RSS

(Don’t) judge a book by it’s cover??

17 Sep

Orang kata “don’t judge a book by it’s cover”. Fizikal luaran tidak penting. Dalaman itu yang perlu diambil kira. Orang kata lagi “yang penting, hati.”

Sebab itu lah bila dia keluar dari kereta dengan t-shirt dan seluar pendek saya tidak judge apa-apa. Biasa lah tu. Lelaki selalu saja berseluar pendek. Apa yang nak dihairankan.

Sebab itu lah juga bila saya terpandang rantai emas terkalung di lehernya dan subang emas tersangkut molek di telinganya, saya masih tidak judge apa-apa. Biar lah. Mungkin dia rasa cool atau hip berantai dan bersubang sebelah itu. Mungkin dengan memakai rantai emas sebesar lengan itu, dia rasa boleh kalahkan Mami Jarum. Ok. Fine. Lantak kau la.

Sebab itu juga lah bila tengok rupa dia yang…. errr….. yang macam rupa dia itu, saya tidak judge apa-apa juga. Sebab saya tidak suka kutuk fizikal orang lain. Itu ciptaan Tuhan. Siapa saya untuk mengkritik ciptaan Yang Maha Bijaksana? Sedangkan saya pun tidak sesempurna mana.

Sebab itu, saya pun sudah tidak pedulikan dia lagi. Saya cuma memandang dia sekilas, dan meneruskan suapan megi goreng saya tadi.

Lepas itu saya dengar dia bising-bising di meja sebelah saya. ‘Ane’ kedai tersilap hantar. Dia pesan air bandung, tetapi yang sampai air teh ais. Keluarlah segala maki hamun dan carutan dari mulut dia. Ane itu terkulat-kulat saja menelan segala-gala yang terhambur kepadanya.

“Bodoh la kau ni!! Aku mintak air bandung. Teh ais dengan air bandung pun tak tau ka? Bodoh la kau… Akal tak ada ka? Bodoh!!” Lepas ‘ane’ itu pergi mengganti minuman, dia masih tidak puas hati. Dipanggil pula ‘ane’ yang lain. Kira mahu mengadu pada ketua segala ‘ane’ la gamaknya.

“Woi, ini macam pekerja pun ada ka? Aku rasa macam nak tumbuk ja… kenapa kau boleh ada pekerja macam ni? Bodoh… Tak guna…bla-bla-bla” Dan entah macam-macam lagi lah dia ber ‘pung-pang-pung-pang’. Saya dengar perkataan ‘bodoh’ saja ada lah dalam 20 kali. Ketua segala ‘ane’ cuma angguk-angguk dan sekali-sekala meminta maaf.

Ok. Sekarang saya mahu judge dia.

Dahlah selekeh, rupa pun tak semenggah, pakai rantai dengan subang bajet cool, perangai pulak biadap nak mampus. Susah sangat kah nak suruh ‘ane’ tu tukarkan air? Cuma perlu panggil dan bagitau “aku tak order air ni. ni teh ais, aku nak air bandung.” Cukup. Noktah. Tak perlu dimaki hamun ‘ane’ tak bersalah itu seolah-olah dia sudah hidangkan cuka getah pada kau.

Miskin sungguh budi bahasa kamu, wahai manusia yang selekeh dengan rupa yang tak semenggah sambil bajet cool dan biadap nak mampus!Free Smiley Face Courtesy of www.FreeSmileys.org

p/s: Saya rasa dia jeles sebab ‘ane’ itu seploh kali lebih hensem dari dia… ahahaha! Free Smiley Face Courtesy of www.FreeSmileys.org

Nota kaki: Kejadian ini berlaku di Kedai Mamak Ameeth. Ya, saya dan kawan-kawan berbuka puasa di situ. Sadis tak? Mula-mula nak iftar di masjid tapi tak cukup makanan sebab terlalu ramai umat manusia. Jadi kami bertiga pun dengan baju kurungnya pergilah berbuka di mapley. Nasib baik megi goreng dia sedap…. (^_^)

p/s/s: Saya ada kegilaan baru. Letak smiley dalam blog! Saya rasa makhluk-makhluk halus berbentuk bulat itu sungguh comel sekali….hehe…

Free Smiley Face Courtesy of www.FreeSmileys.org

 

 
3 Comments

Posted by on September 17, 2008 in Bengong, Manusia

 

3 responses to “(Don’t) judge a book by it’s cover??

  1. Uena

    September 17, 2008 at 12:25 am

    yeah..cumel!
    eheee~
    kak sue…
    una happi! hehehe

     
  2. kel@mbu

    September 17, 2008 at 3:49 am

    adui.. cara tuan blog ni marah pun rasa mcm nk tergelak ja.. kekeke..

     
  3. sUe

    September 17, 2008 at 5:31 am

    uena: hehe…i’m happy for you too dear (“,)

    kel@mbu: aik…ye ke? adeh, saya memang tak de bakat buat orang gerun…huhu.😛

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: