RSS

Jangan tanya, kerana kamu tak akan faham!

16 Sep

Jangan tanya saya bagaimana saya ada banyak masa untuk berblogging. Tak perlu beritahu saya kamu hairan bagaimana ada manusia yang gila menulis blog. Tak perlu rasa pelik bila melihat saya mengadap laptop berjam-jam lamanya melayari dunia blogosfera.

Kerana kamu tidak akan faham perasaan seorang blogger tegar seperti saya. Seperti mana saya tidak akan faham bagaimana kamu boleh berjaga malam untuk tengok 22 orang manusia mengejar bola dari satu hujung padang ke hujung padang satu lagi. Atau seperti juga saya tidak akan faham bagaimana kamu gila membeli Jean’s Levis yang harga beratus-ratus dengan duit skoler sampai sanggup sebulan cuma makan megi. Atau bila kamu menangis mengongoi-ngongoi bila kucing kamu mati kena langgar lori. Memang saya langsung tidak akan boleh faham perasaan kamu.

Seperti itu juga saya. Dalam dunia ini, ada tabiat manusia yang kadang-kadang orang lain memang susah nak faham. Seperti kamu yang hairan kenapa saya gila berblogging. Tak mengapa. Tak perlu pelik dan tak perlu faham. Kerana saya juga banyak benda yang tak faham tentang kamu.

Blog saya adalah sesuatu yang peribadi. Saya menulis sebagai satu eskapisme diri. Untuk didengari. Untuk berkongsi. Untuk kepuasan hati. Ia juga bertindak sebagai satu terapi. Apa yang saya tulis, biarlah ia kekal cuma di sini. Tak perlu bertanya saya depan-depan tentang setiap entri saya. Kerana saya akan berasa sungguh tidak selesa. Saya menulis kerana ada benda yang tidak boleh diluahkan dengan kata-kata. Saya berblog bila percakapan bukan pilihan. Sebab itu saya terjemahkan dalam penulisan.

Oleh itu, jangan tanya apa, kenapa, bagaimana, siapa, dan bila. Kerana sampai mati pun saya tak akan bagitahu. Kalau kamu mahu baca, baca saja lah. Kalau tak mahu pun tak mengapa. Tak ada siapa yang memaksa. Tapi kalau kamu mahu baca, bila jumpa saya, pura-pura lah seperti kamu tidak tahu apa-apa. Supaya saya tidak rasa malu dan boleh melihat kamu ke dalam mata.

Lagi sekali, tentang blog saya, jangan tanya depan-depan. Dan tentang kegilaan aneh saya berblog, tolong jangan pertikaikan atau berasa hairan.

Kerana feel menjadi blogger tegar itu, kamu tidak akan faham sampai bila-bila…. sepertimana saya yang tidak akan faham sesetengah tabiat kamu juga… ok sahabat?

                                                 )^

p/s: cik anis dan cik cahaya mata, tag-tag kamu bila lapang nanti saya jawab ya?-*

 
11 Comments

Posted by on September 16, 2008 in jiwa kacau, Peribadi

 

11 responses to “Jangan tanya, kerana kamu tak akan faham!

  1. Uena

    September 16, 2008 at 6:46 am

    wow..
    luahan hati siut!!!
    tapi saye paham perasaan blogger tegar seperti kamu.
    kerna saya juga salah seorg drpd nya.
    hik3😛

     
  2. CAHAYA MATA

    September 16, 2008 at 11:24 am

    hehehe…
    SAYA faham perasaan kamu kerana SAYA juga begitu.. (“,)

    mungkin banyak yg boleh kita luahkan di sini tp bila ditanya secara depan-depan, kita akan diam sahaja..atau senyum2 malu sahaja… hikkk hikkk…

    SAYA tak pasti sama ada SAYA pernah katakan ini kpd kamu :

    “kamu sangat bagus dalam menulis blog..SAYA suka gaya bahasa kamu dan cara kamu bercerita dalam setiap entrie… SAYA peminat kamu..! hikk hiikk.. serius ni… emm..so, teruskan lah berblog okey…janji eh… ”

    p/s : SAYA baru nak ingatkan kamu tentang tag tu..tp rupanya kamu dah tahu..hehehe..takpe, take your time okey.. (^,^)

     
  3. 13may

    September 16, 2008 at 3:35 pm

    ada benda nak tanya nih…tapi camna nak contact??? kan takleh tanya depan depan …hehhe ehheh

     
  4. pjoe

    September 16, 2008 at 5:54 pm

    saya faham

     
  5. sUe

    September 16, 2008 at 10:56 pm

    uena: eheh! ini luahan hati pada somebody yang bertanya “tak ada kerja lain ke asyik tulis blog je kerje?”…ouh, panasss jugaklah hati ini. tapi, sekarang da sejuk da… 8)

    cahaya mata: ouh, pujian itu terlalu tinggi untuk saya. malu pula rasanya… hihi… (^_~)

    13 may: apa benda nak tanya tu? tanya jek kat sini… depan-depan tu maksudnya face-to-face…. dengan en may tak mungkin kot kita akan berdepan… ye ke? hehehe…

    pjoe: terima kasih kerana memahami. saya juga faham kenapa kamu tak suka man u… hehe..😉

     
  6. Kazelpni

    September 22, 2008 at 1:55 am

    Hi webmaster!

     
  7. sUe

    September 22, 2008 at 6:14 pm

    Hi Kazelpni!

     
  8. satelitku

    December 14, 2008 at 5:26 am

    baguslah.
    kamu bercakap bagi banyak pihak.
    saya suka membaca puisi orang dan blog2 macam nih.
    ia macam sarapan.
    beri tenaga.

    ramai yang tidak faham.
    entry yang ini memang menjadi skema jawapan bagi soalan2 tersebut.
    🙂

     
  9. sUe

    December 15, 2008 at 10:56 pm

    satelitku: terima kasih singgah.jemput2lah bertandang lagi.🙂

     
  10. Bintang Menyinar

    June 14, 2013 at 5:12 am

    🙂 Terima kasih sudi berkongsi blog dgn saya. Sarapan yg menyelerakan utk sy di pgi yg hening ni.

     
    • sUe

      June 15, 2013 at 6:35 pm

      Sama-sama.
      Janganlah membaca sampai tak tidur pula.😉

       

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: