RSS

Paranoia seorang adik…

14 Oct

Kalau kamu kenal kakak saya, kamu akan tahu, dia adalah ‘family woman’ nombor satu. Keluarga dan kawan-kawan adalah prioriti utama. Teman lelaki letak nombor dua. Dia tak kuasa untuk bergaduh atau bermasam muka dengan keluarga sebab seorang lelaki. Dan mujur, suaminya sekarang sangat penyabar dan memahami. Mungkin percintaan selama 8 tahun buat dia sudah masak dengan perangai kakak saya.

Jadi, bila dia mahu kahwin, saya rasa lain macam. Sebab ini kali pertama adik beradik saya kahwin. Saya tak tahu rasa dia macam mana. Dari interview saya dengan kawan-kawan yang kakak nya dah kahwin, mereka cakap kakak kita akan jadi lain lepas kahwin. Dia kena lah ikut suami dia. Tak boleh dah nak beronggeng sakan atau berhu-ha sana sini dah. Tambah-tambah kalau dia pregnant. Memang nampak dia macam dah dewasa tahap dewa walaupun masa bujang dia lah orang paling gila-gila dalam dunia.

Oleh itu, saya cuba bersedia untuk terima hakikat kakak saya mungkin akan jadi lain lepas kahwin. Saya dah tak boleh bergossip sakan dengan dia sampai tengah malam sambil gelak kuat-kuat macam pontianak harum sundal malam. Saya dah tak boleh nak tengok wayang atau makan KFC berdua dengan dia. Saya dah tak boleh kutuk atau buat lawak bodoh dengan dia depan suami dia. Sebab dia akan jadi isteri orang. Dulu, dia cuma kakak saya. Tapi sekarang, walaupun dia masih kakak saya… dia juga adalah isteri orang. Ada dua tanggungjawab di situ.

Jadi, saya fikir mungkin saya akan jadi sedikit ‘sunyi’. Sebab saya sudah tidak ada geng. Saya membesar dengan dia sampai umur 13 tahun. Lepas itu baru lah ada adik-adik saya. Jadi, lepas dia kahwin, saya rasa macam kehilangan sesuatu. Takkan saya mahu geng dengan adik-adik saya yang masih kecil itu. Gila tak thrill! Huhu…

Tapi, lepas akad nikah dan kenduri, saya lihat kakak saya memang tak berubah. Malah, langsung tak berubah. Masih sama macam dulu. Keluarga dan adik beradik tetap nombor satu. Sampai saya pula yang jadi hairan. Sampai saya langsung tak rasa apa-apa kehilangan. Sebab dia masih sama. Masih gila-gila dan sangat suka ketawa.

Bila dia yang beriya mahu makeup kan saya (yang buta makeup ini) padahal dia sepatutnya turun ke bawah layan tetamu yang datang dan;

Bila dia suruh saya duduk sebelah dia masa akad nikah di masjid ( ibu tak datang sebab sibuk uruskan orang catering) walaupun saya kata ” wei, aku rasa mak mentua hang la kena duduk kat sebelah hang ni…” dan dia balas sambil tersenyum “Takpa, hang lagi penting…”, dan

Bila dia asyik tercari-cari saya masa setiap sesi bergambar supaya saya ada sekali dalam gambar-gambar nya, dan

Bila dia insist saya jadi pengapit walaupun makcik-makcik kata “Tak boleh suruh Ila. Nanti dia hilang seri bila kahwin…” dan kakak saya jawab dia tak percaya karut-mengarut itu dan tetap mahu saya kerana saya orang penting bagi dia, dan

Kemuncaknya bila dia pusing belakang dan berborak dengan saya sepanjang perjalanan semasa hantar saya ke UTP dan suaminya yang memandu di sebelah jadi macam halimunan;

Tiba-tiba saya terasa sesuatu yang sungguh aneh. Perasaan aneh ini saya tak pernah rasa sebelum ini.

Ya, saya rasa macam dah “rampas” kakak saya dari suami dia. Pelik kan?

Dan faham-faham saja lah. Bila kata “rampas” itu maksudnya kita tahu benda itu bukan milik kita dan kita tak sepatutnya melebih-lebih dari pemilik sebenarnya. Itu lah yang saya rasa sekarang. Saya rasa saya dah melebih-lebih dengan kakak saya sampai saya risau suami dia kecil hati dengan saya. Gila kan?

Lalu saya ingatkan dia ” Asrul bukan boyfren hang dah. Dia dah jadi suami. Syurga hang kat bawah tapak kaki dia… ingat tu wey…”  Dia angguk sambil ketawa-ketawa.  

Mungkin saya yang terlebih risau. Mungkin kakak saya sebenarnya malu nak tunjuk ke’mesra’an dia dan suami. Mungkin kakak tak mahu saya rasa macam dipinggirkan kalau dia terlebih pentingkan suami. Mungkin kakak cuma reserved aksi manja dan romantik bila dia cuma berdua dengan suami. Mungkin. Mungkin.

Dan jauh di sudut hati, saya yakin saya tak perlu risau apa-apa. Saya langsung tak hilang kakak saya. Sebaliknya saya yang dapat seorang abang. So, Mr Asrul Khairi, welcome into the family!😉

 
3 Comments

Posted by on October 14, 2008 in famili

 

3 responses to “Paranoia seorang adik…

  1. Anonymous

    October 17, 2008 at 9:58 pm

    haha..
    saya pun ada akak yang dah kawen
    dia tak berubah pun after kawen, still gilak2 jugak
    tapi akak biasanya tak berubah kalau suami dia leh terima dia seadanya. macam suami akak saya, sama2 gila.. hehe

     
  2. D'heart

    October 19, 2008 at 3:59 pm

    huhu sonoknye bace…not like my family…sume dalam dinia sendiri…..i got 8 siblings tp semua perange len2 n buat hal masing2 je…..

     
  3. sUe

    October 19, 2008 at 4:54 pm

    Anonymous:
    hehe…bagusla macam itu.
    Kakak saya pun sama.
    Still sempoi macam masa bujang jugak.
    Suami kakak saya pendiam sikit.
    (ke saya yang tak pandai nak berborak sebenarnya?huhu):mrgreen:

    D’heart:
    Alahai…sedih jek bunyinyer…
    Takpe…kalau diorg buat hal sendiri, cuba kita pulak yg dekati diorg…tak salah kan?
    p/s: Saya pun buat hal sendiri dgn adik2 saya…sebab diorang kecik lagi…baru sekolah rendah…tak geng ngan saya…huhu….tapi diorg yg dtg nak manja2 ngan saya…haha!😀

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: