RSS

Kenangan ‘cinta monyet’ saya…

10 Sep

9 September 1999

Hari jadi dia yang ke-16. Saya keluar outing minggu itu semata-mata mahu membelikan dia hadiah. Tidak saya sangka, mencari hadiah untuk kaum Adam jauh lebih payah dari cubaan menyelesaikan soalan Matematik Tambahan <– ini subjek ‘mimpi ngeri’ saya.

Berlegar-legar di The Summit Bukit Mertajam dengan uniform sekolah, akhirnya saya belikan dia CD game Tekken 3. Saya masukkan dalam sampul surat. Bukan sampul biasa, tapi sampul surat besar yang ada letup-letup itu. Yang selalu kita jumpa dalam tin biskut. Semata-mata untuk pastikan CD game itu tiba ke destinasi dalam keadaan sihat walafiat tanpa cacat cela.

Lantas, saya poskan kepada dia. Yang sedang berada di sebuah sekolah berasrama penuh lelaki di Ipoh.

9 September 2000

Hari jadi dia yang ke 17. Kali ini saya beli di Sungai Petani kerana kebetulan saya pulang bercuti di rumah. Saya belikan dia sebuah jam tangan berharga RM50. Nilai wang itu ketika itu cukup banyak bagi seorang remaja berusia 16 tahun yang masih mengharap ihsan ibu bapa. Tak mengapa, cinta punya pasal, saya pejamkan saja mata.

Sampai di rumah, saya balut jam itu dengan kertas A4 putih. Bukan selapis, tapi berlapis-lapis. Kemudian saya masukkan pula ke dalam kotak yang kecil. Balut lagi kotak itu dengan kertas minyak. Kemudian, masukkan pula kotak itu dalam kotak lain yang sederhana besar. Balut pula dengan pembalut hadiah. Begitulah seterusnya sampailah saya masukkan kotak yang akhir ke dalam sebuah kotak paling besar. Untuk menyuntik elemen surprise la kononnya. Pegang salotep pun berhati-hati supaya tak ada kesan cap jari yang boleh merosakkan balutan. Huh, G.I.L.A !!

Bersusah-payah betul ketika itu. Orang kata, GIGIH sungguh! Bila difikirkan balik, kerja membalut hadiah begitu memanglah kerja gila yang membuang masa. Tapi betullah, bila sudah tergolek-golek jatuh cinta, kamu boleh jadi manusia paling aneh di dunia. Dan tak ada istilah ‘buang masa’ kalau dilakukan untuk ‘dia’.

Dan sekali lagi, kotak besar gedabak yang isinya kecil cinonet itu saya poskan pada dia. Di Ipoh sana.

9 September 2001

Saya sudah tidak pos kan apa-apa hadiah pada dia. Hanya sekadar SMS mengucapkan Selamat Hari Jadi. Sebetulnya persahabatan kami terhenti setakat itu. Saya katakan ‘persahabatan’ kerana kami memang betul-betul bersahabat. Bukan BERCINTA. Cuma saya saja yang sudah jatuh cinta tapi kami tidak bercinta.

Dan kerana satu salah faham, saya hentikan persahabatan itu. Saya yakin sampai sekarang dia masih tidak tahu sebab sebenar saya putuskan persahabatan kami. Biasalah, perempuan masih mahu lelaki menjadi ‘mind reader’ walaupun tahu mereka memang tidak akan sampai bila-bila boleh membaca minda wanita. Jangan dipertikaikan kerana itu fakta. Perempuan sentiasa mahu lelaki tahu sendiri. Mereka tidak suka berterus-terang. Mereka mahu lelaki yang bertanya sebab apa dan mengapa.

Di situlah berakhirnya persahabatan kami. Kali terakhir kami berbual 5 tahun lepas. Dia sedang belajar di UKM dalam jurusan optometrik. Sempat juga saya berpesan, suruh belajar sungguh-sungguh supaya boleh membuka kedai cermin mata. Nanti bolehlah saya beli dengan harga diskaun. Ahah! $-) (fikir pasal duit saja…caish!)

Semalam 9 September. Kerana itu entri ini dicipta. Tiba-tiba terkenangkan dia. Seperti Kak Da, dia juga salah satu watak yang mewarnakan lagi lukisan kenangan saya dengan warna-warni ceria. Mungkin merah, putih atau jingga. Tidaklah kenangan saya cuma warnanya hitam dan kelabu saja.

Di mana pun dia berada, saya harap dia berjaya dan bahagia hendaknya.🙂

BTW, kenapa cinta zaman persekolahan dipanggil ‘cinta monyet’ ya? Apa kena mengena monyet dan cinta remaja yang masih mentah? Adakah kerana monyet itu selalu bergayut dan berubah-rubah dahan? Begitukah cinta remaja? Hurm…pakar bahasa, sila jawab ya.

monyet sedang ingin bercinta…huduh~

 

 
6 Comments

Posted by on September 10, 2008 in Nostalgia, Peribadi

 

6 responses to “Kenangan ‘cinta monyet’ saya…

  1. ainunlmuaiyanah

    September 10, 2008 at 3:14 am

    haha.. betul2. giler kan masa tu. klaau fikir balik, tindakan kita ms dulu-dulu tu sgtlah “tidak kuasa” dibuat sekarang ini

    tetapi kenangan biarpun pahit akan menjahit nostagila yang indah~

    sungguh~

     
  2. sUe

    September 10, 2008 at 3:48 am

    hahaha…memang betul.

    sekarang ni, dah tak kuasa nak buat benda-benda macam gitu dah… buang masa jek!

    yup, itu memang kenangan. Yang akan sentiasa terpaku di ingatan…🙂

     
  3. Kaklong

    September 10, 2008 at 8:30 am

    cinta monyet saya bertahan 7 tahun.Kiranya lama jugaklah monyet tu bergayut di dahan yang sama hehe

     
  4. sUe

    September 10, 2008 at 1:05 pm

    wahh…7 tahun!! tabik222…
    sungguh serasi sekali monyet dan dahan itu…hehe…
    just kidding…😉

     
  5. kel@mbu

    September 11, 2008 at 1:40 am

    sebab cinta apa2 pun berbaloi. kan?
    eh.. ye ke?😉

     
  6. sUe

    September 11, 2008 at 2:43 pm

    ehem2…cakap dari pengalaman ke En Kelambu?
    eheh!🙂

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: