RSS

Kenangan Terawih saya

10 Sep

Dulu, semasa saya mengambil Diploma di sebuah IPTA, kami tinggal di rumah sewa. Di Taman Indera Mahkota. Di situ ada sebuah surau yang sederhana besarnya. Bila tiba Ramadhan, di situlah pelajar-pelajar kolej dan juga penduduk setempat akan bersolat terawih.

Disebabkan surau yang sederhana besar, jadi surau itu agak padat dengan manusia-manusia yang mahu berterawih terutama apabila awal Ramadhan. Saya dan teman-teman juga tidak ketinggalan berterawih di situ.

Suatu hari, seperti biasa kami pergi ke surau lebih awal untuk mendapat tempat. Kononnya untuk mengejar pahala, saya bergegas ke saf paling hadapan kerana di saf ini paling afdal untuk berjemaah. Di depan saya cuma ada tirai nipis yang memisahkan antara jemaah perempuan dan jemaah lelaki. Kadang-kadang tirai itu terbuai-buai ditiup angin.

“Allahu Akbar”. Imam mengangkat takbir dan solat terawih pun bermula. Sampai di bahagian sujud, imam mengucapkan “Allahu Akbar” dan kami pun bangun.

Tapi, apabila saya bangun dari sujud…”Eh, kenapa pelik jer nih?” Uh…Ouh…rupa-rupanya saya telah ter’masuk’ ke bahagian lelaki. Tirai yang memisahkan kami itu telah terbuai tinggi semasa saya sujud dan kebetulan bila saya bangun, saya telah melepasi tirai dan terus tercampak ke bahagian lelaki.  Ouh…gelabah gila jadinya.

Ada tiga orang yang ter’pilih’ ke bahagian lelaki itu. Saya di tengah-tengah di antara dua orang lagi teman serumah. Malu tak usah cakap lah. Kelakar pun ada. Mujur juga  masa itu bukan tahiyat akhir. Kalau tidak, tak tahulah macam mana. Elok-elok jemaah lelaki bagi salam, nampak tiga makhluk bertelekung turut sembahyang di belakang mereka. Uhh…malunya….

Sejak itu, saf depan adalah ‘taboo’ bagi saya. Saya sudah tidak bernafsu untuk mengejar pahala saf depan. Tambah-tambah lagi jika tirainya nipis dan asyik terbuai-buai ditiup angin.

 
4 Comments

Posted by on September 10, 2008 in Nostalgia

 

4 responses to “Kenangan Terawih saya

  1. copyninja

    September 10, 2008 at 4:26 am

    LMAO…

     
  2. sUe

    September 10, 2008 at 12:44 pm

    amir, penat saya fikir what’s that stands for…
    is it Laughing My A$$ Off?
    saya fail la bahasa-bahasa short-form nih.uhuh!

     
  3. copyninja

    September 10, 2008 at 1:57 pm

    ROTFLMAO…(hehehe)

     
  4. sUe

    September 10, 2008 at 4:39 pm

    Rolling On The Floor Laughing My A$$ Off !!
    see…i’m getting better at this…hahaha
    ape lagi? ape lagi?
    Bring It On… HaHaHaHa…😀

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: