. Unless yang-tak-berapa-comey itu ada pelajaran dan ada harta.

Kalau pangkal nama kamu ada gelaran-gelaran yang menunjukkan kamu itu anak kerabat atau anak orang kaya, jangan harap mahu kawan dengan lelaki yang namanya Atan dan kerja petani atau nelayan.  

Itu dah menentang norma hidup. Tak boleh. Nanti orang mengata. Sudahlah orang Melayu memang suka mengumpat saja kerja. Jadi, jangan bagi diorang modal untuk mengata pasal kita pula. Hell…no way!

Seorang kawan saya pernah bercerita. Di kampungnya ada seorang doktor yang kahwin dengan nelayan. Memang jauh gila lah jurang kewangan mereka. Macam langit dan bumi. Tapi, cinta memang kompleks sifatnya. (Saya agak mereka bercinta sejak sekolah. Sebab kalau nak bertemu masa dah kerja macam susah saja. Unless doktor itu kerja di hospital yang tepi laut. Mungkin logik lah kot.)

Nak dijadikan cerita, mereka pun berkahwin. Tapi, tak tahan lama. Akhirnya mereka pun berpisah. Bukan sebab sikap masing-masing. Tapi, sebab campur tangan orang sekeliling. Umpat keji orang kampung buat mereka tak mampu bertahan. Ditambah dengan ipar duai saudara mara yang tak senang tengok orang lain bahagia.

Jadi, untuk puaskan hati semua orang, mereka pun berpisah.

Maka, bertepuk sorak lah syaitan-syaitan kerana sebuah masjid lagi telah berjaya diruntuhkan. Dan orang-orang kampung yang suka mengumpat keji itu, tentulah ada bahagian mereka masing-masing di akhirat kelak.

Sungguh, saya hairan betapa besarnya kuasa darjat dan harta dalam perhubungan. Ibu bapa akan menggunakan kuasa autoriti untuk menentukan calon mana yang layak atau tak layak untuk anak-anak mereka. Bukan sedikit lelaki yang ditinggalkan kerana ibu bapa pasangannya berkata “Cari lain lah. Budak lelaki itu tidak berharta. Nanti kahwin nak makan apa? Makan pasir?” . Dan bukan tak ramai perempuan yang ditinggalkan sebab ibu bapa pasangannya berkata ‘Cari lain lah. Budak perempuan itu tidak ada rupa. Kamu hensem tapi isteri tak lawa. Apa orang kata? “.

Ya, perempuan memilih lelaki yang berharta. Lelaki memilih perempuan yang ada rupa. Itu biasa.

Ouh, itu belum masuk bab negeri lagi. Tak boleh kahwin dengan orang dari negeri itu, negeri ini. Sebab selalu orang negeri itu, negeri ini buruk perangai, pemalas, pengotor, dan macam-macam lagi. Macam lah negeri-negeri di Malaysia ini disempadankan bukan ikut jalan, tapi ikut perangai penduduknya.

Kalau kamu pemalas, masuk negeri ini. Kalau kamu pengotor, masuk negeri ini. Kalau kamu suka mencarut dan cakap kasar, masuk negeri itu. Kalau kamu begitu dan begini, masuk negeri itu dan negeri ini.

Bodoh kan?

Ada pula sesetengah ibu bapa yang mahu anak mereka kahwin dengan orang satu negeri. Kalau kamu negeri ini, isteri atau suami wajib negeri yang sama juga. Orang negeri lain tak best. Tak faham cara kita. Tak suka makanan kita. Tak tahu cakap loghat kita. Pendek kata, orang lain tak cool macam kita.

Ouh, kalau dah terlalu banyak sangat halangan untuk kahwin dengan orang-orang dari negeri-negeri di Malaysia, kenapa tak bagi berkahwin dengan orang luar negara saja? Tapi, masalahnya, ibu bapa cerewet ini mahu orang Melayu saja. Orang putih tak boleh. Yang ada darah mamak pun tak mahu. Kalau Jawa, boleh lah sikit-sikit. Aduhai….

Saya kira, lebih baik saja ibu bapa yang cerewet ini cakap jangan kahwin dengan orang Bumi terus. Kahwin saja dengan makhluk planet lain. Marikh, Musytari, atau Zuhal misalnya. Kalau dah susah sangat dan banyak sangat syarat nya.

Saya kira sikap begini tidak bagus. Perkahwinan itu satu perkara mulia yang sangat dituntut agama. Untuk menghalalkan apa yang haram. Kalau ibu bapa letak banyak sangat syarat, bukankah itu maknanya mereka membuatkan hukum Tuhan itu jadi sukar? Tuhan suruh kahwin kerana kahwin mampu mengelakkan zina. Tapi, ibu bapa ini letak bukan main banyak syarat sampai anak-anak pun jadi susah mahu kahwin.

Yang sebenarnya, suruhan siapa yang lebih utama? Tuhan atau ibu bapa?

Seorang sahabat kakak saya sekarang ini tengah pening kepala. Kerana ayah dia letak syarat wang hantaran yang tinggi gila nak mati sampai tak tertanggung dek pihak lelaki. Alasannya, anak perempuannya itu ada degree, cantik, ada kerjaya. Yang lelaki pun bukan lah cikai sangat. Ada degree juga. Ada kerjaya juga. Tapi, kalau baru 5 bulan jadi engineer tiba-tiba kena bayar hantaran sampai puluh-puluh ribu, mana nak cekau duit?

Tiba-tiba perkahwinan yang asalnya sesuatu yang suci, dah dilihat sebagai satu beban pula. Sesuatu yang Rasul suruh percepatkan, tiba-tiba terpaksa dilambatkan pula atas sebab-sebab remeh begini…Haih….

Saya tahu saya tidak layak untuk bercakap pasal benda ini.

Satu, saya bukan seorang ibu. Jadi, saya memang tak akan faham tindakan mereka dari sudut pandangan mereka. Dua, saya bukan lah tergedik-gedik lagi mahu kahwin.

Cuma, apa yang saya coret ini adalah satu luahan ke’tidak-faham’an saya dengan dogma masyarakat kita. Dan benda ini adalah termasuk dalam senarai saya yang bertajuk ‘Kalau jadi ibu bapa, aku tak mahu buat begini’. 

Kalau boleh biarlah anak saya nanti mahu kahwin dengan siapa pun tak mengapa. Asalkan perangainya elok dan agamanya bagus. Bukan sebab rupa paras fizikal, darah keturunan, atau harta kekayaan. Cuma kalau boleh jangan lah pasangannya ber’bin’ atau ber’binti’kan seorang hamba Allah ini.

Sebab-bapa-kau-dah-koyak-rabak-robek-hancur-derai-pecah-kan-hati-aku-tiba-tiba-kau-nak-kahwin-dengan-anak-aku-dan-aku-dan-bapa-kau-jadi-besan. Ouh, terlalu dramatik sangat jalan cerita nya. Memang lah tak boleh terima. Harap-harap tak jadi macam itu lah.

Haih…penat lah bercerita pasal benda ini. Sebab terlalu jauh ke depan pulak jadi nya.

Apa-apa pun, untuk para ibu bapa sekalian, janganlah terlalu memandang darjat dan rupa. Sebab kat sana nanti, amalan kita jugak yang diambil kira…ye dok?

 
14 Comments

Posted by on November 15, 2008 in Manusia, Peribadi

 

14 responses to “Bahagia itu sebenarnya diukur dengan apa?

  1. una

    November 15, 2008 at 4:33 pm

    one word
    *Impressive*

     
  2. theQueen

    November 15, 2008 at 5:24 pm

    yeahh.. sokong una.
    sangat bagus

     
  3. Insan Biasa

    November 15, 2008 at 7:18 pm

    Sy ada mak sedara yg skrg tengah sambung PhD tp future husband dia just kerja biasa, Family tak menentang, cuma ada yg tak berapa suka. Kalu nak diikutkan taraf memang jauh berbeza la, dah diaorg suka sama suka, nak buat camnerkn, bukan org lain yg nak kawin, tp mereka berdua.

     
  4. anep

    November 15, 2008 at 8:38 pm

    klasiknya nama ATAN..
    tak sangka anak2 org kaya xmo kawan ng org bernama ATAN, dayusnya mereka..

     
  5. akim

    November 16, 2008 at 5:15 pm

    pangkat, darjat, harta kekayaan mmg buat manusia jadi begitu…bukan semuanya, tp itu lumrah..

     
  6. 13may

    November 16, 2008 at 10:23 pm

    hehhe hehhe….

    susah la camni kan???

     
  7. kel@mbu

    November 17, 2008 at 1:31 am

    ekceli. jrg pmpn yang x pdg material skrg (dlu pn sma). sya pnah tbaca satu ungkapan yg sbut klemahan lelaki ialah prmpuan dn klemahan pmpuan ialah wang (material).

    cth:
    satu, pmpuan bila knalkan lelaki dgn mak ayah, ayat pertama ditanya, kerja apa?

    dua, pmpuan bila knalkan hsbnd atau bf kt kgkwn, ayat pertama ditanya, laki/bf ko kerja apa?

    tiga, pmpuan bila tgk laki/bf kwn msti ada rsa nk tau llaki tu naik kete apa. kmudian kalu bwk kete mhal mulalah berspekulasi. hehe.

    hehe. ni bkn fkta rmbang. ni based on gosip2 n survey kt tmpat kerja.
    .
    .
    sekeliling yg ajar kita jd mcm tu. dn kita klah. kdg2 sbb x mahu kalah dgn situasi kita cba puaskan hati org lain. bli mlebihi kmmpuan smata2 nk tnjuk kta brharta, mmpu, bhgia dn ttp mlut org dr trus mngata.

    wlhal dri sndiri hdup brhutang dn pnuh stres. ini mmg realiti hdup glongan prtengahan n mrka yg baru mlakan hdup di bndar2.

    apa pn. sya mmg stuju bab2 kawin ni spatutnya dimudahkn. bknnya disulitkan lg.

    [komen dah mcm entri :P]

     
  8. sUe

    November 17, 2008 at 4:07 pm

    una & the Queen: terima kasih.🙂

    insan biasa: yer. saya sokong. diorg yang nak kahwin. apa-apa pun, bahagia derita diorang jugak yg tanggung sendiri. org sekeliling patutnya doakan saja kebahagiaan diorg. abis cerita.🙂

    anep: nama ATAN itu dipilih sebab nama old school.hehe…

    (kpd siapa2 nama Atan, no offense yer? Ini hanya contoh semata-mata)

    akim: setuju dengan kamu. manusia memang materialistik…kan?

    13 may:yang mudah nak bagi susah, susah la jadinyer…huhu

    kel@mbu: sangat setuju. kdg2 dah cuba puaskan hati semua orang, tapi still ada lagi yang dok mengata…hairan sungguh…

    [p/s:wah, kena lantik en kel@mbu jadi penulis jemputan dalam blog la lepas nih…hehe ;)]

     
  9. zetty

    November 17, 2008 at 10:35 pm

    hurm, memang hangat topic ni kak sue
    tp xle nak sangkal gak, klu x sekufu, mmg senang cerai
    tp klu sekufu pon bercerai cmne ek?
    ntah la, 4 me, pilih la ikot yg Rasul kita dah bgtau dulu
    insyaAllah, everything will be alrite~

     
  10. CAHAYA MATA

    November 19, 2008 at 10:26 am

    emm.. setuju sngt la dgn entrie cik sue kali ni..
    tapi mak ayah kita memang masih terbawa-bawa idealisme org dulu2.. insyaAllah masa akan mengubah idealisme tu.. org zaman sekarang bersikap lebih terbuka… emmm…

    mak SAYA kata : kalau dah cukup duit, kawin laaa…

    emm.. tetap ada perkataan “duit” kan… tak kisah pangkat atau kerja apa.. tp kalau si lelaki bersungguh nk kan si dara, berusaha lah… itu point sebenarnya… si lelaki tu berikan lah sedikit komitmen, biar mak ayah yakin dia lah lelaki yg boleh diharapkan…

    apa-apa pun yg penting AGAMA nya.. dan budi bahasa nya…🙂 ~ kerana itu harta jiwa yg tak boleh di jual beli ~

     
  11. aTiQah

    November 20, 2008 at 1:30 pm

    ye. setuju.
    nabi kita dah bagi kriteria untuk pilih pasangan. ikut je. lagi mudah kot?

     
  12. NurFiera

    November 22, 2008 at 9:06 pm

    slm..kak sue

    sy ni..fiera..hehe..mohon izin nk add blog k.sue kt blog sy (pdhal dh link kn dh pon..hehe)

    add la sy gak k..hehe

    http://nurfiera.blogspot.com

    p/s: keep in touch and hepi graduating🙂

     
  13. ainunlmuaiyanah

    November 22, 2008 at 10:42 pm

    kebahagiaan itu diukur dengan kesederhanaan.
    bagaimana pasangan itu menerima kekurangan dan kelebihan masing dan bagaimana pasangan tersebut bersedia mnerima fitnah dan cerca sekiranya tidak sekufu.

    bahagia itu akan dapat dengan sikap percaya dan setia. menurut kata m nasir ” wang boleh membeli cinta” tetapi menurut kata saya “cinta boleh membentuk wang”

    atas pengamatan peribadi , saya rasa sungguhpun pasangan kita itu tidak sekufu tetapi jika dia berusaha untuk menjayakan dirinya dan menyara keluarganya, rumahtangga pasti berjaya. tetapi kalau dia ambil lewa dan mnyalahgunakan harta pasangannya pasti org akan mengata.

    apa-apa pun
    kita ini mengatur tetapi tuhan itu menentukannya

     
  14. sUe

    November 25, 2008 at 12:52 am

    zetty: Setuju. Apa yang Rasul dah tunjuk, itu yang patut diikut. Cuma orang tua-tua ini anggap sekufu itu mesti dari segi harta, keturunan atau rupa. Apa salahnya kalau tukar definisi sekufu jadi dari segi agama dan akhlak pula. Tak salah rasanya.

    cahayamata: Betul. Kan bagus kalau semua orang memandang harta jiwa semata-mata.🙂

    atiQah: Ya betul! Sangat sangat lah mudah jadinya.

    ainunlmuaiyanah: Yerp. Yang lelaki pun tak sepatutnya goyang kaki saja kalau tahu isteri berharta. Dan isteri pula tak patut terlalu ego sampai hilang hormat kalau suami lebih kurang dari dia. Kena give and take lah kan?

    Terima kasih kalian atas komen-komen bernas ini. Thanx a lot!🙂

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: