RSS

Apa ada pada nama?

25 Sep

Baru saya perasan, semua entri-entri saya kebanyakannya menggunakan kata ganti nama ‘dia’ untuk merujuk kepada seseorang. Dia sahabat baik saya, dia yang biadap, dia yang saya risaukan, dia yang tersenyum manis, dia cinta monyet saya, dia yang begitu dan dia yang begini.

Sebetulnya, saya tidak tahu mahu letak ganti nama apa. Sebab tak mungkin saya akan letak nama betul. Kerana mungkin mereka-mereka yang saya ceritakan itu tidak suka nama mereka wujud dalam blog ini. Dan, saya juga tidak suka menggantikan nama mereka dengan huruf seperti Mr A atau Miss B atau En D atau Mrs H atau apa-apa huruf lain. Kerana saya rasa ia agak mengelirukan.

Kalau letak nama samaran pula, saya ada masalah untuk mereka cipta nama orang. Sebab sebenarnya saya ada kriteria sendiri dalam mereka cipta nama untuk watak-watak dalam blog saya. Bagi lelaki, saya suka nama yang bermula dengan ‘Fa’. Apa-apa saja ‘Fa’, saya akan suka. Fakhrul, Fahmi, Faizul, Fariz, Fahri, Faizal, Fairuz, dan lain-lain. Tapi, saya risau kalau saya letak nama-nama kegemaran saya ini, ada makhluk ‘Fa’ yang punya nama yang sama akan terasa atau perasan. Atau mungkin kekasih ‘Fa’ itu ingat saya kenal boyfren dia dan jadi cemburu pula.

Bagi perempuan pula, saya suka apa-apa nama yang punya akhiran ‘Lia’. Adilia, Atilia, Ilya, Alia, Emilia, dan lain-lain. Tapi, masalahnya tetap sama seperti masalah makhluk ‘Fa’. Tidak mahu ada manusia ‘Lia’ yang terbaca dan akan terasa atau perasan. Jadi, untuk mengelakkan salah faham, niat suci murni saya untuk letak nama ‘Fa’ atau ‘Lia’ terpaksa lah saya matikan.

Jadi, mungkin saya akan kekal menggunakan kata ganti nama ‘dia’ saja lah.

Lebih mudah dan senang!😉

 
1 Comment

Posted by on September 25, 2008 in Uncategorized

 

One response to “Apa ada pada nama?

  1. kel@mbu

    September 25, 2008 at 3:11 am

    kalu guna nama A atau B nnti dah jd mcm ruangan kolum cik sri siantan le pulak.. letak je firdaus [bkn nama sebenar].. ehehe..

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: