RSS

Perihal perempuan, lelaki, shopping raya dan sabar.

08 Oct

Temankan seseorang yang namanya perempuan pergi bershopping raya memang lah satu kaedah penyeksaan alaf baru. Kerana yang namanya perempuan itu, cerewetnya bukan main-main. Dan mereka serta merta akan berubah dari manusia lemah lembut ke makhluk gagah perkasa semasa shopping especially masa shopping raya.

Yah, saya adalah perempuan. Dan saya mengaku, saya juga gila bershopping. Tapi, temankan ibu bershopping raya hari itu memang membuka mata saya betapa dahsyatnya perempuan bila bershopping.

Temankan ibu bershopping raya di bulan puasa, seksanya memang berganda-ganda. Ibu saya tidaklah cerewet mana cuma dia ada kekuatan luar biasa yang boleh berjalan dari satu kedai ke satu kedai lain tanpa penat dan jemu semata-mata mahu cari sehelai jubah baru.

Berjalan jauh di tengah hari buta tapi tetap tak jumpa baju yang memikat citarasa memanglah sungguh memenatkan. Memang penat gila nak mati. Sampaikan saya memujuk-mujuk ibu mahu balik, baru lah dia akur.

Masa temankan ibu tu, saya ternampak seorang pakcik ini. Sebab terlalu penat temankan isteri, dia capai bangku merah dan terus terduduk penat. Isterinya datang tunjukkan baju “Cantik tak baju ni bang?” Pakcik itu mengangguk lemah “Cantiiikkkkk yannnggg….”

Melihat pakcik itu buat saya hampir ketawa. Dan kagum juga sebenarnya. Sebab itu lah saya rasa, lelaki yang sanggup temankan ibu atau kakak atau adik perempuan atau isteri atau teman wanita bershopping raya, wajarlah dikalungkan bunga dan diberi anugerah “Lelaki Penyabar Dunia”.

Sebab hakikatnya lelaki tidak gila atau cerewet sangat bila bershopping macam perempuan. Tapi, mereka tetap mampu menunggu berjam-jam bila temankan perempuan shopping.

Bila melihatkan pakcik itu, saya terfikir satu benda. Kalau dah kahwin, kalau kata kan suami saya bukan jenis sabar suka menunggu, saya tidak akan suruh dia temankan saya. Saya boleh saja shopping seorang diri atau bawa anak temankan.

Macam ibu saya. Yang selalu shopping seorang atau kadang-kadang bila saya balik, dia akan ajak saya. Sebab ayah ada lah lelaki yang payah nak menunggu. Dia boleh menggelepar macam cacing kepanasan kalau terlalu lama menunggu. Dulu, ayah pernah tunggu saya di bank selama setengah jam. Itu pun dah buat saya cukup rasa terharu!

Masa shopping raya dengan ibu itu juga, saya jumpa macam-macam karenah lelaki yang tengah menunggu yang tersayang memilih-milih baju. Ada yang duduk, ada yang muka tension semacam, dan ada juga yang tengah mengendong anak kecil. Tapi, mereka masih tetap sabar dan setia menunggu.

Jadi, kepada kamu yang pernah temankan isteri atau ibu atau kakak atau adik perempuan atau teman wanita bershopping especially shopping raya TANPA merungut sepatah pun, SYABAS saya ucapkan. Memang tabik spring sama kamu.

Tapi, bila difikir-fikirkan kembali, ini saja lah sekelumit permintaan perempuan especially yang bergelar isteri kepada lelaki yang bergelar suami. Lepas hampir putus urat nak lahirkan anak suami, kemudian penat-penat masakkan untuk suami, seterika baju suami, kemaskan rumah dan bilik yang suami sepahkan, basuhkan baju suami, berkongsi duit gaji dengan suami, bekerja untuk ringankan beban kewangan suami dan benda-benda lain lagi demi suami, saya kira the least yang suami boleh buat hanyalah: dengan sabar temankan isteri shopping.

Lepas segala-gala pengorbanan isteri, setakat temankan dia bershopping raya selama 5 jam, apa lah sangat kan?

Nota kaki: Ini hanya dalam konteks ibu dan isteri. Kalau cuma teman wanita, saya kira masih boleh dimaafkan jika tak mahu temankan. Tapi selalunya lelaki ini, masa bercinta, masa belum dapat lagi, masa ini lah beriya-iya sanggup buat apa saja. Lepas kahwin? Ada yang masih penyabar sampai 30 tahun (macam pakcik tadi). Tapi, banyak juga yang dah buat tak kisah lepas 5 tahun.

Hai…entahlah!

p/s: Orang lain buka cerita lepas raya. Saya balik semula ke cerita sebelum raya. Menentang arus betul. Huhu!

 
3 Comments

Posted by on October 8, 2008 in Manusia

 

3 responses to “Perihal perempuan, lelaki, shopping raya dan sabar.

  1. tasikmerah

    October 8, 2008 at 3:02 pm

    aku juga jenis makhluk yg bila bershopping mampu utk berjalan berbatu2.. ha ha.. hubby mmg tak bawak.. kesian.. takut dia tak larat nk ikut.. he he.

     
  2. pjoe

    October 8, 2008 at 3:27 pm

    tak perlulah aku tulis perihal tentang ini di blog
    tahniah!😛

     
  3. sUe

    October 14, 2008 at 3:04 am

    tasik: Akak sama macam mak saya. Shopping memang tak akan bawak husband. Saya pun nak buat camtu jugak nanti. Tapi, ‘nanti’ tu entah bila…haha🙂

    pjoe: ya, saya memang mahu memudahkan kamu.😉

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: