RSS

Kisah kuali buruk saya…

29 Oct

Di rumah saya ada satu kuali. Saya anggap kuali tu macam kuali sendiri walaupun ayah yang beli kuali itu. Selalu kalau nak masak apa saja, saya akan cari kuali itu dulu. Kalau tak jumpa, saya akan tanya “Mak, kuali adik kat mana mak?” Mak pun tahu saya dah mengisytiharkan pemilikan sendiri ke atas kuali itu. Kadang-kadang kalau mak atau akak tengah guna kuali itu, saya sanggup tunggu diorang habis masak supaya saya boleh basuh dan guna balik kuali itu untuk masak benda lain pula.

Saya suka kuali itu sebab ajaibnya (dengan izin Tuhan), apa saja yang saya masak jadi sedap kalau guna kuali itu. Terutama sekali kalau goreng telur. Telur yang digoreng guna kuali itu memang luar biasa lazatnya. Saya pun tak tahu kenapa. Kuali itu ada magis sendiri.

Anehnya, kuali itu tak canggih mana pun. Lebih 20 tahun ia tinggal di dapur rumah kami. Sudah kemik-kemik di sana sini. ‘Telinga’ nya dah sumbing macam apa entah. Dan paling ketara sekali, kerak-kerak hitam di bontotnya memang tebal dan keras nak mati. Macam dalam cerita Pak Belalang tu, bila ayah dia suruh buat kopi dan Belalang pun kikis bontot kuali. Hah, kerak nya macam itu lah. Mungkin kuali saya lebih teruk. Lebih keras, tebal dan hitam. Susah sungguh nak ditanggalkan. Sampai dah tak nampak besi yang menjadi elemen asal kuali itu.

**********

Kuali itu sebenarnya mengingatkan saya dengan hati sendiri. Saya selalu terfikir “Entah-entah hati aku macam bontot kuali ini tak? Keras, hitam dan berkerak tebal sebab penuh berselaput dosa….”

Pernah saya cuba tanggalkan kerak hitam itu. Puas saya kikis dengan pisau, tapi susah sungguh nak tanggal. Konon-kononnya kalau kuali itu boleh dibersihkan, hati saya pun kiranya ada peluang lah untuk dibersihkan juga. Konon-kononnya lah.

Tapi, kerak kuali itu masih sama. Masih hitam, masih keras, masih buruk amat rupanya.

**********

Hari itu, saya tak jumpa kuali itu dah. Bila saya tanya mak, dia jawab “Dah buang. Sebab dah buruk sangat rupanya.”

Saya jadi sedih.

Saya masih harap kuali itu masih boleh dibersihkan. Atau sekurang-kurangnya boleh digunakan untuk masakan saya.

**********

Sebab itu lah saya pergi ESQ Training. Supaya hati yang keras dan buruk bersalut dosa dan noda ini mampu dibersihkan kembali. Dengan harapan jiwa yang kosong, yang gelap dan makin tenat ini mampu untuk diisi, diterangi dan disembuhkan kembali.

Sebab saya tak mahu hati saya melalui pengakhiran yang sama macam kuali saya. Sudah tak boleh dibersihkan lagi. Akhirnya, mati terbuang dengan sia-sia.

**********

Tuhan,

Ini hatiku yang tak seberapa,

Ini hatiku yang buruk rupanya,

Ini hatiku yang berlumur dosa,

Tuhan,

Kuharap sudilah Kau terima,

Hatiku yang tak seberapa,

Kerana Tuhan,

Sesungguhnya aku sudah

Tak punya siapa-siapa

Tak punya siapa-siapa….

**********

Sekarang, telur yang saya goreng sudah tak sedap macam dulu.😦

 
Leave a comment

Posted by on October 29, 2008 in Pengalaman, Peribadi, Refleksi

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: