RSS

Kekasih, cepatlah sembuh…

07 Oct

Saya sudah kembali.

Ada siapa-siapa yang rindu? Ahh…tak usahlah mengaku. Nanti saya jadi maluFree Smiley Face Courtesy of www.FreeSmileys.org…muehehehe! *gelak perasan* ( ouh, sila muntah di toilet bowl sana, ya ? Di depan laptop atau komputer adalah tempat yang tidak sesuai untuk menadah muntah kamu…heh!)

Maaf. Sebenarnya itu girang yang dibuat-buat saja. Mahu menutup hati yang sedang gundah gulana. Mengenangkan kekasih hati yang entah kenapa ditimpa sakit misteri luar biasa.

Sekarang hati dirundung walang mengenangkan sang kekasih. Sejak akhir-akhir ini dia seperti sedang sakit. Sudah tidak responsif bila saya menyentuh atau membelainya. Sudah tidak ingat apa yang saya suruh. Lain yang disuruh, lain yang dibuatnya. Sudah pandai degil tidak mahu menerima suntikan ubat penghalang virus.

Saya rasa dia merajuk. 6 tahun bersama saya, saya selalu mendera dia. Menemankan saya bersengkang mata untuk siapkan segala tugasan yang ada. Kadang-kadang sampai 4-5 hari lamanya. Dia tidak pernah merungut atau bersuara malah masih setia temankan saya.

Tapi, di saat-saat saya betul-betul perlukan dia, dia mula sakit-sakit. Sejak zaman diploma hingga sekarang, banyak duit saya laburkan untuk ubati dia. Sekarang, dia sakit lagi. Alzheimer barangkali. Menyebabkan hati saya rusuh. Membuatkan jiwa saya jadi risau dan tak keruan. Ouh, sungguh tertekan!

                      

Nota kaki: Khamis ini saya akan hantar En Acer untuk diubati oleh Dr Wadieq, pakar bahagian komputer. Saya harap dia boleh bertahan. Sekurang-kurangnya sampai tahun depan atau 2 tahun atau 3 tahun lagi atau bila-bila saja bila saya mampu gantikan dia dengan En Acer yang lain pula…

Ouh, sila abaikan wayar yang berselirat di belakang itu. Itu mahu menggambarkan urat kepala pemiliknya yang turut berselirat serabut macam itu juga… huhu!

 
4 Comments

Posted by on October 7, 2008 in jiwa kacau, Saja Mengada

 

4 responses to “Kekasih, cepatlah sembuh…

  1. Uena

    October 7, 2008 at 3:22 pm

    hahaha..
    da agak dah!!!
    puh2~~
    bijak2…una ni kan~~
    anak sapa laaa ye😛

     
  2. sUe

    October 7, 2008 at 6:09 pm

    haha..
    memang bijak sungguh anak pakcik md noor nih!
    hehe! =)

     
  3. kel@mbu

    October 8, 2008 at 3:30 am

    tukarlah kepada en acer yg lebih genit..

     
  4. sUe

    October 8, 2008 at 12:29 pm

    itulah.
    memang ada niat mahu ganti en acer baru.
    tapi nantilah.
    bila yang sekarang ini memang dah tak boleh guna dah.
    (sebenarnya, tak mampu lagi nak ganti yang baru…~huhu)

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: