RSS

Kerana Dia memang tahu….

30 Oct

“Eh, dia pun datang ESQ?” ‘Dia’ itu merujuk kepada seorang teman yang saya kenali sebagai sangat sempoi dan selamba orangnya.

“Ouh, dia ok. Otak dia ‘centre'” Kata sahabat.

“Hah? Otak centre? Macam mana tu?” Hairan. Sebab selalu yang saya dengar otak ‘centre ini merujuk kepada orang yang waras pemikirannya. Selalu kalau orang gila atau yang sewel2 sikit, kita panggil dia otak ‘tak centre’. Takkan orang yang tak pergi ESQ maksudnya tak ‘centre’? Tak waras?

“Otak centre la…maksudnya setengah orang ada yang tak mahu langsung benda-benda agama ni. Dengar pun tak mahu. Setengah orang pula jenis yang suka sangat sampai jadi ekstrim. Budak itu kira centre la. Cukup-cukup, elok-elok saja.” Panjang lebar sahabat menjelaskan.

“Ouh…habis saya ini otak centre ke?” Saya sengaja mengada-ngada mahu tahu.

“Tak….saya rasa awak ke arah positif…” Dia menjawab. Perlahan tapi penuh yakin.

**********

Saya tersentak. Terdiam. Tidak tahu bagaimana mahu bereaksi.

Kerana sungguh saya rasakan dia sebenarnya telah tertipu. Dengan fizikal atau luaran saja.

Kalaulah dia tahu siapa sebenarnya saya di sebalik tudung dan baju kurung yang sopan…

Kalaulah dia tahu segala dosa-dosa masa lampau saya yang memualkan….

Kalaulah dia tahu sisi-sisi gelap saya yang sungguh-sungguh mahu saya singkir dari kotak ingatan…

Kalaulah dia tahu ‘tengkorak-tengkorak’ yang bersusun dalam almari saya yang cuma menunggu masa untuk jatuh bertaburan….

Kalaulah dia tahu….

Kalaulah dia tahu….

**********

“Kenapa risau dia tahu bila Allah Yang Maha Tahu, tak pernah pula kau risau?”

Tiba-tiba soalan itu hinggap menghempap kepala. Bagai halilintar yang menyambar telinga. Sungguh. Jika dosa itu sesuatu yang boleh dipikul manusia secara nyata, bagai manusia memikul kayu api, nescaya saya akan terperosok jatuh ke dasar bumi paling dalam. Akibat segala dosa-dosa yang terhenyak ke bahu saya. Yang sangat berat hingga tak terpikulkan. Yang sangat banyak tak terhitungkan.

*Sedih*

Tuhan, sungguh aku tak layak ke syurga-Mu. Hanya ampunan-Mu yang ku damba.

Ampunkanlah….Ampunkanlah….Ampunkanlah…..

 
3 Comments

Posted by on October 30, 2008 in jiwa kacau, Peribadi, Refleksi

 

3 responses to “Kerana Dia memang tahu….

  1. amirahsyuhada

    October 30, 2008 at 10:18 am

    sue, awak betul2 sentuh hati saya. Kadang2 saya rasa saya byk hipokrit, orang tak pernah nampak the other side of me. Dan awak mengingatkan saya tentang sesuatu yang dah lama saya lupakan.

     
  2. tasikmerah

    November 1, 2008 at 12:27 pm

    tinggalkan yang lalu…

    .

     
  3. sUe

    November 1, 2008 at 3:07 pm

    amirahsyuhada: Maaf, jika saya mengingatkan awak pada sesuatu yang awak nak lupakan. Tak berniat pun sebenarnya. Cuma kadang-kadang terfikir betapa manusia ini ber’topeng’ saja sebenarnya.Hurm…

    tasikmerah: Terima kasih kak Tasik. Sekarang sedang dalam proses untuk melupakan…..hurm…

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: