RSS

Titipan doa buat kamu…

14 Sep

“Kak Sue… tau tak kita baru lepas operate?” dia memecahkan suasana ketika kami berjalan pulang ke asrama seusai solat tarawikh.

“Ouh ye ke?? Kenapa?” Ternyata saya memang tidak pandai menyembunyikan perasaan terkejut ini.

“Ada lump… di breast kita. Baru jer bedah…” Dia berkata sambil menggosok-gosok mata. Mahu menghalang air mata barangkali.

” Ouh…..” Saya terjeda…. tidak tahu apa yang perlu dikatakan. Sungguh… itu adalah ketakutan utama setiap wanita. Dan kini, sahabat saya itu mengalaminya.

” Tapi sekarang lump tu ada balik… kita takutla… ” dia bersuara. Muram.

Saya diam. Tidak tahu bagaimana mahu menenangkan dia… kerana jiwa saya juga sedang bergelodak risau dengan keadaannya.

Kami berpisah di simpang jalan untuk ke blok masing-masing. Sempat saya laungkan “Take care” pada dia. Mungkin kata-kata itu bodoh untuk diucapkan di saat-saat begini. Tapi, itu saja lah kata-kata yang terfikir di benak saya ketika itu.

Dia masih muda. Baru awal 20-an. Sudah diduga sehebat itu. Saya harap lump itu hanya lump dan bukan sel-sel abnormal yang paling ditakuti itu. Saya doakan yang baik-baik untuk dia. Saya doakan dia selamat.

Buat kamu, semoga Tuhan peluk kamu erat-erat dan lindungi kamu di bawah lembayung rahmat. Semoga kamu tabah dan cekal….doa saya sentiasa bersama kamu, sahabat…

 
3 Comments

Posted by on September 14, 2008 in jiwa kacau, Teman

 

3 responses to “Titipan doa buat kamu…

  1. eixora

    September 14, 2008 at 7:37 am

    Semoga Allah swt ringankan beban yang ditanggung dia. AMin…

     
  2. art

    September 14, 2008 at 9:37 am

    whoaaa…been there!!! I mean..aku pernah diajukan pernyataan itu oleh seorang rakan baik. Memang tak tahu nak cakap apa tapi dia juga tak mahu aku cakap apa-apa, dia hanya mahu berkongsi..

    hye!!

     
  3. sUe

    September 14, 2008 at 2:46 pm

    eixora: Amin….

    art: yes…betul tuh. kadang-kadang diorang tak mahu nasihat atau simpati pun dari kita. just the fact kita ada dan mendengar luahan dari dia, itu sudah cukup…

    hye jugak!!🙂

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: