RSS

Bebelan-bebelan di kala kebosanan…

06 Nov

Ini hanya bebelan-bebelan rambang sebelum ambil ‘mood’ untuk study…(kunun…)

Percubaan awal saya membaca surat khabar selepas entah-berapa-lama tak baca telah disambut dengan satu berita “girang gumbira”:

MEXICO CITY, 4 Nov – Sekumpulan penculik telah menculik seorang budak lelaki berumur 5 tahun di sebuah pasar di sini dan membunuhnya dengan menyuntik asid ke jantungnya – satu perbuatan ganas yang disifatkan sebagai kurang kejam yang dilakukan oleh penculik di Mexico. – sumber: Utusan Malaysia.

Ouh…kurang kejam ya? Meh sini nak suntik asid kat jantung ko…nak tengok kejam ke tak?? Urgh… budak itu baru berumur 5 tahun. Cuma muda setahun dari adik saya, Hafizul Hakimi. Apa dosa dia sampai dibunuh sekejam itu? Dah lah budak itu keluarganya memang miskin. Yang pergi culik buat apa??

BODOH!!!BANGANG!!!BAHALOL!!!!

Ini lah salah satu sebab saya tak suka baca surat khabar. Ia buat saya semakin paranoid dengan dunia yang penuh dengan “binatang”. Rogol, ragut, rompak, culik, bunuh dan macam-macam jenayah lagi. Ia buat saya rasa tidak selamat. Tidak tenteram. Sebab itu lah Steve Chandler menulis dalam buku nya “100 Ways To Motivate Yourself” – Don’t read newspaper. It will only limit your mind. Ya, saya rasa minda saya semakin dilimitasi dengan perkara-perkara begini.

Tapi, dalam masa yang sama, saya juga tak mahu jadi ‘katak di bawah tempurung’. Haih~

**********

Ouh, saya juga dapat tahu Barrack Obama sudah selamat di’Presiden’kan di US. Perasaan saya? Erm…kagum lah juga sebab dia orang kulit hitam pertama dan juga yang termuda pernah duduk di kerusi panas White House itu. Dan sebab dia juga ada susur galur Indonesian, jadi terkena juga lah tempias bangga itu sebagai rakyat Asia Tenggara.

Kemudian, saya baru teringat. Saya macam pernah terbaca entah-di-mana ( kalau salah, sila betulkan saya) yang kedua-dua calon ini, Obama dan Mc Cain akan terus komited meneruskan dasar mereka membantu Israel. Jadi apa bezanya President sekarang dengan yang dulu?

Selagi US membantu Israel, saya kira mana-mana Presiden pun sama saja. Tidak ada apa-apa yang nak dikagumkan pun. Jadi, saya kira Obama ini sama saja. Cuma mungkin dia tidak seagresif Bush. Entah.

Tak minat pula saya mahu ambil tahu. Kalau OSAMA yang jadi Presiden… Hah, THAT WILL BE INTERESTING…. Ok, saya dah merapu. Sila abaikan.

**********

Hari itu, masa dalam kereta, keluar di radio satu lagu Irwanshah ini. Korusnya berbunyi “Ku tunggu jandamu…” Terkejut lah saya. Saya tanya kawan-kawan “Eh, betul ke aku dengar “Ku Tunggu Jandamu”?”

Kawan saya kata “Eh, tak kan lah. Itu “Canda” lah…bukan “Janda”…”

Ouh…canda…logik juga lah. Mungkin sebab awek dia dah jarang bercanda, jadi dia asyik menunggu la “bila lah awek aku nak bercanda lagi dengan aku….” Itu yang jadi “Ku Tunggu Candamu”.

Tapi, tadi saya tengok video klipnya, memang betul lah tajuk nya “Ku Tunggu Jandamu”…. Adoiii..geleng kepala saya jadinya. Macam-macam lagu sekarang…

Dulu, saya pernah terdengar satu lagu ini…tak ingat siapa penyanyi dan tajuk lagunya…yang pasti ia lagu Indonesia. Korusnya lebih kurang begini:

Lekas,lekas, buka bajumu… Aku sedang menunggu…

Huh?? Apa kah?? Macam nak tercabut telinga saya yang mendengar ini sebab tak percaya korusnya begitu bunyinya. Mungkin tema biasa seperti cinta, alam, hidup, manusia, patriotisme, ketuhanan atau tema-tema lain sudah basi. Sudah bosan didengar. Jadi, tema seksual pula lah yang cuba mahu dikomersial. Adoyai….

Lepas ini, tak ada siapa-siapa ke yang mahu buat lagu “Ku Tunggu Dudamu” pulak? Haish~

**********

Minggu depan saya sudah mula peperiksaan akhir semester. Doakan saya ya?

*cuak*

Dah tau cuak, buat apa lagi berblogging nih? Pergi study!! – akal

Yer…yer…nak study lah ni… haih… – hati

 
7 Comments

Posted by on November 6, 2008 in Bengong, Dunia, Manusia

 

7 responses to “Bebelan-bebelan di kala kebosanan…

  1. kel@mbu

    November 7, 2008 at 1:59 am

    Ku tunggu jandamu? hahaha! serius lawak. mgkn ini dikatakan revolusi lirik dlm lagu..

    tak mstahil lepas ni ada lirik lagu, aku tunggu adik iparmu, atau aku tunggu kekasih kawan baikku..

    choii..😛

     
  2. Water Lily

    November 7, 2008 at 10:43 am

    Hahaha! Celoteh yang menghiburkan. Student tua ini juga asyik blogging dan menconteng rata rumah yang tak dikenali.

    Good luck untuk Sue.

     
  3. CAHAYA MATA

    November 7, 2008 at 2:40 pm

    huhhh..!! indonesian kan memang EXTREAM dlm bnyk hal.. hihihihiii… sebenarnya bnyk lagu indonesia yg diharamkan di malaysia.. tp ada jugak yg “terlepas” lembaga penapisan… mcm mana tu ekk…?

    p/s : owhhh… baru tahu si Obama tu ada susur galur indonesian juga yer.. emmm… Obama kot yg buat lirik lagu “Ku Tunggu Jandamu” ituuu… ehekkk ehekkkk….

     
  4. aTiQah

    November 7, 2008 at 5:19 pm

    Huih. Banyaknya celoteh kamu. Tapi saya seronok je baca. Tau tak apa yang paling saya risau sekarang, selain dari exam final semester ni? Saya risau pasal bakal PM yang banyak skandal tu. Huhuhuhu…

     
  5. akim

    November 8, 2008 at 12:28 am

    “Lekas,lekas, buka bajumu… Aku sedang menunggu…”

    Lucah sungguh…!!

     
  6. sUe

    November 9, 2008 at 1:58 am

    kel@mbu: hehe… mcm-mcm kan lagu2 skrg…huhu!

    waterlily:selamat singgah kak lily.Saya dah lama menyewa rumah kak lily…cuma belum berani menconteng lagi. Hehe…nanti saya tinggalkan jejak di sana…

    Thanx for the wish!😉

    cahaya mata: haha…boleh jadi jugak tuh…janda siapa la yang Obama tunggu tu eh? Adakah janda McCain? Atau Bush? Hehe…*merapu mode*

    atiqah:Huhu…saya pun risau benda yang sama. Itu yang pergi ulas pasal politik negara orang (US). Sebab malas dah nak ambil tahu pasal politik negara sendiri…sakit hati jek. Huhu…lepas ni nak ulas politik Venezuela pulak lah…hihu!😀

    akim: Yup…memang lucah…entah apa-apa kan?

     
  7. po

    November 9, 2008 at 4:16 pm

    Saya dalam proses menyiapkan satu lirik lagu yang judulnya adalah;

    ‘ku tunggu lakimu mati,kemudian aku akan menikahi kamu’

    akan diputarkan oleh radiu, tak lama lagi.

    oh ya, oleh kumpulan Meet Uncle Singh At The Bank Yesterday, He Smiled At Me.

    Sekian, terima kasih.

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: