RSS

Dia yang namanya Supervisor…

25 Sep

Saya bukan anak didik yang baik. Cuma, saya bernasib baik mendapat supervisor yang baik seperti dia. Maksud saya, sangat-sangat-sangat baik. Biar saya namakan dia Dr Farid saja. [tentu saja bukan nama sebenar]

Baru-baru ini, saya dah buat salah besar pada dia, supervisor saya. Saya mahu minta maaf tapi saya tidak pasti masih ada kah maaf yang mampu menampung salah sebesar bumi yang sudah saya lakukan. Kawan saya kata, saya tak perlu risau. Kerana SV saya itu lelaki. Pensyarah lelaki tidak cerewet dan sensitif seperti pensyarah perempuan. Benarkah?

Tapi saya masih risau. Kerana saya rasa ada saja lelaki yang sensitif mengalahkan perempuan. Sebenarnya, kalau nak dikira, tolak kesalahan sebesar bumi itu, salah saya pada Dr Farid sudah banyak.

Satu, saya tidak pernah jumpa dia kecuali dua kali. Saya tidak pernah call atau jumpa atau SMS atau apa-apa saja method perhubungan lain untuk memberi update tentang projek saya. Lagak saya seolah-olah saya yang ada pHD dan dia pula yang masih terkial-kial mahu habiskan degree. Padahal keadaan tentu saja sebaliknya.

Bukan saya angkuh atau berlagak atau sombong, tapi setiap kali mengenangkan projek saya yang macam sial dan sungguh menyedihkan itu, saya rasa marah berganda-ganda. Rasa menyampah kuasa dua. Rasa bengang tak ingat dunia. Rasa mahu terajang saja semua reaktor-reaktor itu ke tasik sana. Jadi, sebab itu lah saya tidak jumpa dia. Kerana saya tidak mahu bila dia tanya progress, saya jawab ” tak ada progress Sir. Tapi saya rasa nak humban reaktor tu ke tasik, Sir”. Oleh sebab saya tak mahu sebiadap itu, saya memilih untuk diam dan terus membisu.

Dua, walaupun sepatutnya saya ada appointment dengan dia, saya tidak pernah jumpa dia. Kalau dia kata jumpa dia hari Khamis atau hari Isnin atau hari Selasa, saya akan jawab “Ya” tapi lepas itu, saya tidak pernah jumpa. Sebab nya sama. Saya mahu lari dari masalah saya sendiri. Pernah sekali, kawan saya buat appointment mahu jumpa Dr Farid  bersama saya. Tapi, bila kawan saya saja yang nampak muka, dia tanya “Mana Suhaila?”. Lepas itu, telefon bimbitnya berbunyi. Terus dia cakap “Ah, Suhaila lah ni…nak bagitahu datang lambat…” walaupun bukan saya yang telefon dia. Ouh, saya memang selalu buat dia risau. Bukankah sudah saya beritahu, saya bukan anak didik yang baik? 

Tiga, ini kesalahan sebesar bumi yang dah saya buat pada dia. Tak perlu lah saya cerita panjang-panjang. Tapi, cukuplah saya katakan, dengan kesalahan ini, nak tak nak saya memang TERPAKSA jumpa dia untuk minta maaf.

Jadi, hari itu saya pun jumpa dia. Walau pun saya lambat satu jam setengah dari waktu yang dijanjikan, tapi dia masih setia menunggu saya. Bila saya sudah duduk terpacak di depan dia dalam office, Dr Farid tanya ” So Suhaila, what’s up?”. Itu mukadimah biasa yang dia selalu guna. Lepas berbasa basi, saya telan liur dan terus cakap ” Errr…Sir, saya nak minta maaf…” kata saya perlahan. Dia macam terkejut…” Hah, kenapa? “ Dan saya pun bagitahu kenapa. Masa itu saya sudah bersedia. Apa pun dia mahu marah atau maki atau bersyarah pada saya, saya tak kisah. Saya akan telan semua. Kerana pandanglah dari sudut mana pun, itu semua memang salah saya dan cuma saya semata-mata.

Lepas itu, saya dah tak berapa ingat. Yang saya tahu, kami bersembang macam tak ada apa-apa. Dr Farid tak marah-marah saya. Dia macam biasa saja. Jadi saya assume dia sudah maafkan saya. Tapi, bila dia bukakan pintu untuk saya keluar office dan dengan mesranya cakap ” Don’t worry Suhaila. I’ll help you in any way  I can…” Saya rasa macam mahu terbang dan terbang dan terbang lagi tinggi-tinggi. Kerana sungguh, saya berasa sangat sangat lega dan gembira dan lega dan gembira lagi.

Dr Farid bukan saja sudah maafkan saya, tapi dia juga masih bermurah hati mahu tolong saya! Aduh, baiknya hati dia… sunggu terharu saya dibuatnya.Free Smiley Face Courtesy of www.FreeSmileys.org

Sir, saya minta maaf kerana saya bukan anak didik yang baik. Tapi, Sir masih sangat-sangat baik hati mahu membantu saya. Allah saja yang mampu membalas segala jasa baik Sir. Saya doakan Sir dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.

Dan Sir,  terima kasih – terima kasih – terima kasih – terima kasih sekali lagi!

 
Leave a comment

Posted by on September 25, 2008 in Manusia, Sekolah

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: