RSS

Ini kisah crush bodoh yang tidak akan ada sebarang susulan.

09 Oct

Ini temujanji pertama. Bukan temujanji sebenar pun. Cuma berJANJI mahu berTEMU untuk serahkan barang. Itu saja. Tak ada apa yang thrill nya.

Tapi, temujanji ini cukup buat saya rasa semacam. Sebab ini kali pertama mahu bertemu. Sebelum ini tak pernah pun bersua muka. Cuma adalah ber SMS sekali sekala. Itu pun jarang-jarang gila.

Jadi, malam itu saya sarungkan apa yang patut. T-shirt serabai dan jeans lusuh, tudung tanpa anak, dan sepasang selipar bodoh warna coklat. Tidak ada bedak muka tidak ada apa. Memang simple dan selekeh la jugak. Sebab mahu turun koperasi jer pun. Apa kes sampai mahu bermekap bagai? Kang nampak sangat beriya pulak!

Janji pukul 8.30. Tapi Rule of Thumb mahu jumpa saya ialah: Kamu yang tunggu saya. Bukan saya yang tunggu kamu. Unless kamu bakal majikan atau interviewer saya. Hah, masa itu bolehlah saya cuba jadi punctual… 😉

Jadi saya turun lambat sikit. Pukul 8.35. Tengok depan koperasi dia tak ada. *Hampa*. Masuk koperasi. Window shopping apa yang patut. Tiba-tiba dia tegur.

*Terkejut*

Tengok muka Takeshi Kaneshiro itu, terus terlupa apa benda yang saya nak cakap. Semua kata-kata yang dah dirangka keluar terus dari minda. Sebab dia sungguh kachak tak ingat dunia. Ha-ha.

Sudahnya, saya merapu meraban tak tentu hala. Adoilaaa…Free Smiley Face Courtesy of www.FreeSmileys.org

Apalah kamu Suhaila, tak cool langsung! Tapi, walaupun saya dah tak ingat apa benda yang saya cakap, malam itu saya naik ke bilik dengan senyum lebar sampai ke telinga. Dan debar yang masih belum hilang dari dada. Heh!

Ouh, tidak. Saya tidak jatuh cinta. Ini hanya “rasa”. Sekelumit dan setitik “rasa” yang saya pun tak tahu nak definisikan apa. Tapi ia muncul dan terbit dari ruang jiwa. Kekal di situ dan tak berganjak ke mana-mana.

Ah, lupakan saja Suhaila.

Mamat macam itu yang hensem nak mati, ditambah lagi dengan peramah dan berbudi pekerti, tentu saja berderet-deret gadis yang berbaris mahu menyerahkan hati (sila baca betul-betul. HATI ya? Bukan DIRI.) Tentu tak ada masalah nak cari yang seksi macam Angelina Jolie. Atau yang hok-chomey-nak-mapoh macam Alexis Bledel pun tentu ada tengah menanti…

Lagipun, saya Melayu tipikal yang tak suka bersaing. Nak harap saya yang mula kan dulu, memang kirim salam lah. Jadi, kesimpulannya, lupa kan saja dong!

*bungkus “rasa” elok-elok dan campak ke Sungai Perak. Done!*

Mudah suka. Mudah juga lupa. Mudah kan jadi saya? Heh!Free Smiley Face Courtesy of www.FreeSmileys.org

Ouh, cakap pasal Takeshi Kaneshiro, saya teringin-ingin-ingin sangat nak tengok filem terbaru dia… Accuracy of Death. Macam best jer. Tapi tak tahu lah bila. Agaknya kena tunggu orang share dekat DC++ jugak lah jawabnya. Huhu.

                                    

 
2 Comments

Posted by on October 9, 2008 in Saja Mengada

 

2 responses to “Ini kisah crush bodoh yang tidak akan ada sebarang susulan.

  1. Uena

    October 14, 2008 at 3:24 am

    wah..xcite!!
    sape2??
    nk kenal jugaK + beratur. hahahah~

     
  2. sUe

    October 14, 2008 at 4:54 am

    hahaha!
    nak kena citer ke?
    tak penting pun citer ni…
    saje jek letak sini…😛

    p/s: uena dah tak layak dah la nak beratur….nanti ada orang marah… hehe!

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: