RSS

Yang namanya tabah itu…

17 Oct

Makcik itu peluk dan cium saya. Berkali-kali. Cium pipi kanan. Cium pipi kiri. Cium dahi.

Katanya “Makcik dah tak ada orang-orang yang makcik sayang. Tapi, tengok Ila dah besar panjang. Dah mengaji pandai. Tengok Ida pun dah kahwin. Sejuk juga lah hati makcik.” Dia senyum.

Makcik itu ditakdirkan Tuhan dengan sehebat-hebat dugaan. Dia kehilangan orang yang dia sayang dalam sekelip mata. Tiga orang sekaligus. Suami nya meninggal akibat barah usus. Tak lama kemudian, anak perempuannya pula meninggal akibat barah otak. Dan kemudian, anak lelakinya yang pernah menjadi teman sepermainan saya masa di kampung, meninggal akibat haemophilia.

Ibu kata “Tuhan tak akan duga hamba-Nya di luar kemampuan mereka.” Jadi, saya kira makcik itu cukup tabah. Dia diduga sehebat itu menunjukkan tahap ketabahan dia cukup tinggi.

Saya rasa saya tidak mungkin setabah itu. Mungkin tahap piawaian ketabahan saya rendah serendah-rendahnya. Mungkin dugaan yang ‘layak’ untuk saya paling hebat pun cuma putus cinta picisan dengan lelaki-lelaki picisan. Ya, saya memang tak mampu nak menandingi ketabahan makcik itu bila melibatkan hal-hal kematian.

Makcik itu masih mampu tersenyum ceria. Kalau saya jadi dia, mungkin saya dah lupa.

Nak senyum itu bagaimana….

 

 
2 Comments

Posted by on October 17, 2008 in Manusia, Refleksi

 

2 responses to “Yang namanya tabah itu…

  1. tasikmerah

    October 18, 2008 at 12:22 pm

    aku?

    entahkan tabah..

    entahkan mati jiwa…

    .

     
  2. sUe

    October 19, 2008 at 5:02 pm

    Kita manusia…
    Cuma mampu berdoa…
    Supaya tabah itu milik kita…

    InsyaAllah…

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: