RSS

Dia sahabat baik saya…Selamat hari jadi untuk dia.

21 Sep

Dia pernah kata, dulu ” Sue, walaupun kita berbeza, tapi sebenarnya saya dan awak sama. Kita sebenarnya sama.”

Saya dan dia, kami sama-sama menjadi fasilitator semasa belajar di Kuantan dulu.  Sebetulnya dia teman sebilik dan juga sahabat baik saya. Kami berkongsi suka duka dan susah senang bersama. Kami sudah seperti saudara walau dari punca darah berbeza.

Pernah juga kami berkongsi air mata. Bila dia bercerita tentang masalah keluarganya dan saya pula bercerita tentang masalah saya. Antara kami berdua, dia lebih dikenali. Kerana dia lebih peramah, lebih periang, lebih gila-gila dan lebih senang mesra. Bila ke mana-mana, orang akan menegur dia dulu, kemudian baru lah saya. Itu pun buat syarat kerana kebetulan saya ada bersama dia. Boleh dikatakan, sepanjang lebih setahun menjadi rakan sebilik, saya hidup di bawah bayang-bayang dia.

Tapi, saya tidak kisah dan tidak pernah ambil peduli. Istilah cemburu, dengki atau iri hati tidak pernah ada dalam kamus persahabatan kami. Kami berkongsi segala-galanya. Jika dia bersedih, saya turut sekali merasa pedih. Jika dia bahagia, saya juga tumpang gembira.

Kadang-kadang, bila datang perangai gilanya, dia akan datang ke katil saya. Menopang dagu melihat saya yang sedang leka membaca komik. “Saya nak tengok awak puas-puas la. Lepas ni tak boleh tengok dah. Nanti saya rindu..” Katanya sambil tersengih-sengih miang. Terus saya menjerit “Aaaaarrkkhh……geeliiiiiii siaaallll….awak gaayyy!!! Awak gaaayyyy!!!” Dan akan berterbang lah segala bantal dan teddy bear yang saya baling padanya, yang kemudiannya terkekeh-kekeh ketawa macam orang gila.

Kadang-kadang, dia datang mengganggu keharmonian saya membaca komik “Sue, awak ni pemalas la…asyik baca komik je. Tak baca komik, tido. Pemalas, pemalas, pemalas!!” Katanya sambil kepala saya ditunjal-tunjalnya. Kemudian mula lah dia terpekik terlolong berlari keliling bilik kerana dikejar saya, yang mahu menunjal dan menyekeh kepala dia pula.

Dan ketika saya putus cinta dulu, tatkala saya rasakan langit runtuh menghempap kepala hingga saya tersungkur teruk dan jatuh terduduk, dia lah dahan tempat saya cuba bertahan. Pada dia saya luahkan segala kesedihan dan keresahan. Dan kami akan sama-sama menangis kemudian.

Dia juga ada kuasa hikmat luar biasa. Dia seperti psikik yang sentiasa tahu apa saja yang bermain di minda saya. Kadang-kadang bila saya kesunyian yang amat, saya akan telefon dia. Baru saja saya katakan “Hello”, dia sudah dapat meneka. ” Sue, awak tengah sedih ya? Awak teringatkan dia ya? ” Suaranya penuh simpati. “Eh, mana ada lah. ” Saya cuba menafi sambil menyeka air mata yang tiba-tiba mengalir tanpa henti.

Ah sahabat, saya memang tak boleh tipu awak kan?

Entri ini untuk dia, sahabat baik saya. Hari jadinya 19 September lepas. Boleh pula saya terlupa untuk wish “selamat hari jadi” bila dia tak pernah lupa hari jadi saya, dari 5 tahun lepas sampailah sekarang. Entah apa kena dengan saya sampai sepelupa ini. Ades!

Untuk awak, selamat hari jadi ke 24. Semoga Tuhan berkati awak. Saya doakan awak bahagia dan berjaya. Dan moga persahabatan ini kekal sampai bila-bila.  Free Smiley Face Courtesy of www.FreeSmileys.org

                        

p/s: Saya harap dia tak baca  entri sentimental ini. Saya gerenti dia akan gelak guling-guling tanpa henti… Cis, siaplah dia kalau dia ketawa kan saya…huhu… Free Smiley Face Courtesy of www.FreeSmileys.org

 
3 Comments

Posted by on September 21, 2008 in Nostalgia, Peribadi, Teman

 

3 responses to “Dia sahabat baik saya…Selamat hari jadi untuk dia.

  1. kel@mbu

    September 22, 2008 at 3:07 am

    ckp SO7, erti teman lebih dari sekadar materi

    err.. kirim slm kt kwn.. eheheh..

     
  2. sUe

    September 22, 2008 at 6:11 pm

    eh, apa sebenarnya maksud ‘materi’ ya?
    sampai sekarang saya masih tak tahu…

    err…nak kirim salam boleh.
    tapi nak bgtau,dia da nak kawin tahun ni…hehe!😉

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: