RSS

Kakak saya mahu kahwin dan saya pula yang kelam kabut.

09 Oct

 

Esok kakak saya akan nikah. Kakak saya yang mana? Yang satu itu lah. Kakak kandung saya. Saudara seibu sebapa saya. Sedarah sedaging saya. Musuh ketat (masa kecil) dan kawan baik (masa kecil dan besar) saya. Kaunselor dan confidante saya. Tempat saya menyimpan dan meluah segala rasa dan cerita. Sahabat bergossip saya. Yang bersama saya ketika susah dan senang saya.

Kakak saya yang terchenta, yang tersayang, yang terkasih, yang ter’intan payung’, yang ter ‘bucuk2′, yang ter’muah-muah’. Ah, kakak yang itu lah. Yang saya hadap mukanya selama 24 tahun. Yang tua cuma setahun dari saya.

Sekarang sudah mahu kahwin. Banyak benda saya mahu cerita tentang satu-satu nya kakak saya itu. Tapi, masa tak mengizinkan. Iya lah. Mahu compress kan cerita hidup bersama selama 24 tahun tentulah agak sukar dan rumit kan?

Nanti lah. Saya ceritakan kemudian.

Sekarang saya dalam dilema. Saya tak tahu mahu balik esok atau hari ini. Awalnya, saya dah rancang mahu balik esok pagi. Sebab dia nikah tengahari. So, saya rasa sempat kot saya balik tengok dia.

Tapi, tadi saya call dia.

Dia bising-bising sebab banyak kerja dan tak cukup kaki tangan. Yang ada cuma ayah, ibu, dia, dan 3 orang budak kecik yang masih belum cukup gagah perkasa untuk buat kerja-kerja tentang kenduri. Kesian pulak saya. Mengenangkan dia dan famili sibuk-sibuk menghias pelamin atau buat door gift yang berlambak bila saya di sini goyang kaki tulis blog, buat saya rasa tak berguna. Rasa tak bertanggungjawab.

Walaupun dia sebenarnya tak kisah bila saya balik, tapi saya rasa sebagai adik, saya perlu lah bersama dia ketika saat-saat akhir dia sebelum jadi isteri orang.

Tadi saya tanya dia “Wei, tangan dah inai belum?”

Dia mengeluh “Belum lagi…tak ada masa…”

Aduh, mahu menitik air mata saya rasanya. Ah kakak, jangan risau. Adikmu akan pulang hari ini. Akan ku inaikan tanganmu kakak.

Dan untuk satu insane moment, saya rasa seperti mahu peluk dia erat-erat dan dakap dia kuat-kuat dan mahu bagitahu dia ” Jangan risau. Semua nya akan jadi OK…” ( Kami jarang berpeluk pun sebenarnya. Kami adik-beradik yang sukar tunjuk perasaan sayang. Jenis yang suka kutuk-mengutuk dan buat lawak bodoh. Elemen sentimental tidak ada dalam hubungan kami)

Jadi, saya ambil keputusan untuk pulang hari ini. Walaupun sekarang sudah pukul 5 petang. Dan saya tak tahu saya boleh dapat bas pukul berapa. Walau ada kemungkinan untuk saya tidur di stesen bas Gopeng sebab bas yang ada cuma pukul 10 atau 11 malam atau mungkin 1 pagi. Itu pun mungkin bas ke Butterworth sebab saya rasa bas ke SP paling akhir pukul 5 petang. Walaupun saya mungkin akan sampai ke Butterworth pagi-pagi dan tak tahu nak balik naik apa pula ke SP.

Yah, susah payah itu akan saya tempuhi. Untuk kakak saya yang seorang ini. Yang saya sayang-sayang-sayang dan sayang lagi sepenuh hati.

Ok. Mahu packing!

                   

Kakak saya yang sudah tua bersama adiknya yang masih muda remaja. Heh!😉

 
4 Comments

Posted by on October 9, 2008 in famili

 

4 responses to “Kakak saya mahu kahwin dan saya pula yang kelam kabut.

  1. tasikmerah

    October 13, 2008 at 5:21 pm

    lawanya dia dan kakak dia…🙂

    selamat pengantin baru ye kakak..🙂

     
  2. ainunlmuaiyanah

    October 14, 2008 at 12:50 am

    kita pernah jadi best girl untuk kakak kawen
    mas atu umur baru 15 tahun
    penatnya jgn katalah..
    letih
    tapi yang indahnya, benda tu org paling kenang sampai sekarang

    “oh, ur best girl tyme ur wedding eh’ kata kawan-kawan akak yang hensem kalau jumpa diorg
    heh!

     
  3. kel@mbu

    October 14, 2008 at 1:57 am

    adik die bila pulak.. hehe..

     
  4. sUe

    October 14, 2008 at 3:10 am

    tasik: Alamak kak, jangan tertipu. Ada maksud gambar itu di’hitam-putih’kan. Untuk sembunyikan jerawat-jerawat yang bertaburan. Hehe…😛

    ainun: wah, hensem-hensem ke diorang? Apa lagi cik ainun…*sambil kenyit-kenyit mata* Haha!

    kel@mbu: Tahun depan bulan 12! (jawab dengan yakinnya) Calon tak ada tak apa. Yang penting tarikh mesti ada dulu. Hehe! pssstt…soalan ni femes gila masa kenduri hari tu…haih~

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: