RSS

Aku tidak akan putus asa lagi, Tuhan.

18 Sep

“Aku rasa Tuhan tak sayangkan aku la…aku banyak sangat dosa…” Dia bersuara, perlahan sambil jari jemari menguit-nguit rambu-rambu sejadah lusuh berwarna coklat itu. Sahabatnya merenungnya. Menyeluruhi wajah muramnya.

“Kenapa kau cakap macam tu… tak baik…” Sahabatnya yang setia itu cuba menenangkan dia, menyuntik rasional ke dalam mindanya yang dikuasai emosi.

Dia melepaskan keluhan, berat. Memandang wajah sahabatnya yang tenang bertelekung seusai solat zuhur, membuatkan hatinya makin sebak. Wajah sahabatnya begitu tenang sekali. Alangkah bagus jika hatinya juga setenang dan sedamai wajah itu.

“Dah banyak kali aku beristikharah. Tapi masih tak dapat petunjuk. Aku buntu….aku perlu petunjuk. Ini masa depan aku. Aku tak tahu macam mana nak buat keputusan…” Jawabnya sedih. Kalau Tuhan pun tak mahu memberi jawapan, ke mana lagi dapat dia sandarkan harapan? Dia kecewa. Amat.

“Jangan putus asa. Petunjuk itu ada. Mungkin kau yang tak sedar…” Sahabat setia masih mahu menasihat. Dia cuma diam. Cuba menghadam.

Lalu, dia pun beristikharah lagi. Memohon petunjuk. Memohon jawapan. Memohon keputusan. Tapi hampa. Dirinya masih ragu-ragu juga. Akal dan hati masih tidak mahu bekerjasama. Ada saja bisikan-bisikan halus yang cuba mengelirukannya. Jiwanya makin gundah gulana. Dia semakin putus asa.

Tak lama kemudian, dia pun berhenti dari memohon apa-apa kepada Tuhan. Dia sudah tidak beristikharah lagi. Dia berhenti dari berdoa memohon petunjuk. Malah solat pun kadang-kadang sudah tak dihiraukan. Dia tidak mengharap apa-apa lagi. Dia pasrah dan dia terima saja semua seadanya. Dia sudah lelah menunggu jawapan dan keputusan. Dia sudah putus asa.

Malam itu, telefon genggam bergetar. Menandakan satu mesej diterima. Dibuka dan dibaca.

” Kalau kau dah putus asa pada Tuhan, baik kau pergi terjun bangunan!”      – Ika.

Astaghfirullah!! Dia tersedar. Mimpi rupanya! Diperiksa mesej-mesej di dalam telefon genggam. Tidak ada mesej dari Ika.

Ya, Ika sahabatnya. Rafik akrab yang dikenali semasa sama-sama bekerja sebagai cashier di pasaraya lewat cuti semester lalu. Ika, gadis genit dan manis yang selalu saja berlenggang ke kaunternya membawa cerita-cerita sensasi. Ika, yang sama-sama meredah hujan untuk ke gerai laksa di sebelah landasan keretapi semasa rehat tengah hari. Ika, orang yang pertama menegurnya semasa dia masih sendiri dan tercari-cari.

Dan Ika juga lah sahabatnya,  yang telah meragut nyawanya sendiri awal Mac lalu. Dengan berpapan-papan panadol yang ditelan bersama air Coke. Ika, yang mengambil nyawanya gara-gara putus cinta. Ika, yang sudah lelah dengan hidup dan sudah putus asa dengan takdir Tuhan.

Dan kini Ika itu lah juga, yang hadir dalam mimpinya. Memberi peringatan. Supaya jangan putus asa dengan Tuhan.

Malam itu, dalam ketar dan gigil yang maha hebat, dia sujud kepada Tuhan. Dalam linangan air mata yang semakin melebat, dia memohon keampunan.  Atas segala dosa. Atas segala kebiadapan. Atas segala kekhilafan. Atas segala kelemahan.

Tuhan, aku tidak akan putus asa dengan Mu lagi!

 
11 Comments

Posted by on September 18, 2008 in jiwa kacau, Peribadi

 

11 responses to “Aku tidak akan putus asa lagi, Tuhan.

  1. Uena

    September 18, 2008 at 5:26 am

    apa kak sue ni
    dah2..jgn pk bukan2.
    insyaallah..
    ade hikmah di sebalik semua ni~~
    kay??
    cheers, dear~

     
  2. sUe

    September 18, 2008 at 6:36 am

    Jangan risau uena…
    Ini cerita (separa) fiksi…
    Tak ada kena mengena dgn yg hidup atau yg mati… (ye ke?)

     
  3. pjoe

    September 18, 2008 at 6:40 am

    nice fiction
    deep!

    exixtialism dan kewujudan diri sentiasa manjadi misteri unggul
    akal kita tidak tercapai untuk fikir sedalam jurang laut paling dalam

    AL QURAN DAN SUNNAH BISA MEMBIMBING

     
  4. sUe

    September 18, 2008 at 9:54 pm

    thanks bro!

     
  5. kel@mbu

    September 18, 2008 at 11:24 pm

    kamu buat gue menggeletar..

     
  6. sUe

    September 19, 2008 at 12:07 am

    rilek2…pegi ambik wuduk… heheh!😛

     
  7. CAHAYA MATA

    September 19, 2008 at 10:16 am

    nice..!! terkesan di hati…

    cuma ingin ingatkan diri sendiri : Allah tak pernah lupakan hamba-hamba-Nya.. Allah tidak pernah gagal utk berlaku adil pada hamba-hamba-Nya.. dan sesungguhnya yg baik itu datang dari Allah..dan yg buruk itu datang dari diri kita sendiri…

    ~ keep on…~

     
  8. sUe

    September 20, 2008 at 5:23 am

    terima kasih cik cahaya…for the motivating words…
    tapi itulah…manusia ini kadang-kadang cepat lupa…
    kalau nak sesuatu dari Tuhan, nak cepat-cepat saja…
    tapi apa yang Tuhan nak dari kita, boleh pulak kita lambat-lambatkan… (cth:solat)

    apa-apa pun yang baik itu dari Allah, yg buruk itu mmg dari kita sendiri.

     
  9. 13may

    September 21, 2008 at 12:26 am

    ni citer benar atau dongeng nih???

    seram plak baca….

     
  10. amirahsyuhada

    September 21, 2008 at 2:56 am

    seram sejuk saya membaca entry ini, nasib bulan ramadhan….pukul 3 pagi ni

     
  11. sUe

    September 21, 2008 at 3:26 am

    13 May : Ini cerita separa fiksi. Ada yang betul. Ada yang ditambah sesuka hati.😛

    amirahsyuhada: jangan risau. ‘dia’ kena ikat bulan ramadhan ini. selamat datang cik amirah! nama kamu sebijik macam nama sepupu saya… hehe…🙂

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: