RSS

Ibu saya pakar “psikologi terbalik”…

04 Nov

Ibu saya. Dia pakar “reverse psychology”. Saya rasa kalau dia tak ambil major kimia masa di UTM dulu, tentu sekarang dia sudah jadi ahli psikologi.

Selalu, bila dia menegur, dia tak pernah marah-marah. Malah, dia tegur secara lembut tapi menusuk ke hati. Sentap ke jiwa. Bergegar sukma.

Dulu, masa saya keluar dengan dia, dengan tudung yang diselempangkan ke bahu, ibu kata “Takpelah. Adik dah kahwin nanti, tanggungjawab suami adik lah yang tegur pulak.”ย  Tersentap ke hati rasanya. Automatik, saya turunkan tudung dan pin ke bawah macam budak baik. Oh, bukankah hipokrit itu perlu untuk menjaga hati ibu bapa?

Dulu, masa saya tersengguk-sengguk siapkan breakfast adik-adik di dapur akibat berjaga sampai pukul 5 pagi kerana tengok final EURO’08, ibu kata “Kalau qiyamullail sampai pukul 5 pagi itu, dah berapa dah pahala yang dapat agak-agak nya kan?” Sentap lagi sekali. Tapi, sebab mengantuk tak ada lah terasa sangat. Saya cuma angguk-angguk saja. Sambil tersengguk-sengguk.

Dulu, masa ibu datang UTP dan solat di masjid UTP, dia kata “Cantik masjid adik ni. Sejuk je…. Kalau mak jadi student kat sini dan ada kereta, tiap-tiap hari mak i’tikaf kat masjid…” dan ‘kebetulan’ masa itu memang saya bawa kereta ke UTP. Sentap lagi sekali. Tapi saya pura-pura tak faham.

Tadi, saya dapat mesej dari ibu:

“Apa khabar? Sibuk sangat ke? Kami sekeluarga sihat-sihat. Ayah pergi kursus di Langkawi. Suhaiza dapat nombor satu lagi. Saja nak bagitahu perkembangan terkini. Semoga berjaya final nanti. Good Luck!”

Aduh, ini dewa segala sentap. Rasa macam anak derhaka yang dah lupa keluarga pun ada. Huhu…

Hairan. Saya rasa baru saja Sabtu lepas saya call rumah. Mungkin sebab kebiasaan saya sejak sekolah menengah di asrama lagi wajib call ibu seminggu sekali walaupun sekejap, jadi bila saya tak call dah lebih 9 hari, ibu jadi ternanti-nanti.

Entah kenapa, benda-benda begini cepat sangat buat saya sebak. Tak suka kalau buat ibu rasa terabai atau terasa hati akibat kelalaian dan kecuaian saya sendiri.

“Baiklah mak…nanti adik topup hp, lepas habis presentation, adik call rumah ok…?”

ย 

ย 

 
9 Comments

Posted by on November 4, 2008 in famili

 

9 responses to “Ibu saya pakar “psikologi terbalik”…

  1. CAHAYA MATA

    November 4, 2008 at 1:54 pm

    SAYA pun tersentap jugak…!! owhhh…
    naluri ibu selalunya mengatasi semua perkara…

    p/s : SAYA pun pernah ditegur sebab berjaga mlm sebab tgk bola.. tp ayah yg tegur.. ehekk ehekkk… malu je rasa.. ;-p

     
  2. akim

    November 4, 2008 at 9:48 pm

    Naluri ibu mmg begitu…

    Untung ber”ibu”kan ibu yang sedemikian rupa….

     
  3. 13may

    November 4, 2008 at 10:31 pm

    adik…ooo…adik…

    belajar rajin2…

    good luck!
    ๐Ÿ™‚

     
  4. kel@mbu

    November 4, 2008 at 10:48 pm

    manusia bila umur makin meningkat, mmg akan guna reverse psychology scara tak lgsung.. cthnya mak ayah dgn anak2, abang/kakak dgn adik atau kwn2 tua dgn kwn2 muda.. ahaks.. tp, ini pendapat rambang saja.. hehe

     
  5. sUe

    November 5, 2008 at 7:41 pm

    cahaya mata: hehe…saya memang kalah dengan cik cahaya kalau bab fanatik bola…sebab saya cuma tengok time ‘final’ jek…huhu..

    ouh, ayah memang jarang guna ‘reverse psychology’ ni…dia cakap ‘direct to the point’. Orang lelaki memang macam tu kot?

    akim:untung memang untung…tapi telinga kena tebal sikit lah…huhu…

    13 may: haha..ini macam perli jek..hehe…terima kasih ‘abg’ May…๐Ÿ˜›

    kel@mbu: pendapat rambang tak apa.jangan mata rambang…hehe๐Ÿ˜› anyway, terima kasih atas pendapat kamu.๐Ÿ˜‰

     
  6. anep

    November 8, 2008 at 2:29 am

    hari2 ayah sy telefon sy,
    hari2 dia akan cakap benda yg sama kpd sy,
    boring kekadang mendengarnya,

    tp sy bersyukur kpd-Nya,
    sbb masih punyai seorg bapa,
    harap kamu begitu juga yah..

    wonder if one day before he die,
    will he say “I am lucky to have you as one of my sons”?

     
  7. sUe

    November 9, 2008 at 1:49 am

    “A dad is someone who
    holds you when you cry
    scolds you when you break the rules
    shines with pride when you succeeds
    and have faith in you even when you fail…”

    ~quote from ‘Unknown’

    Bagus ayah kamu…tiap-tiap hari call…
    Sangat caring…
    And don’t worry anep…
    I think he is a very lucky father…๐Ÿ™‚

     
  8. Minda GXTRA

    April 17, 2012 at 10:19 am

    Memang menarik dan boleh dicuba pada anak-anak tapi satu kemuskilan umur berapa yang sesuai nak gunakan psikologi nih.

     
    • sUe

      May 10, 2012 at 3:43 am

      err..maaf, saya tak pasti. mungkin boleh rujuk pakar psikologi.

       

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: