RSS

Tag #3

12 Nov

Kena tag dengan cik Ainunl. Tengah serabut-serabut ini best jugak melayan tag. Jom buat jom…

1. Each player of this game starts off with 10 weird things/habits/little known facts about yourself.

2. People who get tagged need to write a blog of their own 10 weird things/habits/little known facts as well as state the rules clearly.

3. At the end, you need to choose 10 people to be tagged and list their names.

4. No tags back!

10 weird things/habits/little known facts about me (Tak ada lah weird mana pun sebenarnya. Tapi belasah saja lah…heh!) :

1.  Setiap kali makan, saya wajib letak kicap. Saya dan kicap tak boleh dipisahkan. Semua makanan saya bubuh kicap. Dari nasi putih, nasi lemak, nasi goreng, nasi paprik, ayam goreng, laksa, bihun, mee goreng…pendek kata semua lah. Cuma tinggal roti dan kuih-muih jek belum pernah cuba lagi letak kicap. Heh!

2. Saya tak boleh tidur kalau gelap dan sunyi. Rasa semacam saja. Jadi, mesti ada lampu terpasang dan lagu di radio berkumandang. Dulu, selalu dengar walkman sebelum tidur. Sekarang lebih suka dengar radio. Ouh, dan saya tidak boleh tidur kalau tak pasang kipas. Panas. Dulu, masa kecil-kecil pernah bergaduh dengan kakak. Saya tak mahu tutup lampu. Jadi, dia pergi tutup kipas. Sudahnya, dua-dua tak boleh tidur. Sebab saya tak boleh panas. Dan dia pula tak boleh keadaan terang. Tapi, ego punya pasal, dua-dua terkebil-kebil sampai ke pagi. Huhu…

3. Saya rasa saya ada ‘tocophobia’. Fear of pregnancy or childbirth. Sebab saya tak boleh dengar langsung cerita-cerita orang nak bersalin dan tengok gambar atau video orang bersalin. Saya jadi ngeri gila. Jadi makcik-makcik atau kakak-kakak yang nak cerita pengalaman bersalin, bukan pada saya lah tempatnya. Sebab saya akan lari jauh-jauh dulu sebelum sempat kamu kata “Sakit tau bersalin…” Benda itu tak perlu cerita. Itu nanti saya rasa sendiri. Kalau saya berani lah. Huhu.

4. Walaupun saya tahu bawa kereta, tapi saya masih fail kalau bab nak cam jalan. Kadang-kadang jalan yang dah lalu 10 kali pun boleh tersesat. En Kelambu kata, gejala ini dipanggil ‘mapholoses’. Heh!

5. Saya suka pegang tisu. Ha, ini pelik. Sebab tak semena-mena saya akan tarik sehelai tisu dan genggam sambil buat kerja. Kadang-kadang tak perlu lap apa-apa pun. Tapi, entah kenapa, tisu kena ada dalam tangan. Benda ini kadang-kadang tindakan separa sedar. Tak sedar pun bila masa ambil tisu, tiba-tiba jek tisu dah ada dalam tangan. Memang dah jadi habit kot.

6. Saya suka tengok perempuan yang berjubah dan bertudung labuh. Rasa sejuk jer mata yang memandang. Tapi, kalau lelaki berserban dan berjubah, saya tak rasa apa-apa pulak. Pelik.

7. Saya suka buat kerja saat akhir. Ini bad habit yang macam dah sebati dengan saya. Sebab bila kerja saat-saat akhir, rasa cemas itu yang menjadi ‘driving force’ untuk saya siapkan kerja. Adrenalin yang mengalir laju dan jantung yang bekerja dua kali ganda lebih cepat dari biasa baru boleh buat otak saya bekerja. Kalau tidak, saya jadi malas. Tekanan masa dan keadaan adalah pemangkin untuk saya siapkan kerja. Tapi, kalau kerja yang saya suka dan minat, memang dari awal-awal lagi saya akan mula buat.

8. Saya susah mahu pergi majlis-majlis yang ramai orang yang memerlukan saya pakai proper. Majlis kenduri kalau bukan kenduri kawan-kawan atau saudara, memang susah lah saya mahu pergi. Itu pun kalau mak paksa teman kan dia, baru lah saya pergi. Dean’s List Award Ceremony pun saya tak pernah pergi. Dah lah tak selalu dapat, bila dapat tak pergi majlis pulak. Adeyh! Entah kenapa, saya lebih selesa ambil sijil sendiri-sendiri di ofis. Ouh, dan segala dinner-dinner yang ada tema-tema pemakaian seperti ‘Bling-bling’ atau ‘Glamour and Glitter’ atau ‘Sexy and Funky’ atau entah apa-apa lagi, memang tak pernah lah saya jejak kaki. Memang tak ada semangat kemasyarakatan kot saya nih. Huhu.

9. Sebelum tidur, saya wajib baca buku. Jadi, kat tepi bantal saya memang bersepah lah dengan buku, novel atau majalah. Kadang-kadang tak habis baca dah terlelap. Tapi, mesti baca dulu walau sebaris dua ayat. Lepas itu baru boleh tidur.

10. Saya sangat sangat suka sampai jadi ‘addicted’ dengan coklat. Kalau tak makan coklat, saya jadi ‘agitated’ dan gelisah semacam. Dah nama pun ketagih. Apa jenis coklat saya makan kecuali V*ch*lle. Sebab dulu ada pengalaman ulat putih keluar dari coklat yang saya gigit. Lepas itu, taubat tak makan coklat jenama itu dah. Selalu, saya beli jenama Cadbury. Sebab sangat sangat sedap…mmmm…..~~

Cukup 10 fakta tentang saya. Saya tag Cik Amirah, Cik Cahaya, dan siapa-siapa yang rajin mahu buat, sila lah buat.

 

Ok. Mahu tidur peluk gembira. Selamat malam semua. =)

 
8 Comments

Posted by on November 12, 2008 in Saja Mengada, Tag

 

8 responses to “Tag #3

  1. JameL

    November 12, 2008 at 12:49 pm

    nice one kak sue..
    mmg klo duk diam² pk² smule, manusia mmg mmpunyai tabiat yg pelik² yg kkdng kite xprasan seumur idup..
    wuuu~
    just my thought..

     
  2. CAHAYA MATA

    November 12, 2008 at 5:29 pm

    owhh..!! SAYA ke…??
    emm.. SAYA dah pernah jawab tag ni dulu-dulu… hehehehe…

    tp tak lah sampai 10 kot.. masa tu soalan minta 7 je (kalau tak silap).. hikkk hikkk…

    ehh.. kita sama dlm bnyk perkara, tp ada juga beza dlm sesetengahnya… SAYA pun suka kicap.. tp tak suka coklat… SAYA pun suka membaca sebelum tidur.. tp tak leh tidur dlm cahaya terang benderang… hikk.. hikkk…

     
  3. po

    November 13, 2008 at 4:09 pm

    aku pelik aaa..

    apasal aku tak pernah kena tag?

    pelik aaa.

     
  4. tasikmerah

    November 14, 2008 at 4:36 pm

    gembira la bakal hubby yu dapat tau yu tidur tak tutup lampu.

    ha ha.

     
  5. sUe

    November 15, 2008 at 11:30 am

    jamel:a’ah..bila pikir-pikir balik memang banyak pulak benda pelik yang k.sue selalu buat. Mula-mula tu mcm byk sangat nak senaraikan sampai 10. Tapi, lepas buat rupanya byk sampai melebih-lebih pulak…huhu.

    cahayamata:hehe…saja mahu tag kamu…kalau dah buat, tak perlu lah buat lagi.tiada paksaan di sini.hehe…

    po:alahai…baiklah. biar saya orang pertama yang tag kamu. sila lah buat yer…😉

    tasikmerah:ayarkk..apakah maksudmu itu kak tasik? (pura-pura bertanya sambil buat muka innocent….hehe)

    psstt…harap-harap bakal husband (whoever he is) tak baca blog ini…ha ha ha..😆

     
  6. ainunlmuaiyanah

    November 15, 2008 at 6:44 pm

    yeah , akhirnya dia jwb tag kita. nak tag selalu la. hehe

     
  7. sUe

    November 16, 2008 at 1:34 am

    hehe…sila-sila lah tag selalu…
    tak kisah…
    boleh juga lah guna untuk update blog bila tak ada idea mahu tulis apa….😛

     
  8. amirahsyuhada

    November 16, 2008 at 5:10 pm

    cik amirah tu saya ke??? yipppe memang saya suka di blog..hehe tq

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: