RSS

Berbuka di Moven Peak!

14 Sep

Saya tak pernah tahu kewujudan restoran ala buffet ini. Sampailah semalam, Yani mengajak saya berbuka di sini. Ia terletak di Ipoh berdekatan dengan Ipoh Parade. Di luar kedai itu terpampang besar-besar perkataan “Carlsberg” yang lantas mematikan niat saya untuk mengajak mak dan ayah makan di sini suatu hari nanti. ( Mak dan ayah sangat menjaga perihal halal dan haram makanan. Even kek Resepi Rahsia pun mak saya ragu-ragu status kebersihannya. Tapi anak mereka ini asal ada tulis ‘halal’, bedal saja semua… eheh! )

Di dalam kedai itu memang ada dijual arak kerana kedai ini menjalankan perniagaan kedai makan di bawah dan disko di atasnya. Multi-tasking atau dwi-fungsi lah kiranya ni. Tapi, kedai ini ditulis ‘halal’ dan ramai orang Melayu yang makan di sini. Dan saya pula jenis yang malas mahu terlalu ragu-ragu, jadinya saya pun percaya sajalah. Lagipun, ada plak kayu “Jalan-jalan Cari Makan” di situ. Maria Tunku Sabri pun promote  kedai itu…kira okey lah kan?

Ouh, makanan di situ sungguh amatlah banyak. Sampai kelabu mata saya di buatnya. Itu nak makan, ini nak makan. Itu nak ambil, ini pun nak dikaut sama. Biasa lah…nafsu orang berbuka memang begitu. Heh! Sudahnya, kami termengah-mengah kekenyangan. Dan setiap 100g makanan yang tidak habis, akan dicaj RM5. Makanya, bersusah payah lah kami habiskan walau perut rasanya lebih membuncit dari biasa.

Lepas itu mula lah macam-macam rancangan keji keluar. Mahu sorok makanan tak habis itu dalam pasu bunga lah ( macam dalam cerita Mr Bean ), nak hiris kecil-kecil pastu sepah-sepahkan di pinggan lah, nak perah makanan lah bagi kurang berat sikit, nak sorok dalam cawan lah, macam-macam lah. Lepas itu sempat lagi buat lawak…lepas makan nak menari di pub. Nak bakar lemak balik lah kononnya. Adeh, terkukik-kukik kami semua ketawa sepanjang makan. Dah lah sakit perut sebab kenyang satu hal, sakit perut sebab ketawa lagi. Adoi… Patutlah Islam melarang terlalu banyak makan. Rupanya kamu boleh menjadi sewel akibat terlebih makan. Huhu…

Akhirnya… setelah 2 jam lebih melepak di situ (8.30 – 11.15 ), habis juga makanan-makanan itu. Punya lah tak mahu bayar RM5 kalau tak habis. Tapi, apa-apa pun memang sangat berbaloi RM30 yang dibayar. Sangat sangat (malah terlebih) mengenyangkan. Macam-macam makanan ada. Sedap pulak tu.

moven peak

moven peak

western corner

Lamb chop dan beef steak pun ada… sedap giler arh!🙂

aneka pilihan untuk steamboat

aneka pilihan untuk steamboat

Ini lah ketulan-ketulan makanan yang buat perut kami mengembang akibat kenyang tak ingat dunia.

seafood and chicken corner

seafood and chicken corner

dessert corner

ice cream corner

ice cream corner

Ais krim warna oren itu perisa peach. Pertama kali saya makan. Memang sangat lazat di luar batasan!!Ok. Gambar-gambar di atas itu saya curi ambil dari sini. Sebab kami tak tangkap gambar makanan. Malu jika dikatakan jakun. ( Ya..ya..kami masih Melayu tipikal yang asyik risau apa yang orang lain kata. Hukumlah kami… haish)Ini pula gambar yang kami ambil:bon appetite!!

ittadakimasu!!

Chopstick itu hanya berlakon di depan kamera semata-mata. Yang sebenarnya, haram tak tahu guna… hoho…

Yani – Kenyang, kenyang jugak. Posing, posing jugak.. hehe😉

makan sampai tudung senget2..hehe

jom makan weyh…

Yosh!! Berjaya juga upload gambar. Ini entri paling banyak gambar setakat ini. Sekian, terima kasih. 8)

 

p.s: Ada pendapat yang mengatakan Moven Peak ini tak halal. Ia cuma tidak menghidangkan babi, tapi mungkin dari segi penyediaan daging lembu atau ayamnya, tidak disembelih ikut hukum syarak. Boleh rujuk komen di bawah untuk info lebih lanjut.

 
13 Comments

Posted by on September 14, 2008 in Pengalaman, Teman

 

13 responses to “Berbuka di Moven Peak!

  1. copyninja

    September 14, 2008 at 7:03 am

    spoiler alert : tak semua cun :p

     
  2. sUe

    September 14, 2008 at 2:42 pm

    dude… jangan aaa jeles.
    bulan-bulan puasa ni kena sucikan hati… muehehe!😛

     
  3. copyninja

    September 14, 2008 at 4:49 pm

    bitter. just me. my bad.
    btw i felt sick about something yesterday, masa FYDP. yucks!
    mahu gossip?

     
  4. Fariz bin Mohamed Salleh

    September 18, 2008 at 7:53 pm

    bestnyeeee… nk sket boley tak???

     
  5. kuat

    February 16, 2009 at 5:06 pm

    yani pegi x ajak aku pon!

     
  6. adek

    October 16, 2009 at 9:06 am

    nk tanye sket..bpe harga mkn kat restoran MP nh ea? per person

     
    • sUe

      December 18, 2009 at 12:38 pm

      rm30. itu the latest yang saya tahu.sebab kitorg pegi ni pun dah lama. tahun lepas. tak tahu lah kalau2 dah naik harga.

       
      • Anonymous

        October 14, 2012 at 11:08 pm

        adakah sijil halal yang diperakui oleh jakim?kalau signboard besar tulis ‘HALAL’ pun tak guna jugak.

         
      • NAJIB

        October 14, 2012 at 11:09 pm

        adakah sijil halal yang diperakui oleh jakim?kalau signboard besar tulis ‘HALAL’ pun tak guna jugak.

         
  7. Anonymous

    October 14, 2012 at 11:06 pm

    assalamualaikum..tuan blogger..nk tanya sikit, tempat yang anda makan itu adakah mempunyai sijil halal yang diperakui oleh jakim?. kalau signboard besar tulis HALAL pun tak guna jugak.

     
  8. NAJIB

    October 14, 2012 at 11:16 pm

    try USHA blog link ini sebab tuan tanah restoran bgtahu..http://thedindacahaya.blogspot.com/2012/10/restoran-mp-moven-peak-tak-halal.html

    just nak sharing for muslim.

     
  9. sUe

    October 22, 2012 at 4:54 pm

    Thanks for the info Mr Najib. Masa kami pergi, memang ada sijil Halal yang terbingkai. Kami tak pasti sijil itu asli atau tidak. Lagipun, keraguan kami hilang bila ada plak Jalan Jalan Cari Makan di situ.

    Apa-apa pun, lepas klik link yang diberi, saya mula sangsi dan berjanji pada diri sendiri tidak akan makan di situ lagi.

    Terima kasih atas keprihatinan anda. Akan tetapi, lain kali, kalau boleh tak perlulah tinggalkan banyak komen sekaligus. 1 komen dah memadai. InsyaAllah saya faham.🙂

     
  10. puding

    March 11, 2013 at 11:23 am

    MP mmg best.saya ngan famili selalu dtg sini.yg syok nye. . .Kite mkn2 sambil santai,relax je.janji ade duit utk bayo.

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: